Home Entertainment 10 Adegan dalam Kdrama yang Hampir Selalu Muncul, Ada Sesiapa Perasan?

10 Adegan dalam Kdrama yang Hampir Selalu Muncul, Ada Sesiapa Perasan?

0

Mungkin ramai di antara anda yang merupakan peminat setia Kdrama siri yang sudah menyedari bahawa terdapat beberapa adegan yang hampir selalu muncul dalam setiap drama Korea.

Walaupun membawa genre dan jalan cerita yang berbeza, setiap adegan ini sering muncul kerana sudah menjadi sebahagian dari budaya dan kehidupan masyarakat di Korea Selatan.

Berikut adalah 10 adegan yang hampir selalu muncul dalam Kdrama, jom sama-sama kita lihat!

 

9dc458a5 fda1 488e b51f 5b4cc41b81c11. Dalam setiap drama Korea akan ada adegan watak lelaki yang selalu berusaha melindungi watak wanita. Seperti petikan drama siri My Lovely Liar ini sewaktu Kim Doha melindungi Sol Hee dari hujan menggunakan payung

 

7b53e504 49b8 4181 9cb5 a0d0c361c6b82. Adegan lain adalah watak yang tinggal di bumbung (rooftop) apartment atau rumah. Bahagian bumbung tersebut menjadi tempat berkumpul dan berborak watak-watak dalam Kdrama

 

3339661a b1ee 4fc8 a5c6 5d78b4ad94c93. Adegan ini memang selalu muncul dan pasti diingati oleh hampir semua peminat Kdrama. Ingatkah adegan watak yang mengeluh walaupun sudah bekerja di pejabat tetapi selalu mengeluh miskin. Aigoooo! Kita pun ikut sama sedih ya?

 

1c945187 53ec 41b6 aece ca3c4a56d8574. Dalam drama Korea selalunya setiap watak utama diceritakan mempunyai ikatan emosi yang mendalam. Ada hubungan atau pertemuan yang kuat antara watak sejak dari kecil, jadi sangat wajar jika mereka mudah jatuh cinta!

 

a0cf44e0 2140 4192 b1b9 ee1ffbdf675b5. Walaupun ditampilkan watak yang hidup miskin atau hidup biasa-biasa sahaja, tetapi telefon pintar mereka selalu keluaran terbaru. Biasanya telefon pintar yang digunakan merupakan telefon pintar yang dilancarkan tepat pada waktu drama Korea tersebut dibuat! Menarik bukan?

 

f326c377 9b64 4e31 8811 6b2c1628bc5d6. Ada detik lucu atau yang memberi kejutan di setiap adegan Kdrama. Adegan-adegan lucu mencuit hati dalam Kdrama memang membuatkan penonton terhibur. Seperti dalam drama Korea King The Land dimana Gu Won dan Chang Sa Rang tertangkap bermesraan di bilik tidur

 

a3c5f198 81a8 45d4 b41b 0fa515ef66f57. Walaupun genre kdrama romantik dan lucu selalu ada adegan sedih yang membuatkan penonton turut sama menangi, detik ini pada umumnya adalah disebabkan oleh masalah keluarga yang dialami setiap watak atau kerana kegagalan yang perlu dihadapi

 

8596acdb 4709 44a4 9882 31b6d4e75649 18. Hampir dalam setiap drama siri Korea Selatan, setiap watak yang bekerja sambilan biasanya bekerja sebagai barista atau penjaga kaunter supermarket dan juga kedai serbaneka. Pada babak ini juga sering ada adegan lucu atau romantik antara setiap watak utama dalam drama Korea

 

cd1e722e a6ee 4d7a b0aa 750c2ce41f4f9. Walau apa pun status yang dibawa oleh setiap watak, mereka tetap bertemu di cafe. Tidak kiralah mereka adalah pasangan, kawan atau ibu bapa dan anak. Selalu dilihat dalam drama Korea mereka akan bertemu di cafe. Selain itu, makanan di cafe merupakan makanan istimewa korea seperti Bulgogi, Kimbap, Tteokbokki, dan juga Jajangmyeon

 

Kdrama 10. Sama ada waktu sedang tertekan atau sedang gembira, pasti watak-watak dalam Kdrama suka minum Soju. Soju atau Hanja merupakan minuman alkohol Korea Selatan yang digunakan untuk menghangatkan tubuh

Demikian sahaja 10 adegan yang hampir selalu wujud dalam setiap adegan drama Korea Selatan. Walaupun hampir selalu wujud, penampilan dan cara eksekusi yang berbeza dalam setiap drama Korea membuatkan adegan ini menjadi tetap kelihatan bagus dan menarik.

Setiap adegan dan detik yang ada dalam drama siri Korea Selatan selalunya memberikan pengajaran dan ciri khas yang membuatkan drama Korea berbeza dengan drama siri dari negara lain.

Dari 10 adegan yang tersenarai di atas, adegan manakah yang sering muncul dalam Kdrama kegemaran anda?

Baca lagi: 11 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023
Baca juga: 9 Watak Kdrama 2023 Terkorban Kerana Melindungi Orang Lain