Home Artis Korea Antara Pelakon Terkenal Korea, Koo Kyo Hwan Memukau dalam 7 Projek Lakonan...

Antara Pelakon Terkenal Korea, Koo Kyo Hwan Memukau dalam 7 Projek Lakonan yang Dibintanginya

0

Koo Kyo Hwan adalah salah seorang pelakon Korea Selatan yang telah terlibat dalam banyak projek filem dan drama televisyen popular. Lahir pada 14 Disember 1982, Koo Kyo Hwan memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan Korea Selatan dengan membawa watak-watak kecil, sebelum dia mendapat watak utama.

Namanya mula meningkat naik selepas dia membintangi sekuel filem zombie Train to Busan (2016) yang bertajuk Peninsula (2020). Watak-watak terkenalnya seperti dalam filem Kingdom: Ashin of the North (2021) dan siri D.P. (2021—2023), telah berjaya mencuri perhatian dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelakon berbakat di Korea Selatan.

Berikut dibawah adalah beberapa filem dan drama popular dibintangi Koo Kyo Hwan:

 

1. Peninsula (2020)

8745e719 6cc3 455e a3a8 b6bdb3117e26Jung-seok (Gang Dong-won) dan Chul-min (Kim Do-yoon) kini menetap di Hong Kong setelah negara mereka lumpuh akibat diserang zombie empat tahun yang lalu. Mereka berdua telah direkrut oleh kumpulan gangster Cina untuk melakukan misi di Korea Selatan bagi merampas duit yang tertinggal di dalam sebuah kontena yang berjumlah 20juta Dollar.

Mereka dijanjikan untuk menerima ganjaran separuh dari wang tersebut jika mereka berjaya membawa balik kesemua wang dari kontena terbabit. Pastinya misi tersebut adalah sangat bahaya kerana mereka perlu pulang ke Korea Selatan yang kini dipenuhi oleh makhluk zombie yang sedang dahagakan darah manusia! Dalam Peninsula, Koo Kyo-hwan membawa watak antagonis yang bernama Kapten Seo.

 

2. Kingdom: Ashin of the North (2021)

cd72dd31 3b10 4d5c 8323 871fc4b224b9

Filem ini fokus pada latar belakang Ashin, watak misteri yang muncul di akhir musim kedua siri Kingdom. Selain itu, dibahas juga bagaimana dia terlibat dalam misteri di sebalik penyebaran wabak zombie yang menggemparkan negara. Dalam Kingdom: Ashin of the North, Koo Kyo Hwan membawa watak sebagai Ai Da Gan, pemimpin suku kaum Pajeowi di sebuah wilayah yang jauh.

 

3. Escape from Mogadishu (2021)

481c6136 73e3 4737 9bf2 d9b90abe9994Escape from Mogadishu ditayangkan pada 2021 dan diarahkan oleh Ryoo Seung Wan. Mengambil latar waktu pada akhir tahun 1991 di Mogadishu, filem ini bertemakan Perang Saudara di Somalia yang pecah dan menyebabkan rusuhan. Kisah ini fokus pada pengosongan besar-besaran kedutaan besar Korea Selatan dan Korea Utara yang terperangkap wilayah tersebut. Dalam filem ini, Koo Kyo Hwan membawa watak salah satu karakter penting bernama Tae Joon Ki.

 

4. D.P. (2021—2023)

cf9fead3 6121 41e2 8ea2 9f3a4d70fb24

D.P. (Deserter Pursuit) adalah drama Korea yang ditayangkan pada 2021. Drama ini diarahkan oleh Han Jun Hee dan dibintangi oleh Jung Hae In dan Koo Kyo Hwan sebagai pelakon utama. Drama ini mengambil latar di Korea Selatan dan mengisahkan tentang seorang tentera yang diberikan tugas untuk mengejar tentera yang melarikan diri dari latihan ketenteraan. Dalam drama ini, Koo Kyo Hwan membawa watak sebagai Han Ho Yeol, salah seorang tentera yang ditugaskan dalam unit khas untuk mencari dan mengembalikan tentera yang melarikan diri dari markas tentera.

 

5. Monstrous (2022)

de06b8c7 98eb 40b6 9fe7 f003ac50067dMonstrous diarahkan oleh Jang Kun Jae yang ditayangkan pada tahun 2022. Menampilkan Koo Kyo Hwan dan Shin Hyun Bin sebagai watak utama, Monstrous folus pada seorang ahli arkeologi yang menemui misteri supernatural ketika patung Buddha raksasa ditemui di sebuah kota kecil. Dalam Monstrous, Koo Kyo Hwan membawa watak sebagai ahli arkeologi yang bernama Jung Ki Hoon. Dia mula mengalami berbagai-bagai perkara aneh selepas penemuan patung tersebut.

 

6. Kill Boksoon (2023)

Koo Kyo HwanKill Boksoon adalah filem aksi-thriller dari Korea Selatan yang ditayangkan pada tahun 2023. Diarahkan dan ditulis oleh Byun Sung Hyun, filem ini menampilkan bintang-bintang ternama seperti Jeon Do Yeon, Sol Kyung Gu, Lee Jae Wook, Esom, dan Koo Kyo Hwan. Dengan durasi 2 jam 17 minit, filem ini boleh ditonton di Netflix. Dalam Kill Boksoon, Koo Kyo Hwan membawa watak sebagai Han Hee Sung. Dia adalah seorang lelaki yang menjadi rakan sekerja Gil Boksoon, salah seorang pembunuh upahan paling berbahaya.

Baca juga: Pengarah ‘Parasyte: The Grey’ Mendedahkan Sudah Mempunyai Rancangan Musim 2 Dengan Pelakon Jepun Masaki Suda

7. Parasyte: The Grey (2024)

dd0d3060 c431 45de 9a2e 507e2bf7a27fParasyte: The Grey adalah drama siri seram sci-fi Korea Selatan yang diarahkan oleh Yeon Sang Ho. Drama siri ini adalah hasil adaptasi live action dari manga popular dari Jepun, Parasyte, karya Hitoshi Iwaaki. Siri ini menampilkan Jeon So Nee, Koo Kyo Hwan, dan Lee Jung Hyun sebagai pelakon utama. Dalam Parasyte: The Grey, Koo Kyo Hwan membawa watak sebagai lelaki yang bernama Seol Kang Woo. Dia adalah manusia yang berada di dunia dengan gangguan makhluk parasit yang menceroboh tubuh manusia, mengendalikan, dan membunuh badan manusia untuk meningkatkan kekuatan mereka.

Koo Kyo Hwan terus menunjukkan bakatnya yang memukau dalam industri hiburan Korea Selatan. Dia telah membintangi berbagai-bagi filem dan drama Korea dengan hasil penerimaan yang luar biasa. Kemampuannya dalam membawa pelbagai watak dengan sempurna membuatnya menjadi salah seorang pelakon lelaki terbaik Korea Selatan.

Filem dan drama manakah lakonan Koo Kyo Hwan yang telah anda tonton?

Baca lagi: 9 Pelakon Lelaki Korea ini Bakal Muncul Sebagai Pelakon Utama dalam Kdrama Bulan Mei 2024
Baca juga: Binge-Watch 4 Drama Kim Soo Hyun di Viu, Pelakon Termahal Korea

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here