Home Artis Korea Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim...

Kdrama Oktober 2023: 17 Artis Korea Ini Bakal Menemui Anda, Ada Kim Young Kwan

0

Kdrama siri dari negara Korea Selatan selalu berjaya membuatkan para penonton tidak senang duduk dan selalu berteka-teki serta bertanya-tanya dengan jalan cerita yang ditonjolkan.

Tidak kiralah genre apa sekalipun, pasti para penonton tidak sabar-sabar untuk menonton. Pelbagai genre dipersembahkan seperti genre romantik, drama, misteri dan pelbagai genre lain yang membuatkan para penonton terpaku dan tidak berganjak dari skrin tontonan mereka.

Dipenuhi bintang popular, anda tidak akan bosan dengan Kdrama siri terbaru yang akan ditayangkan pada bulan Oktober ini.

Jom sama-sama lihat beberapa orang pelakon terkenal yang bakal menemui anda nanti dalam Kdrama Oktober 2023 ini!

 

Kdrama oktober1. Yoo Seung-ho berlakon dalam drama Korea adaptasi webtoon yang penuh misteri iaitu The Deal. Bakal tayang pada 6 Oktober 2023 nanti!

 

 

Kdrama2. Lee Yoo Mi tampil dalam spin-off dari drama siri popular Strong Woman Do Bong Soon bertajuk Strong Girl Namsoon. Tayang di Netflix pada 7 Oktober 2023 akan datang!

 

 

15d8ff39 ad37 41e3 9131 5e7652b560a93. Cha Eun Woo, Park Gyu Young, dan Lee Hyun Woo bakal menjadi guru dalam drama siri romantik A Good Day to Be a Dog. Drama ringan ini akan ditayangkan pada 11 Oktober 2023

 

IMG 69244. Namgoong Min dan Ahn Eun-jin bakal kembali semula menemui peminatnya dalam My Dearest Part 2 pada 13 Oktober ini

 

 

72ca218c 7fcf 45de a104 83dd6437eb805. Kim Young Kwang membawa watak jahat dalam Kdrama yang akan ditayangkan K-Plus pada 14 Oktober 2023. Drama siri misteri ini bertajuk Evilive

 

2478ae82 51ad 4507 aac0 098614ba8e316. Suzy dan Yang Se Jong akan tampil di Netflix pada 20 Oktober 2023 dengan drama siri romantik Doona!

 

 

dbb9a48f 4631 40c0 88e2 9d998b0b091f7. Nam Ji Hyun dan Jung Da Bin akan membawa watak sebagai adik beradik dalam drama siri yang membawa tema remaja sekolah High Cookie. Drama siri misteri ini akan ditayangkan pada 23 Oktober 2023

 

 

1363cc79 982e 4913 8321 6003c83614f08. Kim Young Dae dan Pyo Ye Jin akan berlakon dalam drama dengan dua latar berbeza yang bertajuk Moon In The Day. Drama siri ini akan tayang pada 25 Oktober 2023

 

 

cce7891e 7746 4b89 a6d4 2589320f8e73

9. Park Eun Bin dan Cha Hak Yeon berlakon dalam drama siri komedi romantik bertajuk Castaway Diva. Drama siri ini akan ditayangkan pada 28 Oktober 2023 akan datang!

 

 

IMG 692610. Setelah membintangi kdrama popular fantasi romantik Destined With You, kini Rowoon kembali dengan Kdrama siri genre Saeguk dan romantik dalam “The Matchmakers”. Bakal ditayangkan pada 30 Oktober dan boleh distrim melalui Viu

Barisan pelakon terkenal Korea Selatan ini bakal menampilkan lakonan terbaik mereka dan membuatkan para peminat jatuh cinta.

Anda tertarik untuk menonton drama Korea yang mana?

 

Baca lagi: 10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023
Baca juga: 10 Adegan dalam Kdrama yang Hampir Selalu Muncul, Ada Sesiapa Perasan?