Home Kdrama/Kmovie Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu

Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu

0

Pyramid Game adalah salah sebuah drama Korea yang memang dinanti-nantikan pada tahun 2024 ini. Drama yang membawa genre thriller psikologi dan misteri ini menggunakan latarbelakang sekolah. Drama ini telah ditayangkan pada 29 Februari 2024 menerusi Viu.

Pyramid game

Beberapa isu sosial yang berkisar tentang remaja akan diangkat dalam drama Pyramid Game ini. Bermula dari kisah buli membuli, markah peperiksaan, dah juga perbezaan status sosial.

Siri ini menggambarkan permainan survival yang kejam di Sekolah Menengah Perempuan Baekyeon, di mana pelajar dibahagikan kepada penyerang, mangsa dan orang ramai dan secara beransur-ansur bertukar keganasan untuk bertahan hidup.

 

Berikut ini adalah sinopsis dan senarai pelakon drama Pyramid Game.

 

1. Sinopsis Pyramid Game

IMG 6500 scaled

Drama Korea ini diadaptasi dari webtoon karya Dalkkonyak yang dilancarkan pada tahun 2020 dan telah berakhir pada tahun 2022.

Ia adalah siri ngeri psikologi dan survival. Ia berpusat di sekitar Sekolah Menengah Perempuan Baekyeon dan sistem ranking popularitinya yang kejam, yang dipanggil “Pyramid Game.” Sistem kejam ini mempunyai kuasa yang besar kerana ia boleh menentukan bagaimana pelajar akan dilayan di sekolah. Sistem ranking ini juga membawa kepada keganasan sekolah yang melampau.

Kisah Pyramid Game akan terbongkar apabila pelajar baru bernama Seong Su Ji berpindah ke Sekolah Menengah Perempuan Baekyeon. Dia merupakan pelajar di Darjah 2 Kelas 5 di sekolah itu. Dia mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi. Dari segi personaliti, Su Ji juga agak berterus terang. Tetapi selepas dia tiba di Sekolah Menengah Perempuan Baekyeon, dia terjerat dalam “Pyramid Game” tanpa belas kasihan.

Undian dilakukan sebulan sekali dan digunakan untuk menentukan siapakah pelajar yang paling popular. Pelajar yang mendapat undian paling rendah akan mendapat markah F dan menjadi sasaran keganasan sekolah yang kejam.

Su Ji tidak menerima sebarang undian semasa ketibaannya dan menjadi sasaran baharu pembuli. Dia terus menjadi mangsa keganasan sekolah seterusnya. Bagaimanapun, dia tidak menerima keganasan ini dan mengetuai pemberontakan terhadap sistem keji di sekolah ini.

Su Ji perlu berhadapan dengan kawan-kawan barunya. Salah seorang dari mereka adalah Baek Ha Rin yang dibawa oleh kakak Wonyoung IVE, iaitu Jang Da Ah. Baek Ha Rin merupakan pelajar yang mendapat markah A dalam undian Pyramid Game. Dia dikenali sangat baik dan cantik, tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan kelicikan di sebalik topengnya.

 

2. Senarai pelakon yang membintangi drama ini

IMG 6494

Pyramid Game menampilkan pelakon-pelakon yang terdiri dari bintang-bintang muda. Berikut ini adalah senarainya:

  • Bona WJSN sebagai Seong Su Ji

  • Jang Da Ah sebagai Baek Ha Rin

  • Ryu Da In sebagai Myeong Ja Eun
  • Kang Na Eon sebagai Im Ye Rim

  • Jung Ha Dam sebagai Go Eun Byeol

  • Shin Seul Ki sebagai Seo Do Ah
  • Ha Yul Ri sebagai Bang Woo Yi

Selain watak-watak utama, siri ini juga dimeriahkan dengan penampilan watak-watak pembantu yang tidak kurang hebatnya termasuklah:

  • Ha YulRi sebagai Bang Woo I
  • Lee Joo Yeon sebagai Shim Eun Jung
  • Hwang Hyun Jung sebagai Kim Da-Yeon
  • Jeong Ha Dam sebagai Go Eun Byeol
  • Oh Se Eun sebagai Song Jae Hyung
  • Choi Yoon Seo sebagai Gu Seol Ha
  • Kim Se Hee sebagai Pyo Ji Ae

IMG 6498Pyramid Game telah selesai menjalani penggambaran pada bulan Disember 2023 dan telah pun ditayangkan secara perdana pada 29 Februari lalu dengan 10 episod semuanya.

Dengan cerita yang membawa kisah sindiran terhadap realiti sosial, Pyramid Game dijangkakan akan mencuri perhatian para peminat drama Korea. Tambahan pula, drama ini turut menampilkan ramai pelakon wanita muda yang popular.

Buat anda yang sudah tidak sabar untuk menonton, episod 1-4 Pyramid Game boleh di strim di Viu sekarang!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Tampil Hebat Sebagai Isteri Teraniaya Di “Queen of Divorce, Berikut 3 Kdrama Lee Ji Ah Yang Harus Anda Tonton di Viu
Baca juga: Terkenal dengan Wajah Genius, Berikut 4 Drama dan Filem Cha Eun Woo dari Pelbagai Genre Yang Boleh Ditonton di Viu