Home Kdrama/Kmovie The Roundup: Punishment Kali Ini Mengisahkan Tentang Judi Atas Talian, Sudah Bersedia?

The Roundup: Punishment Kali Ini Mengisahkan Tentang Judi Atas Talian, Sudah Bersedia?

0

Filem keempat bagi siri The Roundup akhirnya sudah memberi tanda-tanda untuk menemui para peminatnya tidak lama lagi. Filem Korea bertajuk The Roundup: Punishment ini sudah ditayangkan secara perdana di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-74 pada 23 Februari 2024 yang lalu, sebelum ditayangkan secara rasmi di pawagam Korea Selatan.

Don Lee atau Ma Dong Seok akan berurusan dengan villain baru yang pastinya akan lebih ganas dan jahat dalam filem keempat The Roundup ini. Lawannya kali ini adalah Kim Moo Yul dan Lee Dong Hwi.

Anda ingin mengetahui bagaimanakah kejahatan yang akan dihadapi oleh Ma Dong Seok? Jom sama-sama kita lihat beberapa petikan dari The Roundup: Punishment di bawah ini.

The roundup1. Dalam The Roundup: Punishment, Ma Seok Do (Ma Dong Seok) bersama pasukannya sedang menyiasat kes perdagangan dadah melalui aplikasi pengiriman

Baca juga: 7 Filem Korea Terlaris Tahun 2023, The Roundup Mendahului Carta

 

d77c64ff d85f 420c 96e0 08daf9f0d0ad2. Namun, pengasas aplikasi tersebut ditemui mati di Filipina. Kes ini seterusnya membawa Ma Seok Do ke sebuah organisasi judi atas talian

Baca juga: Kim Moo Yul Bawa Watak Villain dalam Siri Roundup, Dikatakan sebagai Villain Paling Kejam Siri Filem Ini

 

df7abf3a b650 4bc0 8db5 138407fbfddd

3. Bekas tentera upahan dalam pasukan khas iaitu Baek Chang Ki (Kim Moo Yul) adalah orang yang mendominasi pasaran judi atas talian Korea Selatan

Baca lagi: Kim Moo Yul Bawa Watak Villain dalam Siri Roundup, Dikatakan sebagai Villain Paling Kejam Siri Filem Ini

 

20ec49a8 12c4 45a8 b62c bf23c2414bcb4. Selain Baek Chang Ki, Chang Dong Cheol (Lee Dong Hwi) juga turut mendominasi pasaran judi atas talian. Dia adalah seorang CEO yang sangat genius dalam industri IT

 

 

7ef11477 df70 488e a2af 0efc9c9cceda5. Scene stealer Chang Yi Soo (Park Ji Hwan) juga bakal tampil untuk mencuri perhatian anda. Ma Seok Do mencadangkan sebuah kerja sama yang mengejutkan dengannya dalam misi kali ini

 

 

936b5c35 9fe8 4d40 b225 b8bca31140c46. Misi untuk menumpaskan organisasi judi haram atas talian yang memiliki skala besar ini juga akan melibatkan pasukan penyiasatan siber untuk membantu siasatan

 

 

0681e041 cb2d 43a9 8363 39508de987c17. Kolaborasi pasukan Ma Seok Do dan pasukan siber memang dinanti-nantikan. Tayangan di pawagam Korea Selatan dijadualkan pada 24 April 2024 nanti

The Roundup: Punishment telah mendapat sambutan dan kritikan positif semasa ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Berlin. Bolehkah filem keempat ini menyaingi rekod 12 juta penonton dari filem kedua yang paling tinggi di antara siri The Roundup? Kita nantikan!

Baca lagi: 9 Filem Korea Sesuai Sebagai Tontonan pada Bulan Ramadhan Ini, Tiada Adegan Taboo
Baca juga: Minat Wedding Impossible? Ini 9 Kdrama dan Kmovie yang Dibintangi Pelakon Utamanya