Home Kdrama/Kmovie 8 Drama Siri Tema Survival Khas untuk Anda

8 Drama Siri Tema Survival Khas untuk Anda

0

Drama siri tentang bertahan hidup atau survival telah menjadi salah satu siri yang paling diminati ramai. Jalan cerita tentang melawan raksasa, makhluk mengerikan, pembuli, pembunuh mengerikan dan juga makhluk zombie.

Drama siri ini biasanya menampilkan watak-watak yang perlu menghadapi cabaran dengan perjuangan dan keberanian. Berikut dibawah ini adalah 8 pilihan drama dan filem bertemakan survival yang boleh anda tonton.

 

1. Pyramid Game (2024)

DramaDrama siri yang baru disiarkan pada 24 Februari 2024 di Viu ini sedang hangat dibicarakan kerana memiliki jalan cerita yang menegangkan. Pyramid Game (2024) menceritakan tentang kisah Sung Soo-ji (Kim Ji-yeon) yang dipindahkan ke Sekolah Tinggi Perempuan Baekyeon di Seoul.

Bermula dari hari pertama di sekolah barunya, Soo-ji merasa aneh apabila perlu menyertai permainan undian yang dipanggil sebagai pyramid game. Permainan ini dilakukan untuk mengundi pelajar paling popular, sesiapa yang tewas akan berada di gred F dan akan dibuli semahunya. Tentu sahaja banyak cabaran yang muncul dalam drama ini.

Baca juga: Adakah Nasib Im Ye Rim Dalam Versi Drama “Pyramid Game” 2 Episod Akhir Akan Sama Seperti Webtoon?

2. Liar Game (2007)

656bf3b7 0b2b 4808 a539 5f67de77a135Sebuah drama siri Jepun yang diadaptasi dari manga karya Shinobu Kaitani. Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Nao Kanzaki (Erika Toda) yang secara tidak sengaja terlibat dalam permainan berbahaya.
Para peserta perlu bersaing dalam berbagai-bagai permainan dan cabaran yang dipenuhi dengan tipu daya, manipulasi, dan strategi licik menjadi kunci untuk memenangi permainan ini.

 

3. Alice in Borderland (2020)

9c6f12f8 d3c1 4674 bdd2 95c6784d7df3Drama siri Jepun ini juga berjaya memberikan atmosfera yang menegangkan. Diadaptasi dari sebuah manga, Alice in Borderland (2020) menceritakan tentang sekumpulan manusia yang terperangkap dalam sebuah dunia paralel. Mereka perlu menyelesaikan berbagai-bagai permainan yang membawa maut untuk bertahan hidup.

 

 

4. The Purge (2013)

e0685343 d143 46f7 b1b9 dfc98214c3ebFilem dengan beberapa siri ini mengambil latar di Amerika Syarikat dengan aktiviti jenayah yang sangat kejam. The Purge (2013) juga menampilkan adegan pembunuhan yang boleh dilakukan selama 12 jam pada setiap tahun yang dipanggil sebagai “The Purge”.

 

5. Squid Game (2021)

2a04b55a 7aba 48f1 99ec 98c9f720becc

Squid Game (2021) pernah viral pada tahun 2021 dengan plot yang kompleks dan cerita tentang ketamakan, ketakutan, dan kelas sosial. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang perlu mengikuti permainan bertahan hidup dengan hadiah wang yang lumayan. Para peserta perlu berjuang melalui pelbagai permainan klasik kanak-kanak dengan kesan yang membawa maut.

 

6. Sweet Home (2020)

afe1c871 99ee 4f35 8862 a988bc248b53Drama siri Korea yang diadaptasi dari webtoon ini mengusung tema survival di tengah-tengah situasi yang ekstrem mengenai sekumpulan manusia yang terperangkap di dalam bangunan apartment yang dihuni oleh raksasa-raksasa yang mengerikan.

 

7. Lost (2004)

bcf16c9f a42f 4e47 8ec9 6ca2f3d28047Drama siri Amerika Syarikat ini menampilkan kisah sekumpulan manusia yang terdampar di sebuah pulau misteri selepas nahas pesawat. Ketika terdampar, mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup dalam menghadapi ancaman dari raksasa, kuasa supernatural, serta dari sesama penumpang kapal terbang itu sendiri.

 

8. All Of Us Are Dead (2022)

Drama

Drama siri Korea Selatan ini juga diadaptasi dari webtoon yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah. Mereka terperangkap di sekolah selepas wabak virus zombie tersebar di seluruh bandar. All Of Us Are Dead (2022) menampilkan adegan yang menegangkan dari setiap pelajar bekerja sama melawan serangan zombie yang membawa maut tersebut.

Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 10 Drama Korea Yang Mengisahkan Tentang Kematian Dan Kesedihan
Baca juga: 6 Pelakon Versatile Ini Digelar “Chungmuro” Kerana Kepelbagaian Lakonan Mereka