Home Artis Korea Ryu Jun Yeol Bukan Sahaja Tampan dan Berbakat, Tetapi Juga Jadi Rebutan...

Ryu Jun Yeol Bukan Sahaja Tampan dan Berbakat, Tetapi Juga Jadi Rebutan Artis Wanita, Ini 11 Pilihan Filem & Kdrama Lakonannya

0

Pelakon Korea Selatan, Ryu Jun Yeol dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita terkenal Han So-hee selepas putus dengan bekas teman wanitanya, Lee Hyeri. Berita ini cukup menggemparkan para peminat dan telah mendapat berbagai-bagai reaksi dari para peminat.

Ryu Jun Yeol mula dikenali secara meluas selepas penampilannya dalam drama popular “Reply 1988” pada tahun 2015. Dia membawa watak sebagai Kim Jung-hwan.

Ryu Jun Yeol bukan sahaja berbakat dan tampan, tetapi juga jadi rebutan artis wanita, berikut dibawah ini adalah 11 pilihan filem dan kdrama lakonannya:

 

1. Reply 1998

Ryu jun yeolDrama yang diadaptasi dari kisah benar, menceritakan tentang lima sahabat yang tinggal berdekatan di kawasan Ssangmundong. Drama yang berlatarkan tahun 1998 ini mendapat pujian dari penonton kerana jalan cerita yang sederhana dan dikemaskan dengan baik. Kelima-lima sahabat itu saling menyokong dan berusaha untuk melalui masa remaja dan menentukan jalan untuk masa depan mereka.

 

2. Alienoid

89befc46 eb6f 4f1c 96d6 8c65585d424dFilem ini bergenre aksi dan fantasi, menceritakan tentang penganut Tao yang cuba mengambil pedang misteri. Dengan situasi yang kacau bilau, lalu muncul makhluk asing yang terpenjara dalam tubuh manusia di bumi pada zaman dinasti Goryeo.

 

3. Taxi Driver

ad731542 17ae 41d6 9b5e f365fea72cbcMenceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Kim Do-Ki (Lee Je-Hoon) lulusan Akademi Angkatan Laut. Ibunya telah dibunuh oleh seorang pembunuh bersiri. Kehidupannya mula berubah, Kim Do-Ki beralih menjadi pemandu teksi di sebuah syarikat teksi yang sekaligus menawarkan perkhidmatan balas dendam untuk pelanggan-pelanggan.

 

4. Money

362ce7df 33be 42fe 8ec2 97c7c28a3d87

Mengisahkan tentang seorang broker saham baru yang bernama Il-hyun (Ryu Jun Yeol) bermimpi mahu menghasilkan banyak wang, tetapi menjadi broker tanpa sebarang pengaruh yang tepat membuatnya sukar bertahan dalam bidang tersebut. Kemudian, dia bekerja sama dengan seorang pemanipulasi pasaran bursa, Il-hyun tetap mengambil peluang itu walau kesannya mengerikan.

 

5. Believer

a7550d86 167f 4824 9fe2 1bb8660a1784

Filem jenayah yang dibintangi oleh Ryu Jun Yeol ini menceritakan tentang detektif polis yang berusaha dalam menangkap Tuan Lee, seorang pengedar dadah terbesar di Asia. Walau sebagai pengedar dadah berpengaruh, tidak ada seorang pun yang pernah melihat Tuan Lee. Pihak polis akhirnya menyiasat dengan melakukan kaedah penyamaran untuk menangkap penjenayah tersebut.

 

6. The King

f8d3dd48 7377 4253 9ddd 0f75f41ff689Mengisahkan tentang Park Tae-soo (Zo In-sung), seorang pendakwa raya yang memasang impian menjadi orang paling berpengaruh di negaranya. Untuk menjadikan impiannya sebagai kenyataan, Park Tae Soo semakin berani menyelam ke dalam lingkaran dunia rasuah yang luas dan kuasa politik yang kotor. Dia memutuskan untuk menggunakan cara-cara licik untuk mencapai tujuannya, tetapi semakin dalam dia terlibat, semakin rumit dan berbahaya situasinya. Ryu Jun Yeol membawa watak sebagai Choi Doo-II dalam filem ini.

 

7. Socialphobia

6c5b9e3d fb8a 443a a767 e65658679224Filem yang dibintangi oleh Ryu Jun Yeol ini menceritakan tentang sekumpulan remaja yang terjebak dalam situasi yang mencemaskan apabila sebuah video kontroversi mereka tersebar secara meluas di media sosial.

 

8. Little Forest

b0abb924 2bb0 433e 900f d1c4478e053e

Mengikuti kisah seorang wanita muda bernama Hye-won (Kim Tae-ri) yang kembali ke kampung halaman selepas menjalani kehidupannya di bandar besar yang sangat mengecewakan. Ditemani oleh kawan-kawannya, Hye-won berusaha untuk menghargai kehidupannya.

 

9. Hit and Run Squad

241a1de6 9bd2 433c a43b 3eb86875b915Detektif polis yang bernama Eun Si-yeon (Gong Hyo-jin) menyertai sebuah unit khas yang bertugas menangani kes-kes kemalangan jalan raya. Bekerja sama dengan seorang bekas pelumba kereta jalanan yang bernama Seo Min-jae (Ryu Jun-yeol) untuk menyelesaikan kes kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh sekumpulan pelumba haram yang licik.

 

10. The Night Owl

771b5687 d06e 4103 a9db f15b5f1b95e9Kisah tentang seorang pakar akupuntur yang tidak dapat melihat, secara misteri dia boleh melihat dan menyaksikan kehidupan di malam hari. Pada suatu waktu, dia secara tidak sengaja menyaksikan kematian putera mahkota.

 

11. The Battle: Roar to Victory

a9fc24ac fb32 4e5f b63e 1194eacb8d39Filem berlatarkan perang kemerdekaan Korea (1910-1945) selama pendudukan Jepun di Korea. The Battle: Roar to Victory menceritakan tentang kumpulan tentara Korea melawan penjajah Jepun di pertempuran Fengwudong 1920.

Sudahkah anda menonton filem-filem dan drama yang dibintangi oleh Ryu Jun Ryeol di atas? Semua kisah mempunyai jalan cerita yang unik dan tarikan tersendiri. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Kerjaya Han So Hee Dijangka Menghadapi Cabaran Berikutan Kontroversi Cintanya
Baca juga: Han So Hee Sah Mempunyai Hubungan Romantis Dengan Ryu Jun Yeol dan Memohon Maaf dengan Hyeri