Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama Paling Top di Netflix Pada Januari 2024

5 Kdrama Paling Top di Netflix Pada Januari 2024

0

Netflix merupakan salah satu platform streaming video yang sangat popular, terdapat banyak filem dan juga drama yang ditayangkan di platform tersebut, salah sebuah tayangan yang popular adalah kdrama Gyeongseong Creature Part 1.

Drama Gyeongseong Creature Part 1 merupakan kdrama yang digarap oleh Netflix dengan Park Seo Joon dan Han So Hee sebagai pelakon utama.

Gyeongseong Creature Part 1 berjaya menarik perhatian para penonton sejak diumumkan penayangannya kerana Park Seo Joon dan Han So Hee memang dikenali dengan bakat lakonan yang luar biasa.

Bukan hanya Gyeongseong Creature Season 1, terdapat beberapa buah kdrama lain yang berjaya tersenarai dalam Top 10 yang paling banyak ditonton di Netflix dalam tempoh jangka masa 1 hingga 7 Januari 2024.

Dipetik dari laman rasmi Netflix pada 15 Januari 2023, berikut ini adalah 5 buah kdrama yang tersenarai dalam global top 10 pada 1 hingga 7 Januari 2024 menurut Netflix.

 

1. Gyeongseong Creature Part 1

KdramaKdrama Gyeongseong Creature Part 1 berada di tangga ke 3, bahagian 1 menampilkan 7 episod awal dari keseluruhan 10 episod penuh drama ini. Park Seo Joon dan Han So Hee dalam drama Gyeongseong Creature Part 1 adalah pelakon utama, drama yang mengusung genre aksi, thriller dan sejarah ini memang berjaya menarik perhatian ramai.

 

2. My Demon

ef11793d 9e66 4a60 bf2a cac176b49166Kdrama siri My Demon menduduki tangga ke 4, drama ini mendapat sambutan hangat pada setiap minggu. Song Kang dan Kim Yoo Jung dalam drama My Demon adalah merupakan pelakon utama, drama ini membawa genre komedi, romantik, aksi, dan juga fantasi.

 

3. Welcome to Samdalri

NetflixDrama Welcome to Samdalri berada di tangga ke 6 dari Top 10 senarai tontonan yang paling banyak ditonton di Netflix. Ji Chang Wook dan Shin Hae Sun dalam kdrama Welcome to Samdalri adalah pelakon utama dan drama ini mengusung genre komedi, romantik dan juga slice of life.

 

4. True Beauty

ea5466cd 8ffe 4903 8350 a0edc018b098Drama True Beauty menduduki tangga ke 8 dan drama ini sebenarnya telah ditayangkan pada tahun 2021 lalu dengan jumlah 16 episod. Nampaknya drama ini masih relevan dan masih ditonton ramai peminat. Cha Eun Woo, Mun Ka Young, Hwnag In Youp dan Park You Na dalam drama True Beauty adalah pelakon utama dan drama ini mengusung genre komedi, romantik dan juga drama.

 

5. Money Heist Part 1

9a18c955 2627 43f9 ac43 72ff3856ea23Drama Money Heist Part 1 menduduki tangga ke 10 dan drama ini telah ditayangkan pada tahun 2022 dengan jumlah 6 episod semuanya. Yoo Ji Tae, Park Hae Soo, Jeon Jong Seo dan Lee Won Jong adalah pelakon utama untuk drama Money Heist Part 1 dan drama ini mengusung genre aksi, thriller, misteri dan juga jenayah.

Nampaknya pada tarikh 1 hingga 7 Januari 2024, 5 buah kdrama berjaya menduduki takhta Top 10 global di Netflix menyaingi tayangan-tayangan lain yang popular. Hebat bukan?

Baca lagi: 5 Kdrama Tentang Kekuatan dan Kuasa Wanita, Penuh Inspirasi
Baca juga: 5 Kdrama Sageuk dengan Rating Tinggi, Tampilkan Watak Putera Mahkota Tampan dan Baik Hati