Home Kdrama/Kmovie 9 Fakta Watak Song Kang dalam My Demon, Jadi Iblis Bergaya dan...

9 Fakta Watak Song Kang dalam My Demon, Jadi Iblis Bergaya dan Tiada Belas Kasihan

0

Song Kang akhirnya tampil di kaca TV selepas projek drama terakhirnya, Forecasting Love and Weather (2022). Pelakon muda berbakat ini terus mengembangkan bakatnya di dunia lakonan sebagai pelakon utama. Pada tahun 2023 ini, dia muncul lagi melalui salah satu drama fantasi yang bertajuk My Demon.

Song Kang dalam drama siri My Demon dipilih sebagai pelakon utama. Bagaimanakah agaknya watak Song Kang dalam Kdrama My Demon? Jom sama-sama kita lihat ulasannya di bawah ini:

 

b9d347c5 f22f 452c 9e68 bbea69b0c51e1. Dalam drama My Demon, Song Kang menjelma menjadi iblis yang segak bergaya, kemas dan sangat rapi seperti seorang artis, dia bernama Jeong Gu Won

 

504b5c28 0c02 4243 b754 9fb9e509876e2. Jeong Gu Won bertugas menghasut manusia yang sedang berputus asa untuk menyetujui kontrak pertukaran roh jika manusia itu mahu permintaan mereka dikabulkan

 

6f70efd1 5fd6 4abb bfc3 72aaafaf9df43. Kesan dari kontrak tersebut akan dirasakan 10 tahun kemudian. Setiap manusia yang terbuai itu akan ditagih roh mereka oleh Jeong Gu Won dan dibawa ke neraka

 

2eb3e3d7 5e84 459b 994f af36869427d14. Iblis ini akan memusnahkan manusia-manusia yang dia anggap sangat rendah darjat itu dan iblis ini ternyata langsung tidak merasa simpati pada manusia-manusia ini

 

340af16d b447 461d 98a3 b504b6ce36ef5. Walaupun tampan, Jeong Gu Won digambarkan mempunyai sifat narsistik, sombong, tidak matang, dan juga tidak mempunyai belas kasihan dalam hati kerana dia tidak pernah memaafkan sesiapa pun

 

My demon6. Di sebalik dedikasinya sebagai iblis, rupa-rupanya dia juga pernah menjadi manusia. Belum diketahui perkara apakah yang pernah dilakukannya hingga dia berubah menjadi iblis

 

Song kang7. Jika dia terlambat menjalankan tugasnya, maka dia yang akan musnah. Tubuhnya akan terbakar dan menghilang begitu sahaja

 

d9af3488 a487 4a3b a934 a08e0d0c21038. Malang tidak berbau, sewaktu menjalankan tugas sebagai iblis, selepas bertemu dengan Do Do Hee (Kim Yoo Jung), kuasanya sebagai iblis berpindah ke tangan wanita tersebut

 

0e467c83 06e2 4457 9b6a 70bd04a14e259. Jeong Gu Won menjadi lemah tidak berdaya kerana kehilangan kuasanya. Nampaknya, ada takdir yang mengikat dirinya dengan Do Do Hee. Mampukah dia merampas kuasanya kembali?

Watak Song Kang dalam drama siri My Demon ternyata bukan biasa-biasa. Bagi anda yang ingin melihat lakonan Song Kang setelah sekian lama dia menyepi, My Demon baru sahaja disiarkan dalam dua episod pertama.

Jika anda ingin mengetahui nasib Jeong Gu Won yang kehilangan kuasanya, jangan lupa tonton drama ini setiap Jumaat dan Sabtu melalui saluran SBS. Drama siri ini juga turut ditayangkan di Netflix. Selamat menonton!