Home Kdrama/Kmovie 7 Filem Korea Tonton di Netflix, Sangat Menarik

7 Filem Korea Tonton di Netflix, Sangat Menarik

0

Daripada filem yang menyayat hati kepada thriller yang penuh aksi, senarai dibawah ini adalah untuk anda menerokai pelbagai jenis filem Korea yang ada di Netflix.

 

1. FORGOTTEN (2017)

e2072522 bd7f 4f76 9078 54162147e3afCerita ini berkisar tentang Jin-seok (Kang Ha-neul), yang terjerat dalam situasi yang membingungkan apabila abangnya Yoo-seok (Kim Mu-yeol) secara misteri hilang selama 19 hari. Apabila Yoo-seok kembali, Jin-seok menyedari perubahan yang menggerunkan dalam tingkah laku abangnya dan membuatkan dia bingung antara ilusi dan realiti.

 

2. KILL BOKSOON (2023)

be9f6fd5 7db0 4ea5 8f84 0fef22baf163Pembunuh upahan kontrak yang berkemahiran tinggi iaitu Gil Bok-soon (Jeon Do-yeon) terkenal dengan kejayaan 100% dalam menjalankan tugas dan digelar sebagai Kill Boksoon. Bok-soon, seorang ibu tunggal yang menjalani kehidupan berbeza untuk menjauhkan anak perempuannya dari dunia jenayahnya yang gelap. Walau bagaimanapun, Bok-soon mendapati dia berada dalam permainan berbahaya dan licik penuh darah untuk bertahan hidup apabila kontraknya sebagai pembunuh upahan perlu diperbaharui.

 

3. DREAM (2023)

0f7a67f0 facc 4efe a362 8560dae035b8Dibintangi bintang Hallyu Park Seo-joon dan idola K-pop IU (Lee Ji-eun), filem Korea komedi sukan ini akhirnya menghiasi tayangan tahun lalu selepas penundaan yang berpanjangan akibat Covid. Plot cerita ini mengikuti Yoon Hong-dae (Seo-joon), seorang pemain bola sepak yang dihukum tindakan tatatertib dan ditugaskan untuk melatih pasukan gelandangan untuk Piala Dunia Gelandangan. Lee So-min (IU) sebagai seorang pengarah merebut peluang itu untuk merakam perjalanan dan perjuangan mereka dalam menuju piala dunia.

 

 

4. TIME TO HUNT (2020)

e0cb0d2e 6bfc 43f4 a14f 42438766e818
Filem Korea genre aksi thriller ini mengisahkan tentang sekumpulan rakan yang dalam keadaan terdesak dan memutuskan untuk melakukan rompakan di sebuah rumah perjudian. Walaupun rompakan itu berjaya, rancangan mereka berubah di luar jangkaan apabila mereka menarik perhatian seorang pembunuh upahan yang dikenali sebagai Han (Park Hae-soo). Dia diupah oleh pemilik rumah perjudian itu kerana semasa rompakan itu, rakan-rakannya juga membawa bersama mereka cakera keras komputer, yang mengandungi urusan haram jenayah mereka.

 

5. OKJA (2017)

c25dcd28 4a4e 44e6 98e8 73b9e1ec873eFilem Korea ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis muda Korea Selatan, Mija (Ahn Seo-hyun), dan ikatannya dengan seekor khinzir besar yang direka bentuk secara genetik bernama Okja (suara oleh Lee Jung-eun). Khinzir itu adalah sebahagian daripada projek yang diketuai oleh Mirando Corporation yang ingin mencipta sumber makanan baharu. Apabila Okja dibawa pergi oleh syarikat itu, Mija memulakan perjalanannya untuk menyelamatkan ‘rakan’ kesayangannya itu.

 

6. SWEET & SOUR (2021)

7a563434 5b5e 4f6a 899f 631f251d5127Jang-hyuk (Jang Ki-yong) menjalinkan hubungan jangka panjang dengan Da-eun (Chae Soo-bin). Cinta mereka diuji apabila Jang-hyuk melakukan tugasan baru yang memerlukan perjalanan yang jauh, membawa kepada cabaran untuk mengekalkan hubungan kerana tuntutan kerja dan jarak yang jauh.

 

7. HIGH SOCIETY (2018)

Filem koreaJang Tae-joon (Park Hae-il) dan Oh Soo-yeon (Soo Ae) adalah pasangan suami isteri yang terdesak untuk mentertai golongan elit dalam masyarakat. Tae-joon, seorang profesor di Universiti Kebangsaan Seoul, tiba-tiba menjadi bahan sensasi negara selepas kisah keberaniannya menyelamatkan seorang lelaki tersebar. Dia menukar kemasyhuran yang baru dikecapinya untuk menjadi salah seorang ahli dewan. Soo-yeon yang sama tamak dengannya menyokongnya dengan menggunakan kedudukannya sebagai timbalan pengarah dan kurator galeri seni terkenal. Untuk menaiki hierarki tertinggi di galeri, Soo-yeon mempunyai hubungan sulit dengan seorang jurugambar yang popular.

Sudahlah anda menonton filem-filem di atas ini? Filem Korea manakah yang paling menarik?

Baca lagi: Peminat Hyeri? Ini 10 Pilihan Kdrama dan Filem Korea Lakonannya
Baca juga: 7 Filem Korea Paling Menarik Perhatian pada Tahun 2014, Banyak Filem Legend