Home Kdrama/Kmovie 16 Kdrama Thriller di Akhir tahun 2023, Terbaru Gyeongseong Creature

16 Kdrama Thriller di Akhir tahun 2023, Terbaru Gyeongseong Creature

0

Bukan hanya memaparkan genre romantik komedi, ada banyak juga Kdrama yang mengangkat genre thriller pada hampir penghujung tahun ini. Contohnya adalah drama Gyeongseong Creature yang memang dinanti-nantikan oleh para peminat Kdrama.

Kisah yang berlatarkan pada musim tahun 1945 tentang orang-orang yang berada dalam pertarungan sengit. Aksi setiap watak boleh membuatkan anda turut sama merasakan ketegangan seperti berada dalam cerita tersebut.

Beberapa drama yang tersenarai ini ada juga yang baru ditayangkan pada bulan Disember. Jom kita lihat 16 kdrama thriller berikut yang ditayangkan penghujung tahun ini!

 

Kdrama1. Hanya 8 episod, Vigilante mengikuti aksi seorang kadet polis yang menghukum penjahat dengan hukuman sendiri kerana penjahat-penjahat ini mendapat hukuman tidak setimpal dari sistem undang-undang negara

 

 

6fcac0d0 0e33 45fe 8885 207c83c9063e

2. Ditayangkan pada 1 Disember 2023, Sweet Home Musim 2 meneruskan cerita perjuangan para penghuni apartment dalam bertahan hidup dari raksasa dan juga kejahatan manusia

 

 

0c20b381 7e7a 4275 87f8 4421953487573. Sudah lama dinanti-nantikan, Gyeongseong Creature akan menampilkan pertarungan antara para pemuda dan makhluk yang lahir dari nafsu jahat manusia

 

 

919b52f6 cd09 4e06 ba11 fbd8e5f9f0d04. Di samping kisah romantiknya, The Worst of Evil memaparkan kisah seorang anggota polis yang menyamar menjadi ahli geng sindiket dadah

 

 

198e66a2 1c84 4517 ab0e 87f6d52dc1295. Terbahagi dalam 2 bahagian, A Bloody Lucky Day menampilkan pertemuan seorang pemandu teksi dan seorang psikopat yang menaiki taksi tersebut

 

 

daa70990 2634 468f 89a6 3a8ad2adc1306. Night Has Come akan ditayangkan pada 4 Disember ini dengan kisah pelajar sekolah yang menyertai permainan yang membawa maut sewaktu menyertai lawatan sekolah

 

 

f9294608 df86 4d55 a25a e135e1cd927d7. Dibintangi oleh ramai artis popular, Death’s Game berkisar pada seorang lelaki muda yang mengalami kematian sebanyak 12 kali

 

 

c6ce2d0c 7764 4af5 8efa acbd5d7dd3f1

8. D.P. Musim 2 meneruskan kisah musim pertamanya tentang divisyen D.P. yang menangani kes tentera yang melarikan diri sewaktu latihan ketenteraan

 

 

ac736a13 0ddb 45bd aad0 17d4e2c59ccd9. Membawa genre jenayah-thriller, Evilive menampilkan sisi gelap seorang peguam selepas dia berdepan dengan seorang banduan yang mempunyai jiwa psikopat

 

 

ecde8079 45a2 44ff b1f1 62290e1c44ef10. Kdrama yang baru lagi ditayangkan, High Cookie mengisahkan tentang dadah berbentuk biskur yang berleluasa di kalangan pelajar di sebuah sekolah elit

 

 

6a420af8 414c 46a4 8831 be1a6c60d5a711. Merupakan antara drama yang berjaya pada tahun ini, Moving mengikuti kisah orang-orang yang mempunyai kuasa super yang terlibat dalam konspirasi rahsia badan perisikan negara

 

 

0ec41c02 c9fe 46ba 80c2 b3e5fbb9354d12. Tayang di platform Netflix, Mask Girl fokus pada seorang pekerja pejabat biasa yang menghadapi situasi yang tidak dijangkakan sewaktu menghiburkan peminatnya di alam maya

 

59b25b55 e2b8 4616 9ce8 1142b02f65a213. Meneruskan musim pertamanya, Kdrama Shadow Detective 2 menceritakan tentang kisah seorang detektif veteran yang dituduh sebagai pembunuh

 

 

06ea48cf 17fa 40ae b096 2dd8d90d380314. Berlatarkan tahun 1920-an, Song of the Bandits menunjukkan aksi para penyamun yang memperjuangkan tanah air dan kemerdekaan

 

 

e8a79bf7 fb95 4592 92a0 4dc6da034a6a 1

15. Berjumlah 8 episod semuanya, The Perfect Deal menceritakan tentang seorang lelaki muda yang secara tidak sengaja terlibat dalam kes penculikan kawannya sendiri

 

IMG 522316. Bloodhounds ini dibintangi oleh Woo Do-hwan sebagai Kim Gun Woo dan Lee Sang-yi sebagai Choi Woo Jin. Kedua-duanya akan bergandingan sebagai anak muda yang berusaha melawan para lintah darat yang sangat kejam.

Kebanyakan Kdrama thriller di atas menampilkan adegan romantik yang minimal dan memang sesuai untuk anda yang tidak terlalu sukakan kisah romantik. Adegan thriller di dalam setiap Kdrama ini juga akan membuatkan anda turut merasa cemas.

Baca lagi: 11 Siri Original Netflix yang Tayang Pada Disember 2023, Terbaru Sweet Home 2
Baca juga: 5 Cadangan Anime tentang Pengusiran Syaitan