Home Kdrama/Kmovie Manjakan Diri Anda Dengan 9 Kdrama Baru Tayang Mac 2024

Manjakan Diri Anda Dengan 9 Kdrama Baru Tayang Mac 2024

0

Bulan Mac 2024 dimeriahkan dengan tayangan Kdrama pelbagai genre seperti genre romantik dan juga misteri pembunuhan. Pelakon Korea yang memegang rekod bayaran paling mahal, Kim Soo Hyun juga bakal menemui para peminat setia, pelakon ini membintangi drama Korea yang ditayangkan pada bulan Mac 2024 ini!

Salah sebuah Kdrama untuk bulan Mac 2024 iaitu “Queen of Tears” telah mencuri perhatian sebelum ditayangkan kerana dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won. Selain itu, drama Wonderful World yang menampilkan Cha Eun Woo sebagai juru kimpal juga turut dinanti-nantikan.

Berikut ini ialah 9 Kdrama yang tayang pada bulan Mac 2024.

1. Wonderful World

2a25dd8c 213f 4536 b85c dbfbe31780e2Pelakon: Cha Eun Woo, Kim Nam Joo Tarikh tayangan: 1 Mac 2024

Drama Korea Wonderful World mengikuti kisah Eun Soo Hyun (pemain Kim Nam Joo), seorang profesor psikologi dan penulis terkenal yang ingin membalas dendam atas kematian anak lelakinya. Semasa cuba menghukum musuhnya, Eun Soo Hyun bertemu dengan Kwon Sun Yool (Cha Eun Woo), yang menjalani kehidupan sukar selepas berhenti dari sekolah perubatan. Kedua-dua mereka menyembuhkan trauma antara satu sama lain.

Dengan jumlah 14 episod, Wonderful World akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di MBC dan platform striming OTT terpilih.

 

2. Queen of Tears

94bd1d1e 16ba 409a 8153 a4a766562f34Pelakon: Kim Soo Hyun, Kim Ji Won.
Tarikh tayangan: 9 Mac 2024

Pelakon Korea dengan bayaran paling mahal, Kim Soo Hyun digandingkan dengan Kim Ji Won dalam drama bulan Mac 2024 ini. Episod baru Queen of Tears akan ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad di tvN dan juga Netflix.

Queen of Tears mengikuti kisah cinta Hong Hae In (Kim Ji Won), seorang pewaris chaebol yang dikenali sebagai ‘ratu’ kedai serbaneka Queens Group dan Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun), anak lelaki ketua kampung Yongduri yang mendapat gelaran ‘putera supermarket’.

Berita perkahwinan mereka menjadi heboh di seluruh Korea. Baek Hyun Woo juga mendapat tekanan dari keluarga isterinya yang sangat berpengaruh. Bersama-sama, pasangan suami isteri dari latar belakang keluarga yang berbeza itu cuba menghadapi rintangan perkahwinan mereka.

 

3. The Midnight Studio

906fd37d 38e2 4605 99d0 feb11a222d33Pelakon: Kwon Nara, Joo Won
Tarikh tayangan: 11 Mac 2024

The Midnight Studio akan ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa di ENA.

Jalan cerita drama ini mengikuti kisah seorang juru gambar iaitu Seo Ki Joo (Joo Won) yang menjadi pemilik studio gambar yang dikhaskan untuk hantu. Disebabkan sebuah insiden, peguam Han Bom (Kwon Nara) dapat melihat hantu dan menjadi penasihat hantu-hantu yang datang pada setiap malam.

 

4. Chicken Nugget

2d2f2928 0c82 4409 b0ca 830dec108daePelakon: Ryu Seung Ryong, Ahn Jae Hong
Tarikh tayangan: 15 Mac 2024

Netflix akan menayangkan 12 episod drama Korea Chicken Nugget secara serentak. Diadaptasi dari webtoon, drama Korea Chicken Nugget mengikuti kisah seorang bapa iaitu Choi Sun Man (Ryu Seung Ryong) yang berusaha untuk mengembalikan anak perempuannya iaitu Min Ah (Kim Yoo Jung) menjadi manusia semula setelah berubah menjadi sepotong nugget ayam.

 

5. Let Me Grab You by the Collar

5a88032a 0c74 4190 a6d2 86b97d352e82Pelakon: Kim Ha Neul, Jang Seung Jo
Tarikh tayangan: 18 Mac 2024

Let Me Grab You by the Collar menggambarkan kehidupan seorang pembaca berita terkenal, Seo Jung Won (Kim Ha Neul) yang berkahwin dengan lelaki dari keluarga kaya, Seo Woo Jae (Jang Seung Jo). Hidupnya yang sempurna berubah selepas dituduh sebagai suspek utama kes kematian perempuan simpanan suaminya iaitu Seo Woo Jae.

Drama ini akan ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa di KBS2.

 

6. Hide

4fa794b5 d4b9 4ad5 9815 8635ad389978Pelakon: Lee Bo Young, Lee Mu Saeng Tarikh tayangan: 23 Mac 2024

Tayangan drama Korea Hide akan menggantikan Doctor Slump setiap Sabtu dan Ahad di JTBC.

Drama Korea Hide mengikuti kisah seorang isteri, Na Moon Young (Lee Bo Young) yang cuba menyiasat lokasi suaminya Cha Sung Jae (Lee Mu Saeng), yang menghilang secara misteri.

 

7. A Profitable Cage

6c47608d 0f9e 4176 83e6 0e1dee2c40b4Pelakon: Ham Eun Jung, Baek Sung Hyun Tarikh tayangan: 25 Mac 2024

Ahli kumpulan KPop T-ARA, Ham Eun Jung membintangi drama Korea romantik A Profitable Cage, yang bakal ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat di KBS1.

Drama ini mengikuti kisah seorang pakar psikiatri iaitu Jin Soo Ji (Ham Eun Jung) yang mengalami kemerosotan dalam kerjaya, dan pakar psikiatri baru Chae Woo Ri (Baek Sung Hyun) yang sedang membina sebuah keluarga.

 

8. The Escape of the Seven: Resurrection

050c9b00 ee5a 4a6d ba18 b202704d7129

Pelakon: Uhm Ki Joon, Lee Yoo Bi, Hwang Jung Eum
Tarikh tayangan: 29 Mac 2024

Musim kedua The Escape of the Seven meneruskan kisah tujuh orang individu yang terlibat dalam kes kehilangan seorang gadis secara misteri. Kini mereka bekerja sama melawan lelaki yang bercita-cita mahu meraih kuasa dengan menggunakan berita palsu.

Lee Jung Shin adalah muka baru dalam The Escape of the Seven: Resurrection sebagai Hwang Chan Sung, seorang CEO syarikat portal web nombor satu di Korea Selatan.

Musim kedua The Escape of the Seven tayang setiap Jumaat dan Sabtu di SBS dan platform striming OTT terpilih.

 

9. Beauty and Mr. Romantic

KdramaPelakon: Lim Soo Hyang, Ji Hyun Woo Tarikh tayangan: 23 Mac 2024

Drama Korea Beauty and Mr. Romantic akan ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad di KBS2.

Beauty and Mr. Romantic mengikuti kisah cinta seorang pelakon, Park Do Ra (Lim Soo Hyang) yang mencapai titik terendah dalam hidupnya dalam semalam. Dia bertemu kembali dengan produser Go Pil Seung (Ji Hyun Woo) yang cuba membantunya untuk bangkit kembali kerana dia mencintainya.

Nah gais, pilihan drama yang menarik bukan? Nantikan tayangan drama-drama ini ya!

Baca lagi: Menarik dan Mengujakan, 13 Drama Korea Keluaran Minggu Ini sehingga 3 Mac 2024
Baca juga: Tampil Hebat Sebagai Isteri Teraniaya Di “Queen of Divorce, Berikut 3 Kdrama Lee Ji Ah Yang Harus Anda Tonton di Viu