Home Artis Korea Minat Wedding Impossible? Ini 9 Kdrama dan Kmovie yang Dibintangi Pelakon Utamanya

Minat Wedding Impossible? Ini 9 Kdrama dan Kmovie yang Dibintangi Pelakon Utamanya

0

Drama Korea yang membawa genre romantik komedi bertajuk “Wedding Impossible” telah rasmi ditayangkan pada 26 Februari 2024. Drama ini merupakan drama baru tvN yang ke udara setiap hari Isnin dan Selasa. Drama ini juga turut ditayangkan di Prime Video.

Wedding Impossible merupakan drama yang membariskan Jeon Jong Seo, Kim Do Wan, dan Moon Sang Min sebagai pelakon utama. Cerita drama ini berpusat pada Na A Jung (Jeon Jong Seo) yang akan berkahwin secara kontrak dengan Lee Do Han (Kim Do Wan). Namun, perkahwinan itu mendapat tentangan dari Lee Ji Han (Moon Sang Min) yang mahu menghalang perkahwinan tersebut.

Sebelum berlakon dalam Wedding Impossible, mereka juga pernah diberi kepercayaan untuk membawa watak dalam beberapa buah Kdrama dan juga filem Korea. Bagaimanakah agaknya persembahan ketiga-tiga pelakon ini? Anda boleh menyaksikan sembilan pilihan drama dah filem Korea di bawah ini.

Wedding impossible

1. Jeon Jong Seo membawa watak sebagai Shin Hae Mi, jiran Lee Jong Su (Yoo Ah In), novelis muda yang bercita-cita tinggi dalam filem Burning (2018)

9033050b 6f50 42bd 867b d6123a8d8868

2. Jeon Jong Seo juga tampil sebagai Oh Young Sook dalam filem The Call (2020), filem tentang telefon mengerikan dari masa lalu yang boleh mengubah takdir

Baca juga: 3 Sebab Utama Anda Perlu Tonton Wedding Impossible, Kdrama Komedi Menghiburkan

 

1ab48c8b e04e 4e18 9dae e9af0119bcff3. Drama siri Bargain (2022) menveritakan tentang No Hyung Soo (Jin Sun Kyu) yang terjebak dalam krisis dan terpikat pada Park Joo Young (Jeon Jong Seo)

 

c2e6f28e 2903 498b bd8d 36463050497a4. Pelakon yang membawa watak Lee Ji Han iaitu Moon Sang Min tampil dalam drama siri popular Under the Queen’s Umbrella (2022) sebagai Putera Seongnam atau Yi Kang

 

21164b83 ef03 4bd2 97d9 76debd8b63335. Moon Sang Min membuat kemunculan dalam drama Duty After School (2023). Dia membawa watak sebagai Wang Tae Man, pelajar yang merupakan seorang mood maker bagi kelas 3–2

3b0e9b8e 150f 4bf6 b553 0bb0fea53bcc

6. Pelakon yang membawa watak sebagai Lee Do Han iaitu Kim Do Wan berlakon sebagai Do Jae Jin, sahabat Lee Dam (Lee Hye Ri) dalam drama popular My Roommate Is a Gumiho (2021)

Baca lagi: Jeon Jong Seo Pelakon Serba Boleh, Ini 8 Filem dan Drama Lakonannya, Terbaru ialah Wedding Impossible

 

9edd096e 0fa1 44e2 aa18 f28eb23a44057. Kim Do Wan tampil dalam Start-Up (2020) sebagai Kim Yong San yang merupakan salah seorang anggota pengasas Samsan Tech

 

e98ae3ad ec57 4ab4 98ec 438fc39789cc8. Pelakon yang membawa watak sebagai Yoon Chae Won iaitu Bae Yoon Kyung tampil dalam The King’s Affection (2021) sebagai Shin So Eun, anak tunggal kepada menteri

 

5b34c49e 0589 40cc 9591 71b0d0e4d3979. Bae Yoon Kyung juga tampil dalam drama Hi Bye, Mama! (2020) sebagai Park Hye Jin yang diceritakan sudah meninggal dunia 4 tahun lalu

Sambil menonton Wedding Impossible, penonton juga boleh menyaksikan penampilan Moon Sang Min, Jeong Jong Seo, dan Kim Do Wan melalui sembilan pilihan drama siri dan filem Korea di atas. Kisah-kisah menarik, sudahkah anda menonton filem-filem dan drama-drama ini?

Baca lagi: Kim Go Eun Tampil Mengagumkan Sebagai Bomoh dalam “EXHUMA”, Ini 8 Filem Lakonannya
Baca juga: 5 Kdrama Baru Tayang April 2024, Pelbagai Genre