Home Artis Korea Lagi Kisah Mangsa Buli, Jaehyun NCT Bakal Muncul dalam Drama Baru kisah...

Lagi Kisah Mangsa Buli, Jaehyun NCT Bakal Muncul dalam Drama Baru kisah Buli dan Penganiayaan

0

Anggota kumpulan NCT Jaehyun bakal tampil dalam drama siri terbaru. Drama Korea terbaru itu bertajuk ‘I Believe You’ dengan tema utama intipati kisahnya tentang perebutan kuasa antara orang kaya dan orang miskin.

Dipetik dari Pinkvilla, 29 Februari 2024, Jaehyun NCT telah menjalani proses casting untuk drama terbaru itu. Bintang ini dikhabarkan bakal membawa watak utama. Sayangnya, hingga kini belum ada pengesahan tentang watak tersebut.

Namun, Jaehyun merupakan pelakon lelaki yang paling berpotensi untuk membawa watak utama dalam drama I Believe You. Lebih-lebih lagi khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pihak penerbitan sangat menginginkan Jaehyun untuk drama ini kerana menurut mereka bintang itu sangat sempurna untuk membawa watak utama tersebut.

IMG 6552

Plot dan premis cerita untuk Kdrama siri ini adalah berdasarkan kepada perjalanan yang saling berkaitan mengenai perjuangan seseorang untuk bangkit dan untuk menjadi seseorang yang gagah yang kuat hati. Watak utama akan digambarkan lemah pada permulaan, kemudian dia akan berjuang untuk menentang kuasa yang telah mendominasi selama ini.

Kisah Kdrama ini menceritakan tentang seorang kaki buli di sekolah dan seorang mangsa buli yang mula tinggal di bawah satu bumbung. Pada waktu itu, Jaehyun yang bakal membawa watak So Il Nam terus berkembang dan melawan kejahatan yang menganiayanya selama ini.

Watak Seo Il Nam ditawarkan kepada Jaehyun NCT, dimana dia adalah seorang mangsa buli di sekolah dari latar belakang kelas bawahan yang perlu belajar mengatasi ketakutannya dan berjuang untuk dirinya sendiri.

I Believe You akan diterbitkan oleh Mace Entertainment, produser yang juga menerbitkan siri Netflix seperti The Trauma Code: Heroes on Call, yang dibintangi oleh Ju Ji Hoon dan Choo Young Woo.

Menurut perancangan, proses penggambaran akan dimulakan pada kuarter pertama tahun 2024, drama ini dikatakan akan memikat penonton dengan jalan cerita yang sangat menarik.

 

Projek Lakonan Jaehyun NCT

Jaehyun

Jaehyun mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada tahun 2022 melalui Kdrama Dear M yang merupakan drama siri romantik berlatarkan kampus dengan jumlah 12 episod. Jaehyun membawa watak utama bersama Park Hye Su, Roh Jeong Eui, Bae Hyun Sung, Woo Da Vi, dan Lee Jin Hyuk.

Selain itu, bintang ini juga akan muncul sebagai pelakon utama dalam filem akan datang iaitu You Will Die In 6 Hours. Jaehyun memulakan debutnya sebagai anggota NCT pada tahun 2016 dan telah menjadi sebahagian dari sub-unit NCT 127 sejak waktu itu.

IMG 6551

Baru-baru ini, dia juga menjadi sebahagian dari sub-unit baru bernama NCT DoJaeJung yang juga disertai oleh Doyoung dan Jungwoo. Sub-unit ini melancarkan album pertama mereka yang bertajuk Perfume pada tahun 2023.

Baca lagi: The Impossible Heir Episod 1-2, Menampilkan Kejutan dan Penuh Misteri
Baca juga: 3 Kdrama Popular Tentang Balas Dendam Yang Digilai Ramai