Home Kdrama/Kmovie ‘NIGHT HAS COME’, Perang Psikologi Meragut Jiwa, Kdrama Thriller Survival Ala Mafia

‘NIGHT HAS COME’, Perang Psikologi Meragut Jiwa, Kdrama Thriller Survival Ala Mafia

454
0

Kdrama terbaru “Night Has Come”, menampilkan genre thriller, seram dan misteri telah pun menayangkan episod perdananya pada 4 Disember 2023.

Dibintangi oleh ramai pelakon dan pelakon muda yang berbakat seperti Yoon Seo (Lee Jae In), Jun Hee (Kim Woo Seok), Jeong Won (Choi Ye Bin), Gyeong Jun (Cha Woo Min), Da Beom (Ahn Ji Ho), dan So Mi ( Jung So Ri) dan ramai lagi.

IMG 5294

Night Has Come, drama dengan genre thriller ini secara umumnya bermula ketika pelajar sekolah menengah di Korea Selatan sedang melakukan lawatan ke sebuah gunung. Para pelajar bertemu dengan sosok misteri yang membawa mereka bermain permainan yang dimainkan di telefon bimbit dan popular di Korea Selatan. Pada dasarnya, pemain mesti mendedahkan identiti sebenar mafia untuk menang.

Pasti korang tertanya-tanya apakah yang menariknya tentang siri “Night Has Come” kan? Jom, lihat ulasannya di bawah!

 

1. Terperangkap Dalam Permainan Maut

IMG 5293

Drama yang dirancang untuk mempunyai 12 episod ini mengisahkan pelajar tahun dua sekolah menengah yang terpaksa memasuki permainan mafia misteri dan maut.

Lebih dari sekadar permainan mafia biasa yang popular di kalangan remaja, permainan ini memaksa pelajar untuk mengaktifkan mod survival, mereka sebenarnya akan berlawan dan membunuh antara satu sama lain untuk mencari mafia sebenar dalam permainan ini, jika remaja itu tidak berjaya mencari mafia yang sebenar, maka merekalah yang akan dibunuh dalam permainan ini.

 

2. Genre thriller remaja yang mencemaskan

IMG 5284

Night Has Come nanti akan mempersembahkan plot tegang dalam permainan survival iaitu permainan mafia. Membawa genre thriller remaja , drama ini mengisahkan sekumpulan pelajar tahun dua sekolah menengah yang terperangkap dan terpaksa menyertai permainan mafia yang misteri dan boleh membawa maut.

Pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah menerima mesej misteri mengajak mereka bermain permainan. Kemudian akan muncul undian undian dimana pelajar dikehendaki memilih siapa sebenarnya mafia dalam permainan tersebut, orang yang mendapat undian terbanyak disyaki mafia maka dia akan dibunuh, jika mafia gagal dibunuh, maka semua pelajar sebenarnya akan dibunuh oleh mafia.

Di sekeliling mereka ada pelajar lain yang tidak ditunjukkan mukanya. Walau bagaimanapun, mereka telah diconteng dengan X merah seolah-olah mereka telah tersingkir daripada permainan maut itu.

 

3. Dibintangi oleh pelakon terkenal Choi Ye Bin, memainkan watak pelajar soprano jahat Ha Eun Byeol dalam The Penthouse!

IMG 5287

Choi Ye Bin mula dikenali kerana berjaya membawakan watak Ha Eun Byeol, seorang pelajar soprano yang mempunyai personaliti licik dan jahat dalam drama popular The Penthouse: War in Life yang ditayangkan pada tahun 2020. Kali ini dalam Night Has Come, Choi Ye Bin sekali lagi akan mendapat watak sebagai pelajar sekolah menengah juga.

Pelakon muda kelahiran 2 September 1998 ini juga berjaya membawa pulang trofi anugerah bagi kategori Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Drama SBS 2021, ini membuktikan tidak perlu meragui kemampuannya dalam bidang lakonan.

 

4. Bekas ahli X1, Kim Woo Seok akan menjadi presiden kelas

IMG 5289

Kim Woo Seok ini asalnya ahli boy group Korea UP10TION tau, dia pun join group X1. Kim Woo Seok memulakan kerjaya lakonannya pada 2018. Bintang muda ini telah membintangi banyak drama popular seperti Voice 2 (2018), Rookie Cops (2022), The Forbidden Marriage (2022) dan Our Blooming Youth (2023).

Dalam Night Has Come, Kim Woo Seok akan memainkan peranan sebagai presiden kelas 2-3 Han Jun Hee. Han Jun Hee nanti akan diheret ke dalam permainan mafia ini.

Han Jun Hee pada mulanya menyangka bahawa ini adalah permainan biasa, tetapi dia mula menyedari bahawa dia terperangkap dalam situasi maut selepas melihat rakan-rakannya perlahan-lahan mula mati.

 

5. Diarahkan oleh Im Dae Woong, pakar dalam menghasilkan drama dan filem thriller

IMG 5290

Im Dae Woong mula-mula memulakan kerjayanya menerusi drama Secret Tears yang disiarkan pada 2000 dan menyumbang sebagai penolong pengarah.

Lelaki yang dilahirkan pada 7 Mei 1975 itu telah berkerjaya dalam industri ini selama lebih 20 tahun. Lim Dae Woong telah berjaya menghasilkan banyak drama bersiri dan filem, seperti Kisah Seram (2012), House of the Disapeared (2017), dan drama popular Search (2020). Kini dia akan menunjukkan semula kebolehannya menerusi drama “Night Has Come” sebagai pengarah.

 

6. Mempunyai plot yang tidak berjela-jela dengan tempoh 30 minit dalam setiap episod

Night has come

Akan disiarkan bermula 4 Disember ini menerusi LG U+ Mobie Tv dan Viki. Drama ini akan terdiri daripada 12 episod berdurasi 30 minit setiap episod, dan sangat sesuai untuk mereka yang suka menonton drama bergenre thriller yang tidak bersambung juga panjang.

Drama ini akan mempamerkan kemahiran lakonan pelakon dan pelakon muda yang berbakat, watak-watak akan bertarung sengit untuk terus hidup dan keluar dari permainan mafia yang membawa maut ini.

Kini, korang boleh menambah “Night Has Come” dalam senarai tontonan menarik korang. Ia akan mula ditayangkan pada hari Isnin 4 Disember, drama ini bersiaran setiap Isnin dan Selasa dengan dua episod setiap minggu. Boleh strim dan tonton di Channel K-Plus, Astro 396, Unifi tv 462 dan Sooka.

Baca lagi: 6 Drama Korea Yang Paling Dinantikan Bulan Disember 2023
Baca juga: 16 Kdrama Thriller di Akhir tahun 2023, Terbaru Gyeongseong Creature