Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama Baru Tayang April 2024, Pelbagai Genre

5 Kdrama Baru Tayang April 2024, Pelbagai Genre

0

Peminat-peminat Kdrama pasti sudah tidak sabar menantikan pelbagai Kdrama menarik yang telah disahkan akan ditayangkan pada bulan April nanti.

Nampaknya para peminat sudah teruja dengan pelbagai Kdrama akan datang kerana sebelum ini promosi untuk drama-drama baru ini sangat rancak. Mendahului siri-siri lain ialah siri Netflix yang dinanti-nantikan ramai iaitu Parasyte: The Grey, yang merupakan antara drama Korea paling menarik tahun ini!

Berikut ini adalah senarai Kdrama yang bakal ditayangkan pada bulan April 2024 di pelbagai platform OTT. Jom kita lihat maklumat lengkapnya dibawah ya!

 

Parasyte: The Grey

KdramaTarikh Tayangan: 5 April 2024
Episod: 6
Genre: Aksi, Seram, Sci-Fi
Pelakon: Koo Kyo Hwan, Jeon So Nee, Jung Hyun Lee

Plot: Daripada pencipta Train to Busan yang memenangi anugerah, ‘Parasyte: The Grey’ akan memasuki skrin Netflix pada awal April nanti. Mini siri ini adalah berdasarkan siri manga popular yang dihasilkan oleh Hitoshi Iwasaki dan akan diadaptasi menjadi siri aksi live action. Plot drama siri ini berkisar tentang makhluk parasit kecil yang melekat pada ‘hos’ mereka dan Jung Soo In dijangkiti oleh parasit ini.

 

Lovely Runner

4e8e0381 f44a 41ce 86ec 8b5d50157277Tarikh Tayangan: 8 April 2024
Pelakon: Kim Hye Yoon, Byun Woo Seok

Plot: Drama penjelajahan masa TVN ‘Lovely Runner’ akan ditayangkan pada 8 April. Drama siri ini dibintangi oleh Kim Hye Young sebagai Im Sol, dan Byun Woo Seok sebagai watak utama. Kisah ini adalah tentang seorang wanita yang meninggalkan impiannya selepas mengalami kemalangan. Tetapi selepas idolanya meninggal dunia, dia mengembara kembali ke 15 tahun ke belakang untuk mengubah nasibnya dan memulihkan impiannya sendiri.

Baca juga: Come Back Lee Bo Young dalam “Hide”, Kdrama Thriller Misteri Terbaharu, Mendapat Pujian Ramai

Blood Free

ebdc2a46 a1a6 4318 b390 cbc8f2e69c12Tarikh Tayangan: 10 April 2024.
Pelakon: Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo

Plot: Mengakhiri penggunaan daging haiwan selama berabad-abad, BF kini berada di barisan hadapan pasaran dengan pendekatan berbeza ketika mereka bergerak ke arah daging kultur genetik. Orang di dalam dan di luar BF mula mempersoalkan keputusan CEO Yoon Ja Yoo.

 

Missing Crown Prince

b68ea08d 599f 4d5e b8e0 76b6c123db75Tarikh Tayangan: 13 April 2024
Pelakon: Suho, Hong Yeji, Myung Se Bin, Kim Joo Hun, dan Kim Min Kyu.

Plot: Rancangan MBN Sabtu-Ahad baharu ini merupakan salah sebuah Kdrama yang paling dinanti-nantikan pada musim ini. Berlatarbelakangkan Era Joseon, kisah romantik komedi sageuk ini mengisahkan tentang seorang putera mahkota yang diculik oleh seorang wanita yang akan menjadi isterinya.

 

Chief Detective 1958

c1cd988b b6bb 460d 8510 5313d342dedbTarikh Tayangan: 19 April 2024.
Pelakon: Lee Jehoon, Lee Dong Hwi

Plot: Park Young-Han (Lee Je Hoon) ialah seorang detektif muda. Dia memang tidak berpuas hati dengan realiti bahawa maruah manusia sewenang-wenangnya dicabul dan dunia makin kejam dengan pelbagai jenayah dan ketidak adilan. Dia berjuang untuk menanganinya. Dia bekerjasama dengan detektif rakan sekerjanya.”

Pasti anda sudah tidak sabar mahu menonton bukan? Jangan terlepas tarikh-tarikh tayangan tersebut ya!

Baca lagi: 7 Filem Korea Tonton di Netflix, Sangat Menarik
Baca juga: 5 Drama Korea yang Perlu Anda Tonton Jika Anda Menyukai ‘Doctor Slump’