Home News 8 Pelakon Bintangi Filem Korea ‘Single in Seoul’, Ada Lee Dong Wook...

8 Pelakon Bintangi Filem Korea ‘Single in Seoul’, Ada Lee Dong Wook dan Lee Sang Yi

0

Filem Korea Selatan yang bertajuk Single in Seoul akhirnya akan menyapa para penonton. Lee Dong-wook dan Lim Soo Jung akan berlakon sebagai sebagai pelakon utama.

Mereka akan terlibat dengan kisah cinta yang disaluti babak-babak komedi sewaktu bertemu untuk proses membuat buku Single in Seoul bersama.

Filem ini sangat dinantikan oleh para peminat setia selepas senarai barisan pelakon diumumkan. Proses penggambaran untuk filem ini sudah dimulakan sejak bulan November 2020 hingga Januari 2021.

Jom kita berkenalan dulu dengan para pelakon dan watak-watak yang mereka bawa sebelum menonton filem Single in Seoul nanti!

f50e1ad7 f80f 443f beef 20999fa205431. Lee Dong Wook membawa watak sebagai Park Young Ho, pempengaruh yang fokus tentang kehidupan bujang dan juga merupakan seorang penulis esei. Dia mendapat tawaran untuk menulis buku Single in Seoul

 

Single in seoul2. Young Ho akan ditemani oleh Joo Hyun Jin yang dilakonkan oleh Lim Soo Jung. Dia adalah ketua editor syarikat penerbitan yang selalu tidak bernasib baik dalam soal percintaan

 

2f324804 b243 461d 8557 c197c93b58b93. Esom membawa watak sebagai penulis Hong yang misteri. Dia sangat pakar dalam genre romantik, dia bertanggungjawab atas Single in Barcelona dalam siri esei Single in the City

 

0ed308a7 4ada 4b30 acc7 929d99e45a364. Dilakonkan oleh Jang Hyun Sung, Jin Pyo yang merupakan pemilik syarikat penerbitan yang mencadangkan nama Young Ho selepas melihat kandungan media sosialnya

 

035558f8 078c 4841 829a bf65eedfba5a5. Kim Ji Young membawa watak sebagai Kyung A. Dahulu merupakan seorang editor dan rakan Jin Pyo di syarikat penerbitan, dia kini merupakan pemilik kedai buku bebas

 

1d376a03 4068 4611 aadf a24c127328466. Jawatan editor di syarikat penerbitan itu kini diisi oleh Yoon Jung yang dilakonkan oleh Lee Mi Do. Di adalah pekerja senior yang bekerja dengan Hyun Jin

 

78390a2f ad11 446a ad2a 13c0bb70c096

7. Byung Soo yang dilakonkan oleh Lee Sang Yi merupakan pelatih dalam kumpulan editor syarikat penerbitan itu. Walau baik hati dan ceria, dia kurang peka dengan keadaan sekeliling

 

42eb433b 7b86 4154 b348 559315303d978. Masih dalam kumpulan editor, watak Ye Ri yang dilakonkan oleh Ji E Su merupakan pekerja yang nampaknya lebih suka makan malam bersama kumpulan daripada buku-buku

Para penonton akan dapat menyaksikan para pelakon ini di pawagam Korea Selatan pada tarikh 29 November 2023. Namun, belum ada maklumat rasmi tentang tayangan di luar negara, termasuk di Malaysia. Kita tunggu maklumat selanjutnya nanti!

Baca lagi: 7 Kdrama Terbaru November 2023, Ada Vigilante dan My Demon
Baca juga: Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim Young Kwan