Home Entertainment 10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023

10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023

0

Dengan berakhirnya September, terdapat banyak lagi Kdrama baharu untuk ditambah ke senarai yang mesti ditonton bagi peminat Kdrama.

Kerana Oktober 2023 menjanjikan sederet Kdrama terbaharu yang wajib ditonton dan sayang untuk dilepaskan. Bermula dari genre romantik, Sageuk, thriller, aksi, supernatural, sehingga komedi bersedia menemani hari-hari anda!

Berikut ialah beberapa senarai Kdrama baharu yang akan ditayangkan pada Oktober 2023. Jom kita lihat dibawah ini ya!

 

OCTOBER 6 | The Deal (Wavve)

IMG 6519

Genre: Jenayah, Thriller

SINOPSIS: Berdasarkan Webtoon, “Deal” oleh Woonam20 yang memenangi Anugerah Kecemerlangan pada pertandingan webtoon dan webnovel NAVER 2020. Kdrama ini mengisahkan 3 rakan sekolah menengah yang berkumpul untuk minum selepas sekian lama akhirnya terperangkap dalam muslihat penculikan yang dilakukan oleh mereka sendiri.

Bilangan episod: 8
Pelakon: Yoo Seung-ho, Kim Dong-hwi, Yoo Su-bin
Pengarah: Lee Jung Gon
Rangkaian: Wavve
Platform penstriman: Viki
Tarikh: 6 Oktober 2023

 

OCTOBER 7 | Strong Girl Nam Soon (JTBC)

IMG 6805

Genre: Supernatural, Aksi, Jenayah

SINOPSIS: Strong Girl Nam-soon ialah spin-off kepada Kdrama 2017, di mana Kdrama ini akan memberi tumpuan kepada sepupu Do Bong-soon dari Kdrama Strong Girl Bong-soon. Gang Nam-soon (Lee Yoo-mi) telah hilang semasa kecil di Mongolia. Dia juga mewarisi gen superstrength yang diturunkan kepada wanita dalam keluarganya.

Nam-soon bertemu semula dengan ibu dan neneknya yang juga mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka bertiga tidak lama kemudian terlibat dalam kumpulan jenayah kompleks di Gangnam dan berusaha untuk menghentikannya.

Bilangan episod: 16
Pelakon: Lee Yoo-mi, Kim Jung-eun, Kim Hae-sook, Ong Seong-wu, Byeon Woo-seok
Penulis: Baek Mi-kyung
Pengarah: Kim Jeong-sik
Rangkaian: JTBC
Platform penstriman: Netflix
Tarikh: 7 Oktober 2023

 

OCTOBER 11 | A Good Day To Be A Dog (MBC)

IMG 6803

Genre: Fantasi, Percintaan

SINOPSIS: Berdasarkan webtoon, “A Good Day to Be a Dog” oleh Lee Hye. Kdrama fantasi ini mengisahkan seorang wanita, Hae-na yang terkena sumpahan berubah menjadi anjing setiap kali dia mencium seorang lelaki. Ini semua disebabkan oleh nenek moyangnya, maka keluarganya telah dikutuk akan berubah menjadi anjing apabila dicium.

Disebabkan ini, Hae-na sering menolak ciuman daripada bakal pasangan. Kutukan itu berfungsi dengan cara di mana selepas satu ciuman, mereka bertukar menjadi anjing pada tengah malam selama 6 jam. Satu-satunya cara untuk memecahkan sumpahan adalah jika orang yang sama mencium mereka sekali lagi. Hae-na secara tidak sengaja mencium Jin Seo-won (Cha) semasa mabuk. Seo-won seorang guru di sekolahnya. Untuk mematahkan sumpahan itu, dia cuba menciumnya lagi. Masalahnya Seo-won trauma dengan anjing.

Jumlah episod: 14
Pelakon: Cha Eun-woo, Park Gyu-young, Lee Hyun-woo
Penulis: Baek In-ah
Pengarah: Kim Dae- woong
Rangkaian: MBC
Platform Penstriman: Viu, Viki
Tarikh: 11 Oktober 2023

 

OCTOBER 13 | My Dearest Part 2 (MBC)

IMG 6522Genre: Sejarah, Sageuk , Romantik

SINOPSIS: Berlatarkan era Kerajaan Joseon, ketika rakyat mengalami kesulitan kerana penjajahan Qing dari 3 Januari 1637 hingga 24 Februari 1637. Di masa krisis ini, terukir kisah cinta antara dua orang dengan latar belakang kehidupan yang berbeza. Kisah seorang lelaki yang tidak berminat dalam kehidupan dan perkahwinan, dan seorang wanita yang mempunyai dua perkahwinan yang gagal tetapi mempunyai keinginan yang kuat untuk hidup dan mengimpikan cinta semula.

Bilangan episod: 10 (Bahagian 1); 10 (Bahagian 2)
Pelakon: Namgoong Min, Ahn Eun-jin, Lee Hak-joo, Lee Da-in
Penulis: Hwang Jin Young
Pengarah: Kim Sung Yong
Rangkaian: MBC
Platform penstriman: Viki
Tarikh: 4 Ogos 2023 (Bahagian 1 ); 13 Oktober 2023 (Bahagian 2)

 

OCTOBER 14 |  EVILIVE (ENA)

IMG 6523

Genre: Noir, Jenayah, Thriller
Evilive mempunyai sekatan umur 18+ untuk jalan ceritanya yang ganas.

SINOPSIS:
Hang Dong-soon (Shin) seorang peguam secara rawak memilih seorang banduan untuk mengambil kes mereka. Dia seorang yang rasional, tetapi juga mempunyai sisi gelap. Tiba-tiba, dia jatuh ke dalam kegelapan yang bakal mengubah dirinya apabila dia terlibat dengan organisasi penjenayah elit.

Bilangan episod: 10
Pelakon: Shin Ha-kyun, Kim Young-kwang, Shin Jae-ha
Penulis: Seo-hee, Lee Seung-hoon
Pengarah: Kim Jung-min, Kim Seong-min
Rangkaian: Genie TV / ENA
Platform penstriman: TBA
Tarikh: 14 Oktober 2023

 

OCTOBER 20 | Doona! (Netflix)

IMG 6524Genre: Romantik, Drama

SINOPSIS: Berdasarkan webtoon, “Lee Doona!” oleh Min Songah. Lee Doo-na (Bae Suzy) berada di puncak kerjayanya sebagai ahli kumpulan gadis yang paling disayangi. Kemudian, dia mengumumkan persaraannya dan cuba melarikan diri dari kemasyhurannya.

Dia kemudian pindah dan tinggal di rumah kongsi berhampiran universiti. Walaupun jarang keluar, dia bertemu dengan Lee Won-joon (Yang Se-jong). Dia seorang pelajar dan mula tinggal serumah dengan Doo-na. Kedua-duanya mula mengembangkan perasaan antara satu sama lain.

Bilangan episod: 9
Pelakon: Bae Suzy, Yang Se-jong
Pengarah: Lee Jeong-hyo
Rangkaian: Netflix
Tarikh: 20 Oktober 2023

 

OCTOBER 23 | Hi Cookie (LG U+)

IMG 6525Genre: Fantasi, Thriller

SINOPSIS:
Hi Cookie mengikuti pelajar sekolah menengah elit yang menemui “cookie” berbahaya yang menjadikan impian orang ramai menjadi kenyataan dan seorang wanita yang harus berjuang untuk menyelamatkan adiknya dari bencana “cookie” tersebut.

Bilangan episod: 20
Pelakon: Nam Ji-hyun, Choi Hyun-wook, Kim Moo-yeol, Jung Da-bin
Penulis: Kang Han
Pengarah: Song Min Yeop
Rangkaian: LG U+
Platform penstriman: TBA
Tarikh: 23 Oktober 2023

 

OCTOBER 25 | Moon In The Day (ENA)

IMG 6526Genre: Romantik, Fantasi, Thriller

SINOPSIS:
Berdasarkan webtoon “The Moon That Rises In The Day” yang ditulis oleh Heyum. Sebuah kisah penjelmaan semula dan drama percintaan yang mendebarkan tentang seorang lelaki yang masanya telah berhenti dan seorang wanita yang masanya berlalu seperti sungai yang mengalir.

Han Joon-o (Kim Young-dae) ialah selebriti terkenal Korea yang mempunyai rupa, karisma dan kerjaya yang cemerlang. Suatu hari, dia bersetuju untuk membuat iklan dengan anggota bomba, Kang Young-hwa (Pyo Ye-jin). Semasa penggambaran, kemalangan berlaku dan Young-hwa menyelamatkan nyawa Joon-o. Tidak lama setelah kejadian itu, Young-hwa menjadi pengawal peribadi Joon-o.

Inti dari jalan cerita drama ini ialah apa yang berlaku apabila Joon-o sedar. Dia dirasuk oleh semangat pendendam Do Ha. Joon-o telah menjadi orang yang berbeza. Di Silla, Do Ha adalah seorang bangsawan yang membunuh wanita yang dicintainya, iaitu isterinya sendiri. Dengan takdir, Young-hwa ialah penjelmaan semula Han Ri-ta, isteri Do Ha.

Bilangan episod: 14
Pelakon: Pyo Ye-jin, Kim Young-dae, On Joo-wan, Jung Woong-in
Penulis Skrin: Kim Seung Won
Pengarah: Pyo Min Soo
Rangkaian: ENA
Platform penstriman: Viki
Tarikh: 25 Oktober 2023

 

OCTOBER 28 | Castaway Diva (tvN)

IMG 6527

Genre: Romantik, Komedi

SINOPSIS: Seorang gadis yang bercita-cita menjadi penyanyi hanyut ke pulau terpencil. Tanpa sesiapa di sisinya, dia belajar untuk bertahan di luar pulau itu. Lima belas tahun kemudian, dia diselamatkan. Namun dia tetap kekal positif tentang kehidupan dan impiannya untuk menjadi penyanyi.

Bilangan episod: 12
Pelakon: Park Eun-bin, Chae Jong-hyeop, Kim Hyo-jin, Cha Hak-yeon, Kim Ju-hoon
Penulis Skrin: Park Hye Ryun
Pengarah: Oh Choong Hwan
Rangkaian: tvN
Platform penstriman: Netflix
Tarikh: 28 Oktober 2023

 

OCTOBER 30 | The Matchmakers (KBS2)

Kdrama

Genre: Komedi Bersejarah, Romantik

SINOPSIS
: Berlatarkan dinasti Joseon, Kdrama ini berkisah tentang pertemuan antara janda muda Jung Soon Deok (Cho Yi Hyun) dan duda muda Shim Jung Woo (Rowoon SF9). Sim Jung Woo (Rowoon) seorang lelaki muda yang bijak dan kacak. Beliau merupakan lelaki paling muda berjaya menduduki tempat pertama dalam peperiksaan negeri.

Ketampanannya membuatkan sang puteri jatuh cinta kepadanya dan dia dipilih menjadi menantu raja. Namun ketika majlis perkahwinan mereka, puteri tersebut tiba-tiba meninggal dunia. Kehidupan Jung Woo pun mulai berubah dan dia menjadi lelaki yang paling malang. Mengikut adat zaman Joseon, dia tidak boleh mengambil jawatan kerajaan dan dia tidak boleh berkahwin semula. Dia kemudiannya terlibat dengan Jung Soon Deok (Cho Yi Hyun).

Jung Soon Deok ialah seorang janda muda yang mendiang suaminya merupakan anak lelaki kedua naib perdana menteri pertama. Dia secara diam-diam menjalani kehidupan ganda di bawah nama samaran Yeojoo Daek. Sebagai Yeojoo Daek, dia bekerja sebagai pencari jodoh dan juga penjual barangan wanita seperti kosmetik dan aksesori. Dia terkenal sebagai pencari jodoh terbaik di ibu kota Hanyang.

Sim Jung Woo dan Jung Soon Deok terlibat antara satu sama lain, mereka bekerjasama menyatukan dan mengahwinkan lelaki dan wanita bujang yang telah berumur untuk dijadikan pasangan.

Bilangan episod: 16
Pelakon: Rowoon, Cho Yi-hyun
Penulis: Ha Soo-jin
Pengarah: Hwang Seung-gi, Kim Soo-jin
Rangkaian: KBS2
Platform penstriman: Viu, Viki
Tarikh: 30 Oktober 2023

 

Baca lagi: 9 Watak Kdrama 2023 Terkorban Kerana Melindungi Orang Lain
Baca juga: Kisah Aramun Haesulla, Dewa Yang Menyatukan Arthdal dalam Arthdal Chronicles
Baca lagi: 10 Kdrama 2023 Adaptasi Webtoon Rating Tertinggi di MyDramaList