Home Movie 5 Filem Zombie Korea Underrated yang Menarik untuk Ditonton

5 Filem Zombie Korea Underrated yang Menarik untuk Ditonton

0

Filem zombie Korea memang menghidangkan thrill berbeza dengan filem seram yang lain. Rupa zombie yang menyeramkan lengkap dengan aksi kejar mengejar yang mendebarkan membuatkan penonton turut merasakan kengerian yang dialami setiap watak dalam filem-filem tersebut.

Industri perfileman Korea banyak mengeluarkan filem zombie Korea yang cukup terkenal dan diminati ramai. Filem-filem seperti Train to Busan dan Rampant berjaya menarik perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah filem zombie Korea yang kurang dikenali dan agak underrated tetapi sangat menarik untuk ditonton. Berikut ini adalah filem-filem tersebut.

 

1. Zombie Fighter (2020)

a0dc77d3 fb45 4010 87d1 f36e56f78303Filem zombie Korea pertama bertajuk Zombie Fighter, mengeksplorasi tentang kehidupan manusia selepas serangan wabak zombie yang melanda. Selepas 11 tahun berlalu, manusia masih sukar bertahan kerana hanya ada satu zon selamat yang boleh mereka diami untuk bertahan hidup, dan mereka memerlukan sekeping tiket yang mahal harganya untuk memasuki zon tersebut.

Bane, seorang bekas petinju sanggup menyertai sebuah pertandingan Zombie Fighter di bandar, iaitu pertarungan antara zombie yang dijadikan taruhan oleh manusia. Wang yang dikumpulkan tersebut akan diberikan kepada anaknya, Sarah, untuk membeli tiket ke zon selamat.

Baca juga: 5 Pilihan Filem Komedi Korea Lucu dan Penuh Lawak Jenaka

 

2. Mr. Zombie (2010)

746cae32 0cb3 4b42 b48f 9bb80ea81f61Menggabungkan genre seram dan komedi, pengarah Lee Soo Sung berjaya menghasilkan Mr. Zombie pada tahun 2010. Filem ini mengisahkan tentang Yeong Cheol (Won Poong Yeon) yang menjalankan sebuah perniagaan ayam goreng. Pada umurnya yang berusia 40an, dia merasa hidupnya sangat sukar. Perniagaan ayam gorengnya juga tidak laku.

Suatu hari berlaku sebuah kejadian mengerikan pada Yeong Cheol. Seorang pemuda pelanggan tetap di kedainya tiba-tiba menggigit lengan ibunya sendiri. Selepas itu, bandar tempat tinggal Yeong Cheol mula huru hara dengan maraknya serangan zombie.

 

3.The Neighbor Zombie (2010)

ddd39170 8ab6 47cd 910b c0738d2372a2Dalam filem zombie Korea ini, digambarkan serangan wabak zombie merebak ke seluruh dunia, termasuk Korea, pada tahun 2010. Melihat keadaan semakin memburuk, kerajaan mengumumkan keadaan darurat ketenteraan.

Penduduk yang masih sihat berusaha menyelamatkan diri. Masih ada penduduk yang enggan meninggalkan anggota keluarga mereka yang telah dijangkiti wabak zombie. Akibatnya, mereka memilih untuk tinggal bersama keluarga yang telah berubah menjadi zombie.

 

4. Zombie School

596101c5 39ac 4f65 b94b 7b731ca5f7ba

Filem zombie Korea bertajuk Zombie School ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar, iaitu ketika haiwan-haiwan ternakan di Korea Selatan terkena penyakit kaki dan mulut. Haiwan ternakan yang dijangkiti penyakit kemudiannya dibunuh secara besar-besaran dan ditanam supaya penyakit itu tidak menular kepada haiwan ternakan yang sihat juga manusia.

Dalam filem ini, cerita dimulakan dari virus zombie yang berasal dari haiwan ternakan, iaitu khinzir yang terkena penyakit kaki dan mulut. Penyakit tersebut membuatkan khinzir-khinzir di ladang menjadi gila dan mati secara mendadak.

Melihat kejadian tersebut, para peternak memutuskan untuk membunuh semua khinzir yang terkena penyakit, kemudian menguburkan haiwan-haiwan tersebut dalam sebuah lubang besar. Namun, beberapa ekor khinzir berjaya melarikan diri dari lubang tersebut. Khinzir-khinzir tersebut lari menuju ke sebuah sekolah yang tidak jauh dari situ.

Binatang tersebut kemudian menggigit seorang guru di sekolah, dan dalam waktu singkat, guru tersebut berubah menjadi zombie. Para guru yang telah dijangkiti kemudian mengejar dan memakan murid-murid mereka. Murid-murid yang masih selamat perlu bersatu untuk bertahan hidup dari serangan guru mereka yang berubah menjadi ganas.

Baca lagi: 5 Kesengsaraan Dahsyat Dialami Manusia dalam Badland Hunters

5.The Odd Family: Zombie on Sale

Filem zombie koreaFilem zombie Korea ini mengisahkan tentang Man Deok, seorang lelaki yang mempunyai tiga orang anak: Joon-Gul, Min-Gul, dan Hae-Gul. Kehidupan Man Deok tampak sukar kerana beberapa perniagaannya tidak berkembang.

Suatu hari, kampung Man Deok dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki yang aneh. Lelaki tersebut menggigit kepala Man Deok secara tiba-tiba. Anehnya, keesokan harinya Man Deok terbangun dengan kulit wajahnya kembali tegang seperti muda kembali, dan waktu itu dia yakin bahwa lelaki yang menggigitnya adalah zombie.

Berbeza dengan filem bertemakan zombie yang lain, The Odd Family: Zombie on Sale memaparkan kisah yang ringan dan menghiburkan.

Demikian sahaja beberapa buah filem zombie Korea yang boleh dikatakan underrated dan mungkin menarik minat anda!

Baca lagi: 4 Watak Penting Yang Melindungi Jeong Jian dalam A Shop for Killers
Baca juga: 10 Bintang Idol Korea Terkaya, Kekayaan Mencecah USD250 Juta