Home Kdrama/Kmovie 11 Siri Original Netflix yang Tayang Pada Disember 2023, Terbaru Sweet Home...

11 Siri Original Netflix yang Tayang Pada Disember 2023, Terbaru Sweet Home 2

0

Rasa seperti sekejap sahaja kini kita telah memasuki penghujung tahun 2023. Di akhir tahun ini, Netflix bakal menemani anda dengan beberapa buah siri terbaru yang istimewa.

Berbagai-bagai siri popular Netflix bakal disajikan untuk anda, contohnya seperti musim baru Sweet Home, spin-off Money Heist, hingga musim terakhir The Crown akan menemani anda pada bulan Disember ini.

Beberapa buah siri Netflix yang ditayangkan pada bulan Disember 2023 berikut ini perlu anda tonton! Jom sama-sama kita lihat.

 

Netflix1. Sweet Home 2 (1 Disember 2023) meneruskan kisah Cha Hyun Soo (Song Kang) dan survivor lain dalam menghadapi raksasa dan kejahatan manusia di luar apartment Green Home

 

f74d9b2d 9f78 489c a4be 2a076e609e302. Blood Coast (6 Disember 2023) adalah siri jenayah aksi dari negara Perancis tentang polis yang cuba menangkap pengedar dadah

 

 

a896dc45 ac7b 4183 b868 6db31ab3772a3. Demi membuat ayahnya bangga buat terakhir kalinya, Pond dalam Analog Squad (7 Disember 2023) merekrut berbagai individu untuk membina keluarga palsu

 

 

79c9ed28 0e01 4c7d bc04 1811c36679f54. My Life With the Waiter Boys (7 Disember 2023) adalah siri coming-of-age yang diangkat dari novel karya Ali Novak

 

 

74654421 bfa7 4d22 a439 5c1546aeb5995. Berlatarkan musim panas di pesisir Belgia, High Tides (7 Disember 2023) mengikuti kisah sekumpulan remaja dengan kenyataan pahit pada masa dewasa

 

 

fc836008 ca91 4a13 9d90 c4c63fbd7b9a6. Memeningkan kepala dan sungguh sukar seorang bangsawan menghadapi perselisihan keluarga dan pemberontakan para petani dapat disaksikan dalam siri 1670 (13 Disember 2023)

 

 

96f511e2 223f 47e2 a7d1 f927b0137ee37. Mengambil latar akhir 1990-an dan awal 2000-an, The Crown Season 6: Part 2 (14 Disember 2023) akan menjadi musim terakhir untuk siri ini. Sudah tidak sabar?

 

 

e3737c99 262c 49bc a7ff 9c01215a7db5

8. Yu Yu Hakusho (14 Disember 2023) adalah live action untuk manga klasik popular yang mengikuti kisah Yusuke sewaktu diutuskan menjadi detektif roh

 

 

a4170c68 0893 42d2 b3f0 40d8bf19452e9. Sambil mempersoalkan gagasannya tentang masyarakat konservatif, Cindy berusaha untuk lulus sekolah menengah dalam Cindy la Regia: The High School Years (20 Disember 2023)

 

 

c3b914f5 8f9c 4689 b1c5 815e057e858810. Berlatarkan 1945, Gyeongseong Creature Season 1: Part 1 (22 Disember 2023) mengisahkan perjuangan menghadapi raksasa yang lahir dari nafsu buas manusia

 

 

a8717c47 e793 4ce3 a20c 97f0433f3fc511. Berlin (29 Disember 2023) adalah spin-off Money Heist. Siri ini mengikuti waktu kejayaan Berlin (Pedro Alonso) dan kumpulannya di Paris, Perancis

Selain senarai siri original Netflix di atas ini, pada bulan Disember 2023 ini Netflix juga akan menayangkan beberapa buah drama Korea yang boleh ditonton setiap minggu. Welcome to Samdalri ditayangkan pada 3 Disember, manakala Like Flowers in Sand bakal disiarkan pada 20 Disember 2023. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Adakah Episod Akhir 12 “Perfect Marriage Revenge” Sama dengan Webtoon?
Baca juga: Pelakon Siri Reply Membintangi 12 Kdrama Sageuk Ini, Penuh Konflik Politik