Home Artis Korea 7 Bintang KPop Ini Dianggap Sesuai Bawa Watak dalam Live Action Naruto,...

7 Bintang KPop Ini Dianggap Sesuai Bawa Watak dalam Live Action Naruto, Setuju?

0
Naruto

Manga popular dan hits iaitu Naruto telah disahkan akan dibuat dalam versi filem live action oleh syarikat penerbitan Lionsgate. Walau maklumat terperinci mengenai proses penerbitanya masih belum banyak dapat diketahui, berita tentang filem live action Naruto ini sudah cukup membuatkan netizen di sosial media sosial rancak berbincang mengenainya.

Apakah pendapat anda jika bintang idol KPop yang dipilih untuk menjadi pelakon utama dan pelakon pembantu versi filem live action ini nanti? Manga dan anime Naruto ini berasal dari negara Jepun, kedua-dua manga dan anime ini disukai oleh ramai orang di seluruh dunia, termasuk di negara Korea.

Siapakah bintang idol KPop yang paling sesuai? Jom sama-sama kita lihat gambar perbandingan antara bintang idol KPop dan watak-watak dalam anime Naruto seperti di bawah ini!

 

 

Naruto1. Mereka berdua sama-sama suka mengenakan ikat kepala (headband), Hyunjin Stray Kids dianggap sangat sesuai membawa watak utama iaitu Naruto Uzumaki untuk versi filem live action

 

 

f43aa337 907b 4895 acb4 15163527aedd2. Manakala Wonbin RIIZE disebut-sebut oleh ramai netizen bahawa dia sangat sesuai membawakan watak Sasuke Uchiha, cuba anda lihat, mereka kelihatan agak mirip bukan?

 

 

414f0d65 64df 483f 8442 e715891afd113. Mempunyai rambut berwarna pink dan berjaya membuatkan para peminat terpesona, Ryujin ITZY nampaknya sangat mirip dengan Sakura versi rambut pendek!

 

 

119c988e f485 46a4 8bcd 868cedc0d29c4. Mempunyai gaya rambut yang hampir sesuai, Nana bekas anggota kumpulan After School juga sesuai untuk berlakon di dalam filem ini, membawa watak Hinata Hyuga yang kemudiannya menjadi isteri Naruto

 

 

9e5fa15a 0dbb 4df3 aa42 f57d6a6911305. Mempunyai tatapan mata yang tajam, Yuta NCT boleh membawa watak Itachi Uchiha, watak yang menyimpan seribu satu rahsia

 

 

47c63d8a 114d 42d1 930e caef027e84296. D.O. versi muka terkejut begini sangat mirip dengan Rock Lee yang dikenali sebagai seseorang yang sangat kuat berusaha dan menjalani latihan yang sangat keras. Sama bukan?

 

Kpop7. Sama seperti Kakashi Hatake, T.O.P dikenali sebagai seorang yang periang dan mempunyai aura misteri. Warna rambutnya juga sudah sama!

Nampaknya hingga kini masih belum ada kenyataan dan pengesahan berkenaan senarai rasmi para pelakon untuk filem ini dari pihak penerbitan filem Naruto ini dan pembikinan masih dalam tahap penulisan skrip.

Jadi, dari senarai bintang idol KPop di atas, bintang Kpop manakah yang paling sesuai membawa watak untuk filem Naruto versi live action ini nanti?

Baca lagi: Perkembangan Terbaru Filem Naruto Live Action, Skrip Akan Mula Ditulis
Baca juga: 5 Cadangan Anime tentang Pengusiran Syaitan