Home Artis Korea Peminat Hyeri? Ini 10 Pilihan Kdrama dan Filem Lakonannya

Peminat Hyeri? Ini 10 Pilihan Kdrama dan Filem Lakonannya

0

Lee Hyeri adalah pelakon wanita dari Korea Selatan yang dilahirkan pada 9 Jun 1994 yang memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai seorang bintang idola Kpop. Melebarkan sayapnya ke industri drama dan filem, dia melakukan debut sebagai pelakon melalui drama SBS yang ditayangkan pada 2012.

Sudah hampir sembilan tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, sudah ada banyak drama dan filem yang dibintanginya. Apakah drama dan filem yang pernah dibintanginya?

 

Hyeri

1. Hyeri muncul dalam drama kekeluargaan yang bertajuk Tasty Life (2012) sebagai drama pertamanya ketika terjun ke dalam dunia lakonan

 

2. Bekerjasama dengan beberapa orang pelakon muda lain, Hyeri dipilih untuk membawa watak sebagai Lee Ye Hee dalam drama Schoolgirl Detectives (2014—2015)

 

 

3. Masih pada tahun 2015, dia bergandingan dengan Hyun Bin melalui drama bertema psikologi iaitu Hyde, Jekyll, Me

 

4. Masih ingat watak Sung Deok Seon dalam Reply 1988? Hyeri yang membawa watak tersebut. Drama menyentuh perasaan ini sangat berkaitan dengan kehidupan kita

 

 

5. Bergandingan pula dengan Ji Sung dalam drama Entertainer (2016), Hyeri membawa watak gadis yang kehilangan ibu bapanya

 

6. Seterusnya adalah drama Two Cops. Dalam drama bergenre rom-com ini, dia bergandingan dengan Jo Jung Seok dan Kim Seon Ho

 

7. Bukan hanya drama, Hyeri juga mula membintangi filem Korea dengan genre aksi yang bertajuk Monstrum pada tahun 2018

 

 

8. Tahun berikutnya, dia kembali berlakon dalam filem terbitan CGV Arthouse iaitu My Punch-Drunk Boxer. Anda pernah menonton?

 

 

9. Dia juga membintangi drama Chungil Electronics Miss Lee (2019). Dia membawa watak sebagai CEO sebuah kedai elektronik yang akan muflis

 

 

10. Hyeri bersama Jang Ki Yong dipilih sebagai pelakon utama dalam drama My Roommate is a Gumiho (2021). Lakonannya memang luar biasa!

Selain drama dan filem di atas, banyak lagi drama dan filem yang pernah dibintanginya,  contohnya When Flowers Bloom, I Think of the Moon dan May I Help You? serta banyak lagi Kdrama dan filem-filem popular lain.

IMG 9864

Baca lagi: Han So Hee Sah Mempunyai Hubungan Romantis Dengan Ryu Jun Yeol dan Memohon Maaf dengan Hyeri
Baca juga: Pelakon Extraordinary Attorney Woo, Kang Tae Oh Tamat Latihan tentera, Mendapat Pengalaman Berharga