Home Kdrama/Kmovie 7 Filem Korea Romantik Membariskan Artis Terkenal Bakal Tayang Tahun Ini

7 Filem Korea Romantik Membariskan Artis Terkenal Bakal Tayang Tahun Ini

0

Filem dengan tema romantik dan percintaan manis dan indah tidak pernah ketinggalan menghiasi pawagam-pawagam pada setiap tahun. Genre popular ini mempunyai ramai penggemar dan peminat tersendiri dari pelbagai latar dan peringkat umur.

Industri perfileman Korea Selatan juga selalu menghasilkan filem-filem romantik yang tidak kurang hebatnya dan memang selalu ditunggu-tunggu oleh para peminat, apatah lagi jika barisan pelakon yang membintangi filem-filem ini adalah barisan artis terkenal yang memang sudah mempunyai pengikut dan peminat yang ramai.

Pada tahun 2024 ini, beberapa buah filem romantik nampaknya bakal ditayangkan di pawagam. Bermula dari filem baru lakonan Kim Go Eun, Bae Suzy, Ahn Bo Hyun, hingga D.O EXO.

Berikut ini adalah tujuh filem genre romantik dari Korea Selatan yang bakal ditayangkan tidak lama lagi sedang dinanti-nanti oleh ramai peminat.

 

Kdrama1. Dikatakan bakal tayang pada bulan Jun 2024, Wonderland menceritakan simulasi realiti yang boleh mempertemukan seseorang dengan orang mereka kasihi

 

Filem korea

2. Love in the Big City menceritakan tentang pertemuan seorang gadis yang berjiwa bebas dan seorang lelaki penuh rahsia yang dilakonkan oleh Kim Go Eun dan Noh Sang Hyun

 

Filem romantik

3. Dulu dikenali sebagai 2 O’clock Date, Pretty Crazy adalah filem romantik komedi tentang percintaan luar biasa antara dua orang yang bertemu pada pukul 2 pagi

 

Romantik

4. Secret: Untold Melody merupakan remake filem Secret (2008) dari Taiwan. Bezanya watak dalam versi Korea diangkat sebagai pelajar universiti dan bukannya murid sekolah menengah

 

afa03ed5 55d4 47a8 b6ed c6b2a17944265. Filem Taiwan, Hear Me (2009) juga akan dijadikan remake dalam versi Korea. Hong Kyung dan Roh Yoon Seo pun sudah selesai menjalani penggambaran Hear Me pada bulan Oktober 2023

 

c7a68c67 2ade 4329 9ce3 5d8bb5d79b156. Starlight Falls menceritakan kisah cinta tiga segi di zaman universiti antara seorang pemuda dengan dua orang gadis yang mempunyai nama yang sama yang tertarik padanya

 

 

c86aa48e 8214 4889 9bc5 0a99f474bdfd7. Kwon Sang Woo serta Moon Chae Won dipilih untuk membintangi filem We Grow Up yang merupakan remake dari filem Argentina, No Kids (2015)

Barisan pelakon-pelakon filem romantik Korea yang tersenarai di atas memang sudah mempunyai tempat tersendiri dalam industri. Namun, para peminat nampaknya perlu bersabar terlebih dahulu. Selain filem Wonderland, tarikh tayangan enam filem lain belum ada pengesahan rasmi. Nantikan maklumat selanjutnya ya!

Baca lagi: Minat Wedding Impossible? Ini 9 Kdrama dan Kmovie yang Dibintangi Pelakon Utamanya
Baca juga: 7 Filem Korea Tonton di Netflix, Sangat Menarik