Home Disney+ The Impossible Heir Episod 1-2, Menampilkan Kejutan dan Penuh Misteri

The Impossible Heir Episod 1-2, Menampilkan Kejutan dan Penuh Misteri

0

Drama Korea The Impossible Heir merupakan drama terbaru yang dibintangi oleh Lee Jae Wook dan Lee Jun Young. Drama ini telah rasmi ditayangkan sejak 28 Februari 2024 di platform streaming OTT terpilih.

Drama The Impossible Heir merupakan drama yang digarap oleh pengarah Min Yeon Hong. Pengarah ini dikenali sebagai pengarah untuk drama Missing: The Other Side, Insider, Touch, dan juga My First Love. Skrip drama ini ditulis oleh Choi Won yang merupakan penulis popular Korea Selatan yang pernah terlibat dalam banyak filem Korea popular seperti Miss Butcher, Fortune Salon, Baby & Me, dan My First Amendment of Korea.

The Impossible Heir mempunyai jalan cerita menarik tentang perebutan kuasa keluarga chaebol atau konglomerat. Melalui drama ini Lee Jae Wook membawa watak sebagai Han Tae O yang mempunyai latar belakang yang gelap.

24cc8e04 655d 47ef ac2d 425f88bd0eb3Dalam siri The Impossible Heir, Lee Jun Young membawa watak sebagai Kang In Ha iaitu kawan sekelas Han Tae O yang sangat berbeza dengannya. Watak Kang In Ha digambarkan sebagai seseorang yang berasal dari keluarga kaya raya. Selain Lee Jae Wook dan Lee Jun Young, dalam drama ini juga anda dapat menyaksikan penampilan artis baru bernama Hong Su Zu. Pelakon cantik ini membawa watak sebagai Na Hye Won seorang wanita yang bijak dan jelita.

Episod 1 dan 2 “The Impossible Heir” telah menampilkan banyak misteri dan kejutan. Berikut adalah ulasannya.

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Siapakah yang telah dibunuh oleh Han Tae Oh di awal episod 1 The Impossible Heir?

IMG 6508Di minit-minit awal episod pertama, penonton sudah ditampilkan dengan babak yang mengejutkan. Han Tae Oh (Lee Jae Wook) kelihatan memegang pisau yang berlumuran darah. Selain itu, ada seorang wanita dan lelaki yang juga berlumuran darah di sana.

Apakah yang sebenarnya yang terjadi? Adakah Han Tae Oh membunuh orang tersebut? Namun, apakah alasannya Siapakah sebenarnya orang yang berlumuran darah itu? Atau mungkinkah mangsa itu adalah Na Hye Won dan Kang In Ha?

 

2. Apakah jenis bantuan yang Na Hye Won mahu dari Han Tae Oh?

IMG 6510Na Hye Won baru bertemu dengan Kang In Ha dan Han Tae Oh semasa mereka belajar bersama-sama. Hidup Na Hye Won tidak pernah tenang kerana ibunya kaki judi. Lintah darat dan penagih hutang kerap mencarinya.

Melihat keakraban Kang In Ha dan Han Tae Oh, Na Hye Won tertarik untuk mendekati kedua-dua mereka. Na Hye Won meminta bantuan Han Tae Oh untuk memperkenalkan dirinya kepada Kang In Ha.

Kang In Ha juga tertanya-tanya, mengapa sebenarnya Na Hye Won mendekatinya dan Han Tae Oh? Kemungkinan besar, Na Hye Won memang ingin lari dari kehidupannya yang sengsara. Nasib baik, Kang In Ha yang menyukainya benar-benar tulus membantu Na Hye Won.

 

3. Apakah rancangan Han Tae Oh dan Kang In Ha?

Imposibble heirHan Tae Oh dan Kang In Ha berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Han Tae Oh akan membuat kehidupan Kang In Ha lebih senang dengan kepintarannya. Manakala Kang In Ha akan membantu Han Tae Oh dengan pengaruhnya.

Namun, apakah sebenarnya rancangan Han Tae Oh dan Kang In Ha di masa depan? Jika melihat kepada babak ketiga episod 2, Han Tae Oh dan Kang In Ha ingin menerajui Kangoh Group.

Rancangan mereka sudah dimulakan sejak zaman belajar lagi, sewaktu kertas cadangan Han Tae Oh dipilih oleh Profesor Chae Dong Uk (Ko Chang Seok). Selepas kedua-duanya bekerja di Kangoh Group, program itu sudah berjaya dan mereka bakal merebutnya.

 

4. Antara Kang In Ha atau Han Tae Oh, siapakah yang akan bersama dengan Na Hye Won?

Impossible heir

Na Hye Won sebenarnya menyukai Han Tae Oh, tambahan pula mereka mempunyai banyak persamaan. Manakala Kang In Ha sejak awal lagi sudah meluahkan kepada Han Tae Oh bahawa Na Hye Won sangat menarik perhatiannya.

Di episod 2, Han Tae Oh merelakan perasaannya kepada Na Hye Won, gadis yang disukainya itu memutuskan untuk pergi ke dalam pelukan Kang In Ha. Di trailer, Na Hye Won dan Kang In Ha tampak seperti akan berkahwin. Namun, masih ada percikan asmara antara Han Tae Oh dan Na Hye Won.

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi mereka dalam drama siri The Impossible Heir yang penuh misteri ini nanti?

Semua persoalan di atas akan terjawab dalam setiap episod The Impossible Heir (2024). Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu
Baca juga: Manjakan Diri Anda Dengan 9 Kdrama Baru Tayang Mac 2024