Home News 7 Filem Korea Tayang Bulan November, Dipenuhi Filem Aksi

7 Filem Korea Tayang Bulan November, Dipenuhi Filem Aksi

0
Filem korea

Bulan november bakal menyaksikan banyak filem Korea Selatan terbaru yang akan menyapa para penonton setia.

Nama-nama besar Chungmuro seperti Hwang Jung Min, Jung Woo Sung, dan Sul Kyung Gyu kali ini turut sama memeriahkan industri perfileman Korea Selatan pada bulan ini.

Masih sama seperti bulan-bulan sebelum ini, filem-filem Korea yang akan ditayangkan nampaknya didominasi oleh filem aksi dan thriller. Filem 12.12 – The Day yang dibintangi oleh Hwang Jung-min, merupakan filem Korea yang paling ditunggu-tunggu tayangannya.

Selain filem 12.12-The Day, senarai filem Korea di bawah ini bakal ditayangkan sepanjang bulan November! Jom kita lihat:

 

 

Filem korea1. Tayang pada hari ini iaitu 1 November, filem The Boys yang dibintangi oleh Sul Kyung Gyu mengisahkan tentang pembunuhan dan rompakan yang dilakukan oleh 3 orang remaja

 

2cde00fb b343 4cd6 b9b8 88a138a0a29d2. Filem New Normal menggandingkan Choi Ji Woo, Lee Yoo Mi, dan Shinee Min Ho sebagai pelakon utama. Filem ini dijadualkan akan tayang pada 11 November nanti

 

 

a5563b7e 8b28 4cb3 ab00 a44f2d3a7e623. Dua pelakon terkenal dan top Chungmuro iaitu Hwang Jung Min dan Jung Woo Sung bergandingan bersama dalam filem 12.12: The Day, yang akan ditayangkan pada 12 November akan datang

 

 

10638412 30c1 43f0 880e 5ced49df17a14. Membawa genre thriller, filem The Wild yang dibintangi oleh Park Sung Woong dan Oh Dal So akan ditayangkan pada 15 November

 

 

d31b8749 59fc 46e3 bf1b 4bfb3559ee145. Berita gembira buat anda yang sudah lama menantikan filem Believer 2, filem yang mengisahkan tentang usaha dan jerih perih detektif dalam mengejar dan menewaskan sindiket dadah akan ditayangkan pada 17 November di Netflix

 

 

caae13a8 1553 4900 beef 6253f3de00236. Yoo Seun Ho, Kang Mina dan Yoo In So akan berlakon bersama dalam filem Ursury Academy yang akan ditayangkan pada 22 November

 

 

560e7335 857d 4574 9a64 5d6e738fc24e7. Lee Dong Wook dan Im Soo Jung tampil sebagai pasangan kekasih dalam filem Single in Seoul, yang akan ditayangkan pada 29 November nanti

Walau majoriti filem yang tersenarai di atas membawa genre aksi dan thriller, namun setiap filem mempunyai cerita dan konflik berbeza yang pastinya membuat jalan cerita bertambah menarik. Bagi anda para peminat setia filem Korea Selatan, nantikan tayangan filem-filem ini di pawagam berhampiran anda!

Baca lagi: 7 Kdrama Terbaru November 2023, Ada Vigilante dan My Demon
Baca juga: 8 Pelakon Bintangi Filem Korea ‘Single in Seoul’, Ada Lee Dong Wook dan Lee Sang Yi