Home Artis Korea Binge-Watch 4 Drama Kim Soo Hyun di Viu, Pelakon Termahal Korea

Binge-Watch 4 Drama Kim Soo Hyun di Viu, Pelakon Termahal Korea

0

Kim Soo Hyun adalah salah seorang pelakon Kdrama dengan bayaran paling tinggi dalam industri. Prestasinya yang menakjubkan dalam watak yang diberi menunjukkan dia layak menerima setiap sen gajinya yang tinggi. Lakonannya sentiasa menarik perhatian.

Sejak penampilan liciknya dalam drama Viu Original One Ordinary Day pada 2021, pelakon kelahiran 1988 ini telah dinobatkan sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan. Dalam kemunculannya dalam drama lapan episod itu, Kim Soo Hyun dikatakan menerima sebanyak 100 juta won setiap episod.

IMG 3244

Kim Soo Hyun bukan sahaja terlibat dalam filem dan drama yang menarik untuk ditonton, malah berjaya memenangi pelbagai anugerah. Pelakon idola ramai ini pernah memenangi empat trofi di Anugerah Seni Baeksang.

Salah satu anugerah yang diterimanya pada acara itu ialah Pelakon TV Terbaik, untuk peranannya sebagai Lee Hwon dalam drama The Moon Embracing The Sun. Dia juga memenangi satu lagi anugerah untuk peranannya sebagai ejen rahsia Korea Utara dalam filem Secretly Greatly.

Tidak dapat dinafikan lagi, Kim Soo Hyun telah melakar namanya sebagai pelakon terkemuka Korea Selatan. Berikut dibawah ini adalah drama menarik yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun yang anda boleh tengok di Viu.

 

Dream High (2012)

IMG 3241

Nama Kim Soo Hyun melonjak naik selepas melakonkan watak Song Sam Dong dalam siri Dream High ini. Dream High mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang berjuang bersama untuk menjadi bintang dalam industri muzik di Korea Selatan. Sepanjang perjalanan, mereka belajar banyak pengalaman dari persahabatan, percintaan, dan erti kehidupan.

Drama ini sangat popular pada zamannya kerana dilakonkan oleh beberapa bintang ternama seperti Bae Suzy, IU (Kim Pil-suk), J.Y Park dan beberapa pelakon terkenal lain.

Jom binge-watch disini

 

Moon Embracing the Sun (2012)

Kim soo hyun

Drama ini ditayangkan pada tahun 2012. Drama ini juga dikenali sebagai The Sun and The Moon. Kim Soo Hyun melakonkan watak Lee Hwon yang merupakan raja Joseon yang bijaksana dan bergandingan dengan Wol (Han Ga In) yang memegang watak sebagai tukang tilik.

Mereka berdua telah mengenali antara satu sama lain sejak mereka remaja, ketika Wol masih anak kepada seorang bangsawan bernama Heo Yeon Woo. Lee Hwon yang masih Putera Mahkota ketika itu merancang untuk berkahwin dengan Yeon Woo. Namun, Ibu Permaisuri telah menjodohkan Lee Hwon dengan Yoon Bo Kyung (Kim Min Seo).

Namun, seperti kehidupan diraja secara umumnya, kisah cinta suami isteri ini mengalami pelbagai dugaan yang mengakibatkan dia terpaksa berpisah dengan isteri kerana politik diraja.

Ibu Permaisuri kemudian mengarahkan bomoh istana untuk membunuh Yeon Woo. Bomoh istana nampaknya telah menyebabkan Yeon Woo mati di hadapan orang istana, tetapi menghidupkannya semula dengan hilang ingatan. Yeon Woo akhirnya hidup sebagai tukang tilik bernama Wol. Apabila Lee Hwon menjadi raja, dia bertemu Wol.

Drama rating tinggi ini diadaptasi dari novel karya Jung Eun-gwol.

Tonton disini

 

My Love from the Star (2013)

IMG 3004

Drama ini adalah antara drama popular yang membuatkan nama Kim Soo Hyun semakin menyerlah. Lakonannya yang menakjubkan dan berlakon bersama pelakon jelita Jin Ji Hyun menjadi tarikan penonton untuk melihat chemistry antara mereka berdua.

Siri fantasi romantik yang ditulis oleh Park Ji-eun yang sempurna ini mengisahkan tentang makhluk luar angkasa bernama Do Min-joon (Kim Soo-hyun), yang mendarat di Korea Selatan pada tahun 1609 semasa Dinasti Joseon. Dan empat abad kemudian, dia jatuh cinta dengan pelakon Cheong Song-yi (Jun Ji-hyun) yang kuat semangat dan dramatik. Perangai mereka yang berbeza membuatkan kisah cinta mereka menjadi semakin unik.

Boleh tonton disini

 

Viu Original One Ordinary Day (2021)

IMG 3005

Drama bergenre aksi ini diadaptasi daripada siri British bertajuk “Criminal Justice”. Kim Soo-hyun tampil berbeza dengan membawa watak sebagai pelajar yang dituduh sebagai pembunuh. Kim Soo Hyun membawa watak sebagai Hyun Soo, yang dibantu oleh peguam kelas rendah Shin Joong Han (Cha Seung Won) supaya dia boleh bebas dari tuduhan membunuh seorang wanita. Namun dia perlu menghadapi sistem keadilan dan undang-undang yang kejam.

Harus tonton! Jom tonton disini

 

Selepas setahun tidak aktif di layar kaca, kini nama Kim Soo Hyun kembali bersinar dan meletup-letup menerusi drama terbarunya Queen of Tears.

Semua drama dan filem Kim Soo Hyun diatas boleh ditonton dan strim di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan
Baca juga: The Escape of The Seven: Resurrection Semakin Sengit, Permulaan Plot Dendam Min Do Hyuk 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here