Home Kdrama/Kmovie Filem Thriller Baru Korea ‘She Died’ Tampilkan Shin Hye Sun dan Byun...

Filem Thriller Baru Korea ‘She Died’ Tampilkan Shin Hye Sun dan Byun Yo Han

0

Syarikat pengeluar filem iaitu CONTENT ZIO Inc. baru sahaja melepaskan still cut filem thriller terbaru yang akan datang bertajuk She Died. Still cut tersebut nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai kerana barisan pelakon utama yang diperkenalkan adalah bintang ternama iaitu Byun Yo Han dan Shin Hye Sun.

Filem ini menyaksikan kerjasama semula antara kedua-dua pelakon hebat tersebut selepas mereka membintangi A Day pada tahun 2017. Mengangkat kisah tentang kes tentang pembunuhan seorang pempengaruh, jom sama-sama kita lihat beberapa maklumat menarik tentang filem She Died di bawah ini.

 

1. Sinopsis filem She Died

IMG 0622

She Is Dead merupakan filem thriller garapan pengarah Kim Se Hwi yang menceritakan tentang ejen hartanah yang bernama Koo Jung Tae. Pada suatu hari, dia menyaksikan sendiri kematian Han So Ra, seorang pempengaruh terkenal.

Sejak saat itu, Koo Jung Tae mula menyiasat tentang kehidupan Han So Ra supaya dia bebas dari tuduhan pembunuhan. Sementara itu, seorang detektif penyiasat bernama Oh Young Joo dengan cermat dan gigih menyiasat kes kehilangan So Ra.

Lantas, apakah sebenarnya yang menimpa Han So Ra? Plot filem ini penuh misteri dan semestinya bakal membuatkan para penonton ingin tahu lebih lanjut tentang jalan ceritanya nanti.

 

2. Barisan pelakon filem She Died

8eafbc6b c1a3 45e7 a544 5b5356d9a4dfFilem She Died dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal Korea Selatan. Berikut ini adalah senarainya.

● Byun Yo Han sebagai Koo Jung Tae
● Shin Hye Sun sebagai Han So Ra
● Lee El sebagai Oh Young Joo

Dalam still cut yang dilancarkan pada Isnin, 25 Mac 2024, pelakon tampan Byun Yo Han sebagai Koo Jung Tae tampak serius mengamati sesuatu dari komputer di pejabat tempatnya bekerja. Uniknya, di waktu yang sama, dia juga kelihatan sedang mendukung seekor anak anjing.

6ed3c38e c720 4203 8344 d0c3888acca4 1Sementara Shin Hye Sun yang membawa watak sebagai Han So Ra menampilkan vibes glamor kerana tampak dikelilingi dengan barangan-barangan mewah. Still cut filem She Died juga memperlihatkan karakter Oh Young Joo yang dibawa oleh Lee El. Oh Young Joo kelihatan datang ke rumah Han So Ra yang gelap gelita dengan ekspresi wajah yang tegang dan mencetuskan persoalan buat para penonton.

 

3. Tarikh tayangan She Is Died

She diedBersama-sama dengan pelancaran still cut, CONTENT ZIO Inc juga turut mengumumkan filem She Died bakal ditayangkan di pawagam Korea Selatan pada bulan Mei 2024 akan datang. Walau demikian, belum ada maklumat lanjut tentang tarikh tayangan secara global, termasuk di Malaysia. Jadi kita nantikan update selanjutnya ya.

Baca lagi: Walaupun Dipalit Kontroversi, Han So Hee Dinamakan Sebagai Model Jenama Global Baharu dari Amerika
Baca juga: The Roundup: Punishment Kali Ini Mengisahkan Tentang Judi Atas Talian, Sudah Bersedia?