Home Artis Korea Jenayah Tersembunyi, 4 Filem Thriller Mystery Mendebarkan Lakonan Shin Hye Sun

Jenayah Tersembunyi, 4 Filem Thriller Mystery Mendebarkan Lakonan Shin Hye Sun

0

Anak seni yang dilahirkan pada tahun 1989 ini akan kembali menyapa para peminatnya melalui filem thriller bertajuk Following. Rupa-rupanya, Following bukanlah filem thriller pertama Shin Hye Sun. Sebelum ini, dia pernah membintangi beberapa buah filem thriller.

Following merupakan filem thriller garapan pengarah Kim Se Hwi (Byun Yo Han) yang menceritakan tentang ejen hartanah yang bernama Koo Jung Tae. Pada suatu hari, dia menyaksikan sendiri kematian Han So Ra (Shin Hye Sun) seorang pempengaruh terkenal.

Pelakon wanita Korea Shin Hye Sun memulakan debutnya sebagai pelakon wanita melalui drama School 2013 (2013). Namanya semakin popular sejak dia membintangi drama My Golden Life (2017). Bakat dan kemampuan Shin Hye Sun semakin menyerlah, hingga kini dia menjadi salah seorang pelakon terbaik di Korea.

Berikut dibawah ini adalah empat cadangan filem thriller Korea yang dibintangi oleh Shin Hye Sun.

 

1. A Day (2017)

Filem thrillerMerupakan projek layar perak ketiga Shin Hye Sun, A Day merupakan filem thriller misteri yang mengangkat tema time loop. Filem ini mengisahkan tentang seorang pakar bedah toraks, Kim Joon Yeong (Kim Myung Min) yang mengalami kejadian sangat aneh dan sukar diterima akal. Semuanya bermula ketika dia baru sahaja pulang dari perjalanan panjangnya di luar negara. Sesampainya di Korea, Kim Joon Yeong membuat janji temu dengan anaknya, Eun Jung (Jo Eun Hyung). Namun, satu kemalangan telah menimpa anaknya.

 

2. Innocence (2020)

baa72040 99cd 4fd7 95e7 8f4641da22ff3 tahun selepas A Day, Shin Hye Sun kembali membintangi filem dengan genre thriller. Kali ini adalah filem Innocence yang menceritakan tentang Ahn Jung In (Shin Hye Sun) seorang peguam yang berjaya dan disegani di Seoul. Suatu ketika, dia mengetahui bahawa ibunya yang menderita demensia dan tinggal di kampung dan dituduh meracuni lima orang tetamu semasa majlis pengebumian bapanya.

Chae Hwa Ja (Bae Jong Ok) dituduh meracun arak beras yang dihidangkan dalam majlis pengebumian suaminya. Akibatnya, dua orang meninggal dunia dan tiga orang lain dirawat di hospital, salah seorang dari mangsa adalah datuk bandar Choo (Heo Joon Ho). Jung In memutuskan untuk membela ibunya dari tuduhan tersebut kerana dia percaya ibunya tidak bersalah.

 

3. Target atau Don’t Buy the Seller (2023)

Filem Filem thriller seterusnya yang dibintangi oleh Shin Hye Sun adalah Don’t Buy the Seller yang juga dikenali dengan tajuk Target. Filem arahan pengarah Park Hee Kon ini mengisahkan tentang Soo Hyun (Shin Hae Sun) seorang pekerja pejabat yang membeli mesin basuh terpakai secara atas talian. Sayangnya, mesin basuh yang dibeli dengan harga murah itu akhirnya rosak. Dia kemudian meneruskan protes kepada penjual mesin basuh tersebut. Disebabkan protes dan review buruk darinya, dia menjadi sasaran pembunuhan oleh penjual misteri tersebut.

Baca lagi: Filem Thriller Baru Korea ‘She Died’ Tampilkan Shin Hye Sun dan Byun Yo Han

4. Following (2024)

IMG 3274Filem terbaru dari Shin Hye Sun juga mengusung genre thriller. Bertajuk Following (atau She Died), filem thriller ini mengikuti kisah kehidupan seorang influencer bernama Han So Ra (Shin Hye Sun). Dia menampilkan kehidupan glamor dengan dilimpahi barang-barang mewah di media sosial untuk mendapatkan banyak followers. Namun, kehidupan sebenarnya Han So Ra langsung tidak sama dengan perkara yang dipaparkan di media sosial . Dia berbohong tentang kemewahannya di media sosial.

Filem thriller yang diwarnai dengan berbagai-bagai ketegangan ini memang sangat diminati oleh para penonton. Anda meminati filem yang mana satu?

Baca lagi: Binge-Watch 4 Drama Kim Soo Hyun di Viu, Pelakon Termahal Korea
Baca juga: 10 perkara menarik tentang Shin Hye Sun, Awet Muda dan Ceria Selalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here