Home News Perkembangan Terbaru Filem Naruto Live Action, Skrip Akan Mula Ditulis

Perkembangan Terbaru Filem Naruto Live Action, Skrip Akan Mula Ditulis

0

Para peminat anime-manga sudah pasti mengenali Naruto bukan? Ninja hebat ini merupakan salah satu karakter paling ikonik dalam dunia animasi, bukan hanya di Jepun, tetapi juga di peringkat global.

Cerita yang diangkat dari manga karangan Masashi Kishimoto ini dirancang akan diadaptasi ke dalam filem live action(filem aksi langsung). Walaupun idea ini sudah dicetuskan sejak tahun 2015, namun status penerbitan projek ini kerap tenggelam timbul dan sangat sedikit maklumat yang dikeluarkan oleh Lionsgate selaku syarikat penerbitan.

Baru-baru ini, muncul maklumat signifikan tentang perkembangan projek filem live action Naruto, jom sama-sama kita lihat!

1. Penulis skrip filem Naruto Live Action akhirnya diumumkan, tanda positif projek bakal bermula

NarutoPada 23 November 2023, Variety menerbitkan laporan bahawa penulis skrip Tasha Huo telah dipilih untuk bekerjasama dalam filem Naruto live action. Bukan orang sembarangan, Tasha Huo juga mengerjakan projek-projek besar selain Naruto.

Dia telah menggarap siri adaptasi Red Sonja, The Witcher: Blood Origin, dan sebuah siri animasi yang diangkat dari game Tomb Raider. Kini, film live action Naruto telah dipastikan akan menjadi projek terbaru Tasha Huo. Pengumuman ini membuatkan para peminat Naruto memulakan perbincangan hangat di media sosial.

 

2. Spekulasi jadual tayangan dan senarai pelakon

4093c599 cf3e 4d69 94ef 34d36f8c0360Projek filem Naruto live action pertama kali dicetuskan pada 2015. Waktu itu, Michael Gracey, pengarah filem yang berjaya dengan The Greatest Showman (2017) telah diumumkan sebagai pengarah filem ini.

Pada tahun 2020 tersebar khabar angin bahawa sebenarnya proses pemilihan pelakon untuk tiga watak utama, Naruto, Sasuke, dan Sakura, sudah dilakukan. Sayangnya, perkara itu terhenti kerana pandemik COVID-19.

Dengan pengumuman Tasha Huo sebagai penulis skrip, secara automatik dan secara sah menandakan projek filem Naruto live action kembali berjalan. Walau masih sukar menjangkakan bilakah filem ini akan ditayangkan dan siapakah barisan pelakonnya, namun majoriti peminat menaruh harapan agar pelakon-pelakon yang dipilih sesuai dengan setiap gambaran dalam anime dan manga.

 

 

3. Adakah filem live action ini bakal berjaya? Bagaimana respons netizen?

f63ee0c2 bbaf 4fb1 bca6 59c88f0c0161Sudah tidak manjadi rahsia lagi bahawa adaptasi live action untuk anime-manga kerap mengundang rasa skeptikal para peminat. Perkara ini disebabkan oleh beberapa karya terdahulu yang dianggap gagal, bahkan merosakkan karya asal.
Naruto juga mengalami nasib serupa.

Netizen nampaknya memberi pelbagai reaksi di media sosial mengenai perkembangan terbaru projek ini. Sayangnya, sangat ramai peminat yang menyuarakan rasa keraguan dan kebimbangan mereka.

Walau demikian, dalam satu dekad terakhir ini sudah banyak adaptasi live action dari anime-manga yang meraih pujian dan diterima oleh para peminat. Contohnya filem live action Rurouni Kenshin, siri live action Alice in Borderland, hingga yang terbaru One Piece live action. Tidak mustahil juga Naruto akan menyusul kejayaan ini.

Banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan oleh pihak Lionsgate dan pasukan Naruto live action demi mencapai jangkaan para peminat. Salah satunya adalah menjaga integriti cerita asal Naruto yang selama ini dicintai oleh fandom sejatinya.

Selain itu, memilih pelakon yang benar-benar sesuai dari segi penampilan dan juga penjiwaan watak sangat-sangat penting untuk kejayaan sesebuah adaptasi anime-manga.

Baca lagi: 10 Siri Anime Romantik Paling Manis Yang Menyentuh Emosi
Baca juga: 20 Anime Lucu dan Kelakar, Pasti Gelak Sakan