Home Kdrama/Kmovie 13 Webtoon Korea yang Diangkat Jadi Drama, Selalu Meraih Rating Tinggi

13 Webtoon Korea yang Diangkat Jadi Drama, Selalu Meraih Rating Tinggi

0

Webtoon adalah komik digital yang paling popular dan terbesar di Korea Selatan. Oleh kerana populariti webtoon, cerita webtoon Korea telah banyak kali diadaptasi ke drama TV.

Sangat banyak webtoon Korea yang dijadikan drama dan berjaya meraih rating yang tinggi. Tidak mengejutkan kerana setakat ini cerita webtoon yang diangkat menjadi drama Korea belum ada yang gagal. Hebat penangan webtoon bukan?

Berikut ini adalah senarai webtoon Korea yang diangkat ke dalam versi drama dan berjaya meraih rating yang tinggi:

 

IMG 5307

1. Webtoon Moving disebut-sebut sebagai Avengers versi Korea. Dengan tajuk yang sama seperti versi webtoon, karya Kang Pool merupakan antara drama terbaik bagi tahun 2023

 

 

2. Boleh dikatakan Cheese in the Trap merupakan pelopor webtoon Korea yang diadaptasi menjadi versi drama. Kim Go Eun adalah pelakon utama untuk drama siri ini

 

 

3. Drama Korea ini mendapat sambutan yang sangat meriah sewaktu ditayangkan. Membawa konsep kelahiran semula, See You in My 19th Life juga diangkat dari webtoon popular

 

 

Webtoon korea

4. Webtoon Korea bertajuk Now at Our School diadaptasi menjadi drama All of Us Are Dead. Drama ini merupakan drama tentang pelajar sekolah tetapi bertemakan serangan zombie

 

 

5. A Business Proposal adalah drama dari webtoon The Office Blind Date karya Hae Hwa. Ceritanya fokus pada kisah romantik di pejabat

 

 

6. Yumi’s Cell adalah webtoon Korea yang berjaya menampilkan konsep baru dan segar. Drama ini mengajar cara menjalin hubungan cinta yang sihat dan bebas suasana toksik

 

 

7. Hellbound karya Yeon Sang Ho juga diangkat ke drama TV dengan tajuk yang sama. Sangat berbaloi untuk ditonton!

 

 

IMG 5309

8. Tajuk webtoon Korea ini sama dengan versi dramanya. Tomorrow mengisahkan tentang para malaikat maut

 

 

9. Baru sahaja menyiarkan musim ke 2, Sweet Home merupakan webtoon yang diadaptasi menjadi siri drama. Jangan lupa untuk menonton siri ini kerana ceritanya sangat menarik tentang manusia separuh raksasa

 

 

10. True Beauty merupakan antara drama Korea hits pada waktu tayangannya. Drama ini berasal dari webtoon Korea yang bertajuk The Secret of Angel

 

 

11. Stranger From Hell adalah webtoon Korea yang diangkat menjadi drama yang sangat popular. Kisah jiran tetangga misteri yang sangat menakutkan. Ngeri!

 

 

12. Itaewon Class adalah webtoon Korea karya Jo Kwang Jin. Diangkat menjadi drama dan dibintangi oleh Park Seo Jin dan juga Kim Da Mi

 

 

13. Extraordinary You menampilkan plot cerita yang sangat menarik, jalan ceritanya juga ringan dan sesuai untuk semua golongan lapisan penonton. Ratingnya sangat tinggi!

 

Demikian sahaja senarai webtoon Korea Selatan yang popular, diangkat menjadi drama siri. Makin lama nampaknya makin banyak drama yang diambil dari cerita webtoon.

Bahkan, ada beberapa drama yang akan ditayangkan dalam waktu terdekat ini. Contohnya adalah Death’s Game yang dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Seo In Guk, Park So Dam, Lee Do Hyun, Go Youn Jung, dan ramai lagi.

Baca lagi: Drama Korea ‘DEATH’S GAME’ Akan Disiarkan Secara Eksklusif di Prime Video 15 Disember 2023
Baca juga: Penjelasan Ending Castaway Diva, Pengakhiran Bahagia?