Home Artis Korea Pelakon Siri Reply Membintangi 12 Kdrama Sageuk Ini, Penuh Konflik Politik

Pelakon Siri Reply Membintangi 12 Kdrama Sageuk Ini, Penuh Konflik Politik

0

Siri drama Reply merupakan siri drama Korea yang digarap oleh Shin Won Ho dan ditulis oleh Lee Woo Jung. Siri ini terdiri dari tiga drama iaitu Reply 1997, Reply 1999, dan Reply 1988.

Ketiga-tiga siri Reply ini semua mempunyai jalan cerita yang hampir sama iaitu berlatarkan masa lalu dan menceritakan tentang remaja yang rapat antara satu sama lain kerana mereka tinggal di kejiranan yang sama. Watak utama wanita diceritakan akan berkahwin dengan salah seorang kawan masa remajanya di masa depan. Para penonton seolah-olah diajak untuk turut sama meneka siapakah gerangan jejaka yang akan dikahwininya.

Para pelakon drama siri Reply ini sekarang telah meraih kejayaan membanggakan dengan kerjaya mereka masing-masing. Mereka sering dipilih untuk membintangi berbagai-bagai drama siri pada setiap tahun.
Beberapa orang di antara pelakon-pelakon ini juga turut mencuba nasib berlakon dalam drama bergenre sageuk.

Jom kita lihat drama-drama sageuk berikut yang dibintangi oleh para pelakon siri drama Reply.

 

Drama siri reply1. The King’s Face (2014) merupakan satu-satunya drama sageuk yang dibintangi oleh Seo In Guk setakat ini. Dalam drama ini, dia membawa watak sebagai Putera Gwang Hee, putera Raja Seon Jo yang dilahirkan oleh seorang gundik

 

 

bfee7fe3 ac05 423e a969 51c8f0d04bfc2. Shin So Yul mengambil bahagian sebagai pelakon pembantu dalam drama Deep Rooted Tree (2011) yang diangkat dari sebuah novel

 

 

126182f1 00a8 43ac b49c d6d5930930c63. Seorang lagi pelakon Reply 1997 yang pernah membintangi drama sageuk adalah Lee Si Eon yang pada tahun 2019 turut membintangi drama Queen: Love and War

 

 

5bde2899 a857 4d63 8625 7d7937952dad4. Dalam drama Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016) pelakon popular Go Ara menjadi rebutan Park Seo Joon dan Park Hyung Sik, dua orang pahlawan hwarang dari Kerajaan Silla

 

 

48e1208c 29e2 4150 9316 ef4e8654a0295. Tiga tahun berlalu, Go Ara kembali membintangi drama sageuk bertajuk Haechi (2019) dan bergandingan dengan Jung Il Woo. Haechi menyoroti kisah perjuangan Putera Lee Geum untuk mendapatkan takhtanya

 

 

a365e9f4 9f46 4ecd a023 ed6c1f3b7a826. Yoo Yeon Seok pernah menjadi pelakon pembantu dalam drama Gu Family Book (2016). Waktu itu, dia membawa watak sebagai abang kepada Lee Yu Bi

 

 

53bd21d6 fa64 4aba aa4e e31c2a37d0d77. Selepas terpaksa melalui cinta tidak terbalas dalam Reply 1994, Yoo Yeon Seok kembali menjadi pelakon utama lelaki kedua dalam drama legenda Mr. Sunshine (2018)

 

 

18b11b88 892d 4ba2 86d0 a533583f48748. Selepas membintangi dua buah siri drama Reply, Kim Sung Kyun kembali berlakon melalui drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016) sebagai seorang individu yang melakukan penjelajahan waktu ke masa lalu

 

 

3f58e313 a108 48b1 b18d 8d2d7ef0d53a9. Moonshine (2021) merupakan drama sageuk pertama yang dibintangi oleh Hyeri. Drama siri ini menceritakan tentang kisah romantik seorang inspektor kerajaan dengan seorang wanita yang mahir membuat minuman keras secara haram

 

 

668cde61 d004 46fa 9644 d9a646728a6e10. Pelakon yang membawa watak Choi Taek dalam drama Reply 1988 iaitu Park Bo Gum digandingkan dengan Kim You Jung dalam drama sageuk berlatarkan era Joseon bertajuk Love in the Moonlight (2016)

 

 

eb5ee58c de04 4f61 96ef d28b870a64df11. Pada tahun 2014, Lee Dong Hwi merupakan salah seorang pelakon drama Gunman in Joseon (2014) yang menampilkan aksi balas dendam seorang lelaki atas kematian ayahnya

 

 

Siri reply

12. Kingdom merupakan sebuah siri Netflix bergenre seram-thriller dengan konflik utama tentang virus zombie. Ahn Jae Hong turut sama berlakon di musim kedua drama ini sebagai seorang sida

Para pelakon siri drama Reply selalu berjaya mempersembahkan lakonan yang sangat berkesan dalam drama yang mereka bintangi. Oleh sebab itu, watak-watak yang mereka bawa sering membekas di hati para penonton.

Baca lagi: 7 Bintang KPop Ini Dianggap Sesuai Bawa Watak dalam Live Action Naruto, Setuju?
Baca juga: Goryeo-Khitan War, 3 Sebab Hyeonjeong Jadi Pewaris Takhta