Home Kdrama/Kmovie 3 Sebab Utama Anda Perlu Tonton Wedding Impossible, Kdrama Komedi Menghiburkan

3 Sebab Utama Anda Perlu Tonton Wedding Impossible, Kdrama Komedi Menghiburkan

0

Drama Korea yang membawa genre romantik komedi bertajuk “Wedding Impossible” telah rasmi ditayangkan pada 26 Februari 2024. Drama ini merupakan drama baru tvN yang ke udara setiap hari Isnin dan Selasa. Drama ini juga turut ditayangkan di Prime Video.

IMG 6555

Wedding Impossible merupakan drama yang diadaptasi dari sebuah Webtoon bertajuk sama karya Song Jung Won. Drama Korea ini digarap oleh pengarah Kwon Young Il yang pernah menjadi pengarah untuk drama Doom at Your Service (2021).

36e4f89f f536 40da 903a 4b88d98d2ce1 1

Drama ini dibintangi oleh pelakon popular Korea Selatan seperti Moon Sang Min, Jeon Jong Seo, dan juga Kim Do Wan. Dalam drama ini, Moon Sang Moon membawa watak sebagai Lee Ji Han. Sementara itu Jeon Jong Seo, membawa watak sebagai karakter Na A Jeong dan Kim Do Wan pula sebagai Lee Do Han.

Menampilkan cerita yang ringan dan memang sesuai untuk ditonton oleh para peminat genre drama komedi romantik. Drama Wedding Impossible merupakan drama yang mengisi slot drama setiap Isnin dan Selasa. Selepas sebelum ini drama Marry My Husband telah rasmi tamat dengan jumlah 16 episod.

Mengapa anda perlu menonton drama menarik ini? Berikut ini adalah tiga sebab utama yang membuatkan Wedding Impossible menarik untuk ditonton.

 

1. Pelakon komedi romantik generasi baru

Weddng impossibleWedding Impossible adalah kolaborasi antara Jeon Jong Seo dan Moon Sang Min. Jeon Jong Seo telah menarik perhatian peminat melalui filem dan program OTT. Manakala Moon Sang Mi pula dikenali melalui drama Under the Queen’s Umbrella.

Mereka baru pertama kali muncul dalam drama siri dan berlakon sebagai pelakon utama dalam drama genre komedi romantik. Oleh sebab itu, gandingan romantik mereka sangat dinanti-nantikan. Ditambah pula dengan penampilan bintang yang sedang meningkat naik iaitu Kim Do Wan dan juga Bae Yoon Kyung.

 

2. Pertempuran misi yang berlawanan

IMG 6558Selepas sekian lama bekerja sebagai seorang pelakon yang tidak terkenal, Na Ah Jung memutuskan untuk menerima tawaran perkahwinan palsu dari kawan baiknya Lee Do Han untuk menjadi menantu perempuan keluarga konglomerat.

Lee Ji Han ingin abangnya Lee Do Han menjadi pewaris keluarga. Dia pun cuba menggagalkan perkahwinan tersebut. Jadi misi siapakah yang akan berjaya?

 

3. Kisah cinta seorang pemuda yang menyembunyikan rahsia

IMG 6559Wedding Impossible juga menampilkan pelbagai watak dengan perwatakan menarik dan berbeza. Selain Na Ah Jung sebagai pelakon dalam drama ini, Lee Ji Han juga menyembunyikan identitinya dan bekerja bersungguh-sungguh di syarikat sebagai pekerja biasa. Lee Do Han juga terpaksa bersedia untuk perkahwinan palsu kerana dia perlu menyembunyikan rahsianya. Apakah rahsia tersebut?

Wedding impossible

Watak-watak ini yang masing-masing menjalani kehidupan mereka dengan penuh kepura-puraan akan saling berhubungan dengan perkahwinan palsu ini. Dalam proses ini, mereka akan menghadapi krisis jati diri mereka yang sebenar. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: “Wedding Impossible’, Kdrama Adaptasi Novel Web Popular Tayang di Prime Video Bermula 26 Februari

Baca juga: Lagi Kisah Mangsa Buli, Jaehyun NCT Bakal Muncul dalam Drama Baru kisah Buli dan Penganiayaan