Home Artis Korea Pelakon Extraordinary Attorney Woo, Kang Tae Oh Tamat Latihan tentera, Mendapat Pengalaman...

Pelakon Extraordinary Attorney Woo, Kang Tae Oh Tamat Latihan tentera, Mendapat Pengalaman Berharga

0

Pelakon lelaki tampan yang membintangi Extraordinary Attorney Woo iaitu Kang Tae Oh, yang menyertai latihan ketenteraan wajib Korea Selatan pada September 2022 yang lalu telah menamatkan latihannya pada hari Selasa baru-baru ini. Seperti yang dilaporkan oleh Soompi, Tae-oh berkongsi perasaannya dengan kata-kata ‘saya memperbaiki tabiat buruk saya dan hanya memperoleh perkara yang baik’ (dari latihan tentera).

Menurut laporan itu, Kang Tae Oh telah menamatkan perkhidmatan tenteranya sebagai askar bertugas yang aktif selepas menyertai tentera dalam tempoh satu tahun enam bulan.

 

Kang Tae Oh tamat latihan tentera

Kang tae oh

Kang Tae Oh berkongsi, “Saya mendaftarkan diri untuk latihan tentera selepas menerima sambutan hangat dan perhatian yang hebat daripada semua orang selepas saya membintangi Extraordinary Attorney Woo. Saya mengharungi penghujung usia 20-an dan permulaan 30-an dalam tentera, dan ia adalah masa yang bermakna di mana saya membetulkan tabiat buruk dan hanya memperoleh perkara yang baik. Saya akan berusaha untuk berlakon dengan lebih baik dalam projek-projek yang bagus pada masa hadapan, jadi saya mengharapkan sokongan semua.”

 

Perjalanan Kang Tae Oh dalam tentera

90153783 c6fb 4f94 8d15 c4345899db14Semasa perkhidmatan tenteranya, Tae-oh membaca memorandum pada upacara peringatan 2023 pada upacara Hyeonchungil (Hari Peringatan di Korea Selatan). Pelakon ini juga berkhidmat sebagai penolong pengajar untuk Pusat Latihan Rekrut.

 

Projek seterusnya dalam dunia lakonan

IMG 9857Menjelang tamat latihan, pihak agensi pelakon tersebut iaitu Man of Creation berkongsi bahawa pelakon itu sedang berbincang untuk membintangi drama Korea terbaru yang akan datang iaitu Potato Research Institute. Drama  ini adalah siri komedi romantik yang berlatarbelakangkan institut penyelidikan kentang bahagian luar bandar. Kang Tae-oh sedang berbincang untuk watak protagonis.

 

Luahan Kang Tae Oh berkenaan latihan tentera

96f0a24f e554 48ef b091 ecfe4696f312Pada tahun 2022, sebelum pendaftarannya dalam latihan tentera, dia menulis luahan perasaan di Instagram, “Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang anda yang melimpah. Saya akan kembali dengan semangat baru. Jumpa lagi.” Dalam gambar yang dikongsikan, dia bergambar dengan hoodie hijau dan seluar jeans sambil menutup potongan rambutnya.

 

dbd5c80c e92d 4d3d 9abb 560efcff661f

Tae-oh dilaporkan akan menghidupkan semula wataknya dalam musim 2 drama Extraordinary Attorney Woo pada tahun ini. Lee Sang Baek dari syarikat penerbitan A Story memberitahu Soompi dalam satu kenyataan, “Terima kasih atas sokongan para peminat, kami akan menghasilkan musim ke-2 untuk drama Extraordinary Attorney Woo. Matlamat utama adalah untuk menyiarkan musim ke-2 ini pada tahun 2024. Bukan mudah untuk menyelaraskan jadual para pelakon dan pasukan produksi, jadi kami perlu melalui banyak perbincangan.”

Jadi kita nantikan berita selanjutnya tentang musim ke-2 Extraordinary Attorney Woo ya!

Baca lagi: 8 Drama Siri Tema Survival Khas untuk Anda
Baca juga: Ryu Jun Yeol Bukan Sahaja Tampan dan Berbakat, Tetapi Juga Jadi Rebutan Artis Wanita, Ini 11 Pilihan Filem & Kdrama Lakonannya