Home Movie 7 Filem Korea Terlaris Tahun 2023, The Roundup Mendahului Carta

7 Filem Korea Terlaris Tahun 2023, The Roundup Mendahului Carta

0

Filem Korea manakah menjadi pilihan korang?

Dua tahun selepas huru hara pandemik COVID-19 berlalu, dunia industri perfileman Korea Selatan yang sempat perlahan dan lesu akibat pandemik kini mula menyinar sekali lagi.

Filem-filem Korea Selatan mula mengalahkan dominasi filem Hollywood yang pernah membolot perhatian dan pasaran di setiap pawagam di Korea pada masa pandemik.

Filem-filem yang dibintangi oleh ramai pelakon ‘Kelas A’ Korea Selatan seperti Lee Byung Hyun, Ma Dong Seok, Hwang Jung Min, sememangnya telah berjaya menawan carta box office tahun ini.

Berikut ini adalah tujuh buah filem Korea Selatan yang paling laris pada tahun 2023 ini. Jom sama-sama kita lihat!

 

 

Filem korea selatan1. Dibintangi oleh Ma Dong Seok, Filem Korea The Roundup: No Way Out yang mengusung genre noir thriller berjaya menembusi 10.6 juta penonton

 

 

Filem korea2. Kim Hye Soo mengetuai para haenyeo, penyelam wanita, untuk menyeludup barangan berharga dalam filem Korea Smugglers. Filem ini berjaya meraih 5.1 juta penonton

 

 

0fec4f07 8944 4c97 a9fd f808fc07fb923. Ditonton oleh 3.8 juta penonton, Concrete Utopia yang dibintangi oleh Lee Byung Hyun terpilih untuk mewakili Korea Selatan di acara Academy Award

 

 

be547f7a e10c 4733 ae51 f9f95edac0494. Love Reset (30 Days) yang dibintangi oleh Kang Ha Neul dan Jung So Min merupakan satu-satunya filem Korea genre romcom (romantik komedi) yang menembusi jumlah 2.1 juta penonton

 

 

dc93635d 96d9 4188 a3f7 42ffd76e7f8b5. Mengisahkan tentang pengusir hantu yang menyamar, filem Korea Dr. Choen and Lost Talisman yang dibintangi oleh Kang Dong Won berjaya menghiburkan 1.9 juta penonton

 

 

00ea80e4 2187 452a b07d 3d693a25c07a6. Ditayangkan secara perdana pada 22 November, filem 12.12 – The Day menceritakan tentang pemberontakan tentera yang terjadi pada tahun 1979. Filem ini telah ditonton oleh 1.8 juta penonton

 

 

24180774 2b83 46b5 be18 003401d591147. Hero ditonton oleh 1.7 juta penonton. Filem muzikal yang dibintangi oleh Jung Su Hwa tersebut mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Korea, Ahn Jung Geun

Dikuasai dan didominasi filem aksi yang dengan bajet yang sememangnya besar, filem Love Reset (30 Days) muncul sebagai sleeper hit. Tidak ada sesiapa yang menjangkakan sebelum ini, bahawa filem yang dibintangi oleh Kang Ha Neul dan Jung So Min tersebut bakal berjaya di pasaran.

Di antara semua filem Korea paling laris yang tersenarai di atas, filem manakah yang sudah anda tonton?

Baca lagi: 13 Webtoon Korea yang Diangkat Jadi Drama, Selalu Meraih Rating Tinggi
Baca juga: NIGHT HAS COME, Perang Psikologi Meragut Jiwa, Kdrama Thriller Survival Ala Mafia