Home News 11 Watak yang Mewarnai My Demon, Kdrama Fantasi Terbaru

11 Watak yang Mewarnai My Demon, Kdrama Fantasi Terbaru

0

My Demon merupakan drama terbaru SBS yang bergenre fantasi, komedi, dan romantik. Drama siri ini turut ditayangkan di Netflix dan dibintangi oleh artis-artis popular seperti Kim Yoo Jung, Song Kang, Lee Sang Yi, Kim Hae Sook, dan juga Kim Tae Hoon.

Drama My Demon mengisahkan tentang perkawinan kontrak antara Do Do Hee (Kim Yoo Jung), pewaris chaebol dan Jung Gu Won (Song Kang), iblis yang kehilangan kuasanya secara tiba-tiba.

Episod perdana drama siri ini baru sahaja ditayangkan pada 24 November 2023. Kim Yoo Jung merupakan seorang chaebol, berikut adalah sebelas watak yang mewarnai drama My Demon.

My demon

1. Dalam My Demon, Do Do Hee adalah pewaris Kumpulan Mirae yang gilakan kerja, menjawat jawatan sebagai CEO Mirae F&B. Bakal jatuh cinta dengan iblis yang kehilangan kuasa

72271b21 3db2 4f89 818a b979c3700eee

2. Jung Gu Won adalah iblis yang berkuasa lebih 200 tahun dan kehilangan kuasanya dalam waktu semalaman kerana Do Do Hee

f93046aa b9c5 4fb1 b529 75806c80afb4

3. Joo Seok Hoon (Lee Sang Yi) adalah CEO Mirae Investment yang merupakan salah satu cabang dalam Kumpulan Mirae, watak yang dipercayai oleh Do Do Hee

4e3dc340 c511 4240 bd86 66d2956d4486

4. Joo Cheon Sook (Kim Hae Sook) sebagai Ketua Kumpulan Mirae yang menghargai Do Do Hee. Sosoknya menyimpan rahsia tersembunyi.

b2d9b04a 32c8 4330 8274 20dd4b9a808f

5. Noh Seok Min (Kim Tae Hoon) adalah anak pertama Joo Cheon Sook (Kim Hae Sook) yang menjawat jawatan sebagai CEO Mirae Electronics

7b3c0bd3 4b7f 4074 b95d 7547d2da1ac9

6. Kim Se Ra (Jo Yeon Hee) sebagai isteri kepada Noh Seok Min (Kim Tae Hoon). Dia memegang jawatan sebagai pengarah pelaksana Mirae Electronics

1a9359a6 ee98 4a6e 8085 40bdd6cab6df

7. Noh Soo An (Lee Yoon Ji) adalah anak kedua Joo Cheon Sook (Kim Hae Sook), memegang jawatan sebagai CEO Mirae Apparel. Dia mempunyai anak kembar!

d220b4a8 68ba 497f b2b8 0ca7355c70c7

8. Noh Do Kyung (Kang Seung Ho), anak tunggal No Seok Min (Kim Tae Hoon) dan Kim Se Ra (Jo Yeon Hee). Merupakan pengurus am di Mirae Electronics

b9e71455 20cb 4f4c 9e4e 5838b18e4147

9. Shin Da Jung (Seo Jeong Yeon) adalah setia usaha Do Do Hee (Kim Yoo Jung). Watak yang setia dan mampu memahami fikiran dan perasaan Do Do Hee

02acf951 4c3b 4943 b8bb fcd2b867cce7

10. Jin Ga Young (Jo Hye Joo) adalah watak yang sangat menyukai Jung Gu Won (Song Kang). Dia adalah seorang penari dan juga pakar pedang wanita

c4a38ba4 9bcb 40c7 9441 b66456ac6163

11. Park Bok Gyu (Heo Jeong Do) merupakan pembantu peribadi Jung Gu Won (Song Kang). Mempunyai hubungan masa lalu dengan Jung Gu Won

My Demon akan fokus sekitar kehidupan Do Do Hee dan Jung Gu Won (Song Kang) yang tiba-tiba kehilangan kuasa. Untuk mendapatkan kembali kuasanya, Jung Gu Won perlu melindungi Do Do Hee. Adakah anda sudah menonton episod perdana drama siri ini di Netflix? Jangan terlepas juga dari menonton episod seterusnya My Demon ya!

Baca lagi: 10 Filem Korea Raih Anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards, Mesti Tonton
Baca juga: OST Popular Drama Korea dan Webtoon 2022-2021, OST Manakah Kegemaran Anda?