Home News Sweet Home 2 Tayang 1 Disember 2023, Lebih Aksi dan Penuh Tumpah...

Sweet Home 2 Tayang 1 Disember 2023, Lebih Aksi dan Penuh Tumpah Darah

0

Drama Korea paling dinanti-nantikan, Sweet Home 2 telah mengesahkan jadual tayangannya pada 1 Disember 2023 akan datang ini.

Khabar mengujakan tersebut menjadi angin segar untuk para peminat yang telah menantikan kembalinya para penghuni Apartment Green Home sebaik sahaja mereka berhadapan dengan makhluk-makhluk mengerikan sebelum ini.

Baca lagi: “Sweet Home 2 & 3”, Barisan Pelakon Telah Disahkan

Dalam preview drama Sweet Home 2, tampak karakter Cha Hyun Su yang dilakonkan oleh Song Kang berlumuran darah. Lantas, apa yang sebenarnya terjadi?

Sweet home 2

Drama siri Korea popular, Sweet Home musim pertama ditayangkan pada 2020 dan berjaya menarik perhatian penonton bukan hanya di Asia, tetapi juga di pelusuk global.

Membawa genre thriller misteri, drama Sweet Home menyoroti kisah para penghuni di bangunan Apartment Green Home yang tiba-tiba diserang oleh makhluk misteri.

IMG 1124

Mereka harus mengatur rancangan serta bertarung melawan makhluk-makhluk raksasa mengerikan yang bilangannya semakin banyak.

Baru-baru ini, Netflix mengumumkan secara rasmi bahawa drama Korea Sweet Home 2 dapat disaksikan bermula 1 Disember 2023.

Melalui laman Instagram rasmi, Netflix telah mengumumkan senarai artis Korea Selatan yang akan menjadi pelakon untuk drama siri Sweet Home musim kedua. Bukan sahaja pengumuman tentang musim kedua, Sweet Home juga telah dirancang bakal muncul dengan musim ketiganya juga.

Dengan kembalinya deretan karakter pada musim sebelumnya termasuklah Song Kang, Lee Jin Uk, Lee Si Young dan Go Min Si.

IMG 1139

Mungkin ramai netizen yang tertanya-tanya tentang beberapa orang pelakon yang ada di musim pertama tetapi nama mereka tidak tersenarai untuk musim kedua dan ketiga.

Contohnya pelakon drama korea popular iaitu Lee Do Hyun dan Go Yoon Jung. Sayangnya para pelakon yang tidak tampil di musim kedua ini telah menandakan bahawa watak mereka benar-benar sudah dimatikan di musim pertama.

Berikut ialah senarai pelakon penuh.

  • Song Kang sebagai Cha Hyun-Su
  • Lee Jin-uk sebagai Pyeon Sang-Wook
  • Lee Si-young sebagai Seo Yi-Kyung
  • Go Min-si sebagai Lee Eun-Yu
  • Park Gyu-young sebagai Yoon Ji-Su
  • Yoo Oh-seong sebagai Tak In-Hwan
  • Oh Jung-se sebagai PhD Im
  • Kim Mu-yeol sebagai Kim Young-Hu
  • Jin-young sebagai Park Chan-Young
Baca juga: 15 Kdrama Bakal Tayang 2024, Banyak Sekuel Kdrama Popular

IMG 1135

Dalam masa yang sama, Netflix juga melepaskan trailer perdananya yang memperlihatkan suasana mencekam sebaik sahaja para penghuni Apartment Green Home bertarung melawan makhluk mengerikan.

Kemudian muncul Cha Hyun Su yang muncul dengan sekujur tubuh yang berlumuran darah. Dia ditempatkan di sebuah ruangan dengan kawalam ketat seperti seorang tahanan.

IMG 1144 scaled

Trailer drama Sweet Home 2 juga memperlihatkan suasana kekacauan nan mencekam di kota dan mendapat serangan tiba-tiba dari makhluk-makhluk misteri mengerikan yang muncul kembali. Lantas, dapatkah mereka menyelamatkan diri?

Netflix telah mengumumkan Sweet Home Musim 2 akan ditayangkan semua episod pada 1 Disember 2023.

Ikuti lagi kemaskini dari kami untuk maklumat terbaru dari drama yang paling dinanti-nantikan ini, Sweet Home 2!

Baca lagi: 7 Filem Korea Tayang Bulan November, Dipenuhi Filem Aksi
Baca juga: 7 Kdrama Terbaru November 2023, Ada Vigilante dan My Demon