Home Kdrama/Kmovie Kim Ji Won Bijak Menggunakan Kelebihan Dirinya dalam Queen of Tears

Kim Ji Won Bijak Menggunakan Kelebihan Dirinya dalam Queen of Tears

0

Drama siri Korea Queen of Tears berjaya meraih perhatian para penonton. Drama ini menceritakan tentang kehidupan rumah tangga Hong Hae In (Kim Ji Won) dan Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) selepas 3 tahun berumah tangga.

Kehidupan Hong Hae In (Kim Ji Won) sebagai anak keluarga chaebol dalam drama ini sangat menarik untuk ditonton. Keluarganya mengusahakan dan memiliki kumpulan gergasi, Queen Grup. Dalam perjalanan hidupnya, Hong Hae In (Kim Ji Won) dikenal cukup pintar dalam memanfaatkan kelebihannya atau hak istimewa yang diperolehi sejak dia lahir.

 

IMG 03251. Hong Hae In (Kim Ji Won) perlu berpindah dan belajar di luar negara sebelum habis sekolah menengah. Walau keturunan chaebol, dia dipaksa hidup berdikari jauh dari keluarga

Baca juga: Queen of Tears Tampilkan Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun pada Mac 2024

 

6b9f360e b065 4854 9ef7 f46e9d14a0482. Hong Hae In belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang calon pewaris syarikat datuknya, Hong Man Dae (Kim Kap Soo)

 

 

b0723e08 27b5 4226 af91 76925847756e3. Bukan hanya fokus belajar sahaja, dia juga memperluaskan lagi pengaruh dan berkenalan dengan ramai orang semasa dia masih belajar. Dia juga turut mensasarkan pengaruh di kalangan chaebol yang lain

Baca lagi: 7 Petikan Babak Drama Terbaru Queen of Tears, Gandingan Hebat Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun

 

fc5977e5 a82f 48bf 9a33 a527fa50aceb4. Apabila kembali Korea Selatan, Hong Hae In langsung tidak malu untuk menjadi pekerja pelatih di salah sebuah anak syarikat Queen Group hingga dia bertemu dengan Baek Hyun Woo

 

 

5f981fae e6ba 45f9 9de2 e4a993575f5b5. Walau begitu, perjalanan karier Hong Hae In juga penuh dengan rintangan sebelum dia diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin Queen Department Store

 

 

4b949de5 b2ed 4876 9a28 cb894a8188c46. Setelah mengetuai salah sebuah anak syarikat Queen, Hong Hae In masih bercita-cita untuk masuk ke kumpulan Satu Triliun supaya kesungguhannya dilihat oleh datuknya

 

 

ca69e4ca 46e6 4ac0 bb64 a69e7092e17e7. Dia membuka store jenama terkenal di department store dengan bantuan salah seorang rakannya iaitu Yoon Eun Seong (Park Sung Hoon)

Baca juga: Queen Of Tears, 7 Kesan Apabila Penyakit Kim Ji Won Menyerang, Sengsaranya

 

Kim ji won

8. Hong Hae In rela mengeluarkan banyak duit kepada para penyelidik di Jerman untuk sembuh dan merawat penyakitnya. Dia ingin sembuh dan meneruskan perjuangannya

Semua perkara di atas menunjukkan bahawa Hong Hae In pandai memanfaatkan duit dan kuasa yang dia miliki. Walau begitu, dia juga tidak pernah jemu untuk belajar dan bekerja keras supaya segala kelebihan yang dia miliki tetap bertahan dan tidak terlepas. Ingin tahu bagaimana hidup Hong Hae In selepas ini? Nantikan episod baru drama Queen of Tears di Netflix ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea yang Perlu Anda Tonton Jika Anda Menyukai ‘Doctor Slump’
Baca juga: 6 Kdrama Underrated Tentang Kawan Jadi Kekasih, Antara yang Terbaik