Home Anime 10 Kematian Watak Jujutsu Kaisen Paling Brutal dan Mengejutkan

10 Kematian Watak Jujutsu Kaisen Paling Brutal dan Mengejutkan

0

Jujutsu Kaisen waktu ini adalah salah sebuah anime paling kelam dan mengerikan yang pernah wujud.

Banyak watak dalam Jujutsu Kaisen yang mati dengan sangat kejam tanpa bantuan plot armor seperti anime lain pada kebiasaannya.

Elemen dark, kelam dan ngeri inilah yang menjadikan Jujutsu Kaisen sebagai karya hebat Gege Akutami yang disukai ramai peminat.

Terdapat 10 kematian paling brutal dan beberapa kematian lain dikatakan sangat mengejutkan.

Artikel berikut mengandungi spoiler bagi para peminat Jujutsu Kaisen yang tidak membaca manganya.

 

Jujutsu kaisen
1. Salah satu sumpahan yang paling kuat dalam Jujutsu Kaisen, Jogo tewas di tangan Sukuna. Serangan panah api milik Sukuna menghapuskan Jogo tanpa belas kasihan

 

4f3a5a0b cd23 4b48 9f98 d0167155c690
2. Hanami juga tewas dalam arc Shibuya Incident sewaktu dia bersama Jogo dan Choso menghadapi Gojo. Dia dibunuh oleh Gojo dengan brutal selepas matanya dicabut

 

219cee3e 10bf 49d5 b322 300878f9a176
3. Masamichi Yaga, pengetua Sekolah Jujutsu Tokyo juga mati dengan ngeri. Dia dibunuh oleh Yoshinobu sewaktu dia melindungi rahsia sumpahannya

 

60c04534 13fc 437a bb9b 0a0fb531969e
4. Selepas Mai mengorbankan nyawa dan membuat Maki lebih kuat. Maki membunuh klan Zenin dengan brutal dan mengerikan sebagai pembalasan

 

72c07b97 90a1 4cd3 be12 d204ce34b51f
5. Riko Amanai adalah watak penting dalam masa lalu Gojo dan Geto. Dia mati ditembak tepat di kepala oleh Toji Fushigore sewaktu berusaha melarikan diri

 

86783fd4 1054 4199 9142 e46aa3fb6d3f
6. Ahli sihir Jujutsu Kelas Khas, Yuki Tsukumo, mati sewaktu berusaha memerangkap Kenjaku dalam pertarungan demi melindungi tubuh Tengen

 

fef1e317 8b16 4fb4 9523 2f549ff42a25
7. Nobara Kugisaki mati sewaktu Mahito menyentuh wajahnya dan membuat matanya meletup. Bahkan kematiannya ini masih tidak dapat diterima oleh para peminat!

 

c8ca0ad6 8ba9 4f02 9e0e 7223087d61b3

8. Sebagai pembalasan atas kematian Riko, Gojo yang sangat marah telah menggunakan Hollow Purple untuk menghancurkan tubuh Toji Fushiguro!

 

Jujutsu
9. Selepas bertarung dengan Jogo, Nanami yang masih bertahan hidup perlu menggadai nyawa di tangan Mahito. Dia dibunuh dengan brutal di depan Itadori

 

Anime
10. Kematian Gojo adalah yang paling kontroversi. Digelar sebagai ahli sihir yang paling kuat dan seperti mustahil akan dikalahkan, dia mati terbelah menjadi dua, tragis!

Kematian paling brutal setiap watak di atas menjadi bukti bahawa Gege tidak memerlukan plot armor bagi Jujutsu Kaisen supaya disukai oleh para peminat.

Sebahagian kematian ini menjadi kontroversi dan perdebatan di kalangan peminat kerana watak yang mati tersebut sangat disukai oleh ramai orang. Anda rasa kematian siapakah yang paling brutal dan mengejutkan?

Baca lagi: 6 Villain Paling Berbahaya dalam Arc Shibuya Incident Jujutsu Kaisen
Baca juga: 9 Anime Terbaik, Tema Komedi Gelap dan Suram, Tetap Menghiburkan
Baca lagi: 10 Anime Isekai Romantik Terbaik