Home Kdrama/Kmovie 6 Drama Korea Yang Paling Dinantikan Bulan Disember 2023

6 Drama Korea Yang Paling Dinantikan Bulan Disember 2023

0

Pada bulan Disember 2023 ini, para peminat drama Korea bakal disajikan dengan beberapa drama siri yang sudah lama dinanti-nantikan!

Pastinya peminat drama Korea diberi penutup tahun yang sempurna dengan beragam genre bermula dari misteri, thriller, seram, dan romcom.

Pasti anda ingin tahu drama Korea apakah yang bakal ditayangkan pada bulan Disember ini kan? Jom kita lihat senarai lengkapnya dibawah ini!

1. SWEET HOME MUSIM 2

IMG 2114

Drama Korea pembuka bulan Disember yang paling dinantikan adalah SWEET HOME Musim 2. Dibintangi Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Kyung, Go Min Si, dan Park Gyu Young.

Mana tidaknya, drama Korea ini ditayangkan pertama kali pada tahun 2020. Para peminat menanti dengan sabar selama kurang lebih tiga tahun untuk mengetahui kelanjutan kisah Cha Hyun Soo dan para penghuni apartment.

Dalam teaser terbaru SWEET HOME Musim 2, kita diperlihatkan karakter Cha Hyun Soo dengan seluruh tubuhnya dipenuhi dengan darah dan dikurung di sebuah ruangan gelap. Namun, serangan monster tidak berhenti di situ, manusia yang selamat kembali menghadapi ancaman monster dengan lebih mendebarkan. Dan, Cha Hyun Soo menjadi subjek eksperimen untuk menyelamatkan umat manusia.

 

2. SOUNDTRACK 2

IMG 2115

Drama Korea tayang pada Disember 2023 selanjutnya adalah SOUNDTRACK 2. Dibintangi Geum Sae Rok dan Noh Sang Hyun.

Drama Korea ini mengangkat genre tentang muzik dan kisah romantik. Kisahnya menyoroti tentang karakter utama Hyun-Seo dan Soo-Ho yang jatuh cinta saat sama-sama menjadi anggota sebuah band.

Sempat menjalin hubungan cinta untuk beberapa seketika, akhirnya keduanya pun putus. Namun, takdir kembali berpihak kepada mereka setelah bertahun-tahun berpisah. Kini, Hyun-Seo menjadi guru piano, sementara Soo-Ho seorang CEO yang berjaya.

Dapatkah keduanya bersatu lagi atau mereka memilih jalan masing-masing?

 

3. DEATH’S GAME

IMG 2116

Drama Korea yang paling dinanti-nantikan seterusnya adalah dari adaptasi webtoon bertajuk DEATH’S GAME. Drama Korea ini diadaptasi dari Webtoon popular bertajuk Ije God Jukseubnida ditulis Lee Won Sik dengan illustrator Gul Chan.

Bukan sahaja mempunyai premis yang menarik, Death’s Game juga akan menampilkan sederet pelakon ternama Korea Selatan yang pastinya menambah rasa keterujaan para peminat. Mereka ialah Seo In Guk, Park So Dam, Kim Ji-hoon, Choi Siwon Super Junior , Sung Hoon, Kim Kang-hoon, Jang Seung-jo, Lee Jae-wook, Lee Do-hyun , Go Yoon-jung, Kim Jae-wook, dan Oh Jung-se.

DEATH’S GAME mengangkat genre tentang supernatural dan fantasi. Kisahnya menyoroti Choi Yo Jae yang mengalami bertubi-tubi masalah. Dari asmara, keluarga, kerjaya yang amat membebaninya. Akhirnya, dia memutuskan untuk bunuh diri. Pada satu waktu, kematian memberinya kesempatan kali kedua, dengan syarat dia harus bertahan hidup melalui 12 kehidupan berikutnya.

 

 

4. WELCOME TO SAMDALRI

IMG 2117Drama Korea ini juga sangat dinantikan peminat lantaran adanya gandingan antara Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun. Mengangkat genre romantik dan slice of life, WELCOME TO SAMDALRI pastinya bakal menawan dan memikat para peminat drama Korea yang meminati genre seperti ini.

WELCOME TO SAMDALRI mengisahkan tentang seorang pekerja di pusat metereologi bernama Jo Yong Pil dengan bekas jurufoto popular Jo Sam Dal. Keduanya berasal dari kampung halaman bernama Samdalri yang terletak di Pulau Jeju. Tidak disangka, kembalinya Jo Sam-Dal, jurufoto terkenal di Seoul ke kampung halaman mereka mempertemukan keduanya semula. Hubungan yang telah lama pudar tersebut kembali terjalin erat.

 

 

5. MAESTRA: STRINGS OF TRUTH

IMG 2118

MAESTRA: STRINGS OF TRUTH juga termasuk dalam drama Korea 2023 yang bakal menemui peminat di akhir tahun. Drama ini mengangkat genre muzik, thriller, dan misteri. Dibintangi Lee Young Ae, Lee Moo Saeng, Hwang Bo Reum Byeol, Kim Young Jae, dan lainnya.

MAESTRA: STRINGS OF TRUTH menyoroti kisah seorang konduktor orchestra bernama Cha Se Eum. Orangnya sangat dikenali kerana dia cukup sukses dalam bidang tersebut sehingga membuatkan orang-orang disekeliling turut cemburu. Namun ternyata, tersimpan sebuah rahsia yang akan mengubah hidupnya. Ditambah pula dengan terjadinya serangkaian kisah misteri sehingga membuatkan Cha Se Eum memutuskan untuk menyiasatnya.

 

6. NIGHT HAS COME

Drama korea

NIGHT HAS COME yang dibintangi Lee Jae In, Kim Woo Seok, Choi Ye Bin dan ramai lagi ini, mengangkat genre thriller, misteri dan seram.

Kisahnya menyoroti tentang peristiwa mendebarkan yang dialami pelajar sekolah menengah kelas 2-3. Fokus utama pada karakter Lee Yoon Seo, Kim Joon Hee, dan Oh Jung Won. Mereka mengikuti program yang dianjurkan sekolah namun mengalami serangkaian peristiwa mendebarkan.

Saat tiba di sebuah daerah terpencil, tiba-tiba aplikasi permainan Mafia mereka dimainkan. Tidak disangka ternyata itu membawa mereka kepada situasi lebih buruk yang mengancam nyawa. Kejadian misteri ini membuatkan ketiganya berjuang untuk bertahan hidup.

Itu sahaja drama Korea 2023 yang tayang akan tayang bulan Disember 2023. Nantikan lagi kemaskini untuk tarikh tayangan dan info lainnya ya!

Baca lagi: Sweet Home 2 Tayang 1 Disember 2023, Lebih Aksi dan Penuh Tumpah Darah
Baca juga: 8 Fakta Watak Seo In Guk dalam Kdrama Akan Datang ‘Death’s Game’