Home News 10 Filem Korea Raih Anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards, Mesti...

10 Filem Korea Raih Anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards, Mesti Tonton

0

Buil Film Awards adalah antara anugerah perfileman berprestij yang diacarakan oleh Busan Ilbo. Acara Anugerah Buil Film Awards 2023 telah diadakan secara gilang gemilang pada 5 Oktober 2023 di Signiel Busan Grand Ballroom, Bandar Busan.

Buil Film Awards yang ke-33 ini dipecahkan dalam 16 kategori untuk 222 buah filem Korea yang ditayangkan bermula 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2023.

Acara gilang gemilang tersebut dikelola dan dipimpin oleh artis terkenal, Esom.

Berikut ini adalah 10 buah filem terbaik yang meraih anugerah Filem Korea Terbaik di acara Buil Film Awards selama sepuluh tahun terakhir ini. Dari tahun 2014 hingga 2023!

 

1. Pada acara Buil Film Awards 2014, filem historikal The Admiral: Roaring Currents meraih anugerah Filem Terbaik. Menampilkan pelakon lagenda Choi Min Sik sebagai pelakon utama

bda93ef9 4f81 44a8 adcf d693c13f27a0

 

2. Dibintangi oleh Jeon Do Yeon dan Kim Nam Gil, filem The Shameless memenangi anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2015

62b817b7 7257 4549 a000 854961bee069

 

3. Penuh aksi berani Hwang Jung Min untuk menangkap Yoo Ah In, filem Veteran berjaya meraih anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2016

f6f0f836 993b 4983 9781 b04e9467ac10

 

4. Diangkat dari kisah benar, filem A Taxi Driver berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2017. Song Kang Ho adalah pelakon utama!

4581a0a1 3524 4150 bf52 b83e0ad38bda

 

5. Dibintangi oleh Hwang Jung Min dan Lee Sung Min, filem ejen perisik The Spy Gone North menggondol anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2018

b65b3e28 a99b 4e77 93f7 ae309f7ed5f0

 

6. Mempunyai kisah yang menarik, filem Parasite berjaya meraih anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2019. Filem ini juga turut meraih anugerah Oscars

31742824 fde2 415f b9f9 ce454c79c793

 

7. Filem House of Hummingbird berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2020. Menampilkan Park Ji Hu sebagai pelakon utama

cdfe81d3 5e6c 4dc7 8264 f5b0e4e856ea

 

 

8. Filem hebat Escape from Mogadishu berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2021. Jo In Sung adalah salah seorang pelakon yang membintangi filem ini

deda149c 7776 491d 9699 033c888558cb

 

9. Dibintangi oleh Tang Wei dan Park Hae Il filem Decision to Leave berjaya membawa pulang anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2022

Buil Film Awards

 

10. Terbaru, filem yang membawa tema bencana iaitu Concrete Utopia memenangi anugerah Filem Terbaik di Buil Film Awards 2023. Wajib nonton!

Filem
Dari filem The Admiral: Roaring Currents hingga Concrete Utopia, senarai di atas adalah antara senarai filem Korea yang memenangi anugerah Filem Terbaik di acara Buil Film Awards.

Dalam acara Buil Film Awards 2023, filem yang dibintangi oleh Lee Byung Hun, Park Seo Joon dan Park Bo Young iaitu Concrete Utopia, merupakan filem yang meraih anugerah paling banyak iaitu Sinematografi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan juga Anugerah Bintang Paling Popular. Harus ditonton!

Baca lagi: Nasib Lee Kwang Soo Dalam ‘GBRB: Reap What You Sow’ Berbeza Dengan ‘Running Man’
Baca juga: OST Popular Drama Korea dan Webtoon 2022-2021, OST Manakah Kegemaran Anda?