Home Kdrama/Kmovie Penjelasan Ending Castaway Diva, Pengakhiran Bahagia?

Penjelasan Ending Castaway Diva, Pengakhiran Bahagia?

0

Episod akhir Castaway Diva telah ditayangkan pada 3 Disember 2023 di tvN dan Netflix. Drama ini tamat dengan jumlah 12 episod dan menampilkan pengakhiran yang bahagia.

Akhirnya impian Seo Mok Ha untuk menjadi penyanyi tercapai. Selain itu, keluarga Kang yang sudah berubah menjadi Lee kini boleh hidup tenang. Jom sama-sama kita lihat penjelasan ending Castaway Diva (2023)!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Jung Bong Wan meninggal dunia kerana bunuh diri

306c4134 58bd 4bfd bf62 02c791960ae0 1Jung Bong Wan (Lee Seung Joon) terbukti bersalah atas kesalahan yang dilakukan. Selepas menerima surat dari pendakwa raya yang mungkin pemberitahuan hukumannya, Jung Bong Wan terus mencederakan Lee Uk (Lee Joong Ok).

Pada awalnya, Jung Bong Wan ingin membunuh Lee Uk supaya isteri dan anak-anaknya tetap menggunakan nama Jung. Dia memutuskan untuk bunuh diri sebelum diceraikan. Nasib baik Lee Uk terselamat dan boleh membina keluarganya kembali dengan Yang Jae Kyung (Seo Jung Yeon). Abu mayat Jung Bong Wan tidak diterima oleh isteri dan anak-anaknya.

 

2. Keluarga Kang tidak mendapat hukuman, namun mereka harus hidup dengan identiti lama

a203b9ae 2efe 4247 9adc e4f22062bf22Keluarga Kang dibebaskan dari tuduhan mencuri identiti kerana kekurangan bukti. Dengan nama baru, Lee Uk dan Yang Jae Kyung memulakan hidup dan mengusahakan salon mereka. Kedua-dua merekq juga mendaftarkan perkahwinan dengan identiti lama. Lee Ki Ho (Chae Jong Hyeop) dan Lee Chae Ho (Cha Hak Yeon) kembali bekerja di YGN dan mereka mereka mendapat jawatan mereka semula cuma dengan menggunakan identiti baru.

 

3. Seo Mok Ha berjaya menjadi penyanyi berjaya dan dapat membuat konsert solo

6366fa1d 5c20 4a75 a170 6601dd814ec4Seo Mok Ha (Park Eun Bin) berjaya debut di bawah agensi RJ Entertainment. Hubungannya dengan Eun Mo Rae (Bae Gang Hee) juga semakin baik. Mereka bersepakat untuk saling bertukar lagu seperti saranan Presiden Lee Seo Jun (Kim Joo Hun). Hasil lagu “Fly Away”, Seo Mok Ha meraih banyak anugerah sebagai penyanyi baru.

Dia juga berjaya membuat konsert solo di akhir episod 12. Manakala Lee Ki Ho pula menjadi produser untuk Seo Mok Ha 1st Concert. Park Yong Gwan (Shin Joo Hyup) yang pada awalnya tidak menyukai Seo Mok Ha, kini sudah memberi sokongan penuh. Park Yong Gwan meminta kepada Presiden Lee supaya dia dapat dipindahkan ke pasukan Seo Mok Ha dan menjadi pengurusnya.

 

 

4. Lee Seo Jun tetap menjadi CEO RJ Entertainment dan tidak memberikan saham kepada Yoon Ran Joo

f0892e0e ed13 44d5 84a9 f81feef43e43Lee Seo Jun berjanji dan mengatakan bahawa, jika lagu Seo Mok Ha tidak memasuki carta lagu, dia akan berhenti menjadi presiden RJ Entertainment dan menyerahkan sebahagian sahamnya kepada Yoon Ran Joo (Kim Hyo Jin). Dengan kejayaan Seo Mok Ha, Presiden Lee tetap menjadi CEO RJ Entertainment.

Yoon Ran Joo kemungkinan sudah tidak menagih saham RJ Entertainment lagi. Tambahan pula, Yoon Ran Joo tahu bahawa sebab utama dia tidak mendapat saham lebih cepat adalah kerana ibu Ko San Hee (Moon Sook). Selama ini, Ko San Hee tidak mahu Yoon Ran Joo menjadi presiden agensi. Dia mahu anaknya menjadi penyanyi.

Jika melihat kepada episod akhir, kemungkinan Yoon Ran Joo akan fokus menjadi produser kerana lagu Eun Mo Rae (Bae Gang Hee) dan Seo Mok Ha yang dihasilkannya berjaya mendahului carta lagu.

 

5. Seo Mok Ha menjalin hubungan dengan Lee Ki Ho

b51d8272 4d94 4614 8dec 8de4c57f591fSeo Mok Ha memutuskan untuk menerima Lee Ki Ho dan mereka rasmi menjalin hubungan cinta. Walaupun sudah diberikan apartment, nampaknya Seo Mok Ha kembali ke rumah Lee Ki Ho. Tambahan pula Keluarga Lee sudah terbukti tidak bersalah.

Bukti mereka tinggal bersama lagi adalah trofi-trofi Seo Mok Ha yang kelihatan tersusun di rumah Lee Ki Ho dan bukan di apartmentnya. Dalam adegan terakhir, Seo Mok Ha sarapan bersama keluarga Lee Ki Ho dengan pakaian yang santai.

Sementara itu, Lee Chae Ho memutuskan untuk mengundur diri dan menganggap Seo Mok Ha sebagai sahabatnya. Seo Mok Ha berharap Lee Chae Ho boleh menjadi adik beradiknya. Tapi Lee Chae Ho menolak permintaan Seo Mok Ha.

Sebahagian penonton mengaku berpuas hati dengan ending yang membahagiakan ini. Adakah anda juga turut berpuas hati dengan ending Castaway Diva (2023)?

Baca lagi: ‘NIGHT HAS COME’, Perang Psikologi Meragut Jiwa, Kdrama Thriller Survival Ala Mafia
Baca juga: 9 Fakta Watak Song Kang dalam My Demon, Jadi Iblis Bergaya dan Tiada Belas Kasihan