Home Entertainment 9 Watak Kdrama 2023 Terkorban Kerana Melindungi Orang Lain

9 Watak Kdrama 2023 Terkorban Kerana Melindungi Orang Lain

0

Nampaknya Kdrama Behind Your Touch semakin menarik dengan plot twist yang disajikan. Lebih tragis lagi apabila episod 14 berakhir dengan kita menyaksikan Kim Sun Woo (Suho) mati dibunuh oleh pembunuh bersiri. Tragedi malang tersebut bermula apabila Kim Sun Woo menolong Bong Ye Bun (Han Ji Min).

Kejadian serupa tentang watak-watak yang mati sewaktu melindungi orang lain juga turut ditampilkan dalam Kdrama siri 2023 yang lain. Pengorbanan mereka tentu sekali membuatkan para penonton turut sama merasa sedih dah terbuai emosi.

Jom kita lihat kisah setiap watak dalam Kdrama 2023 mati sewaktu melindungi orang lain seperti di bawah ini:

 

4ef28568 f274 4d38 bace 4183ed2e88f71. Disyaki sebagai pembunuh bersiri, Kim Seon Woo (Suho) akhirnya mati ditikam pembunuh bersiri sewaktu dia cuba melindungi doktor haiwan dalam Behind Your Touch

 

Kdrama2. Baru sahaja bertemu, Nam Si Heon (Ahn Hyo Seop) putus nyawa akhirnya demi melindungi pujaan hatinya dalam drama A Time Called You

 

886b10c9 b866 42ef bcb3 3210af7645b53. Plot twist mengejutkan, Bong Do Jin (Son Ho Jun) mati rentung demi menyelamatkan bukti dan melindungi rakan-rakannya dalam The First Responders 2

 

766c1e93 fdef 41d6 8947 c7250ad1ec364. Dalam drama siri Moving, Lim Jae Seok (Kim Joong Hee) mengorbankan nyawanya untuk menolong kawannya yang berada dalam bahaya

 

e0437575 b7ec 46bf 9845 85a4d2d2e0955. Mempunyai jiwa murni dengan tanggung jawab yang besar, Lee Choon Ho (Shin Hyun Soo) mengorbankan nyawanya demi keselamatan para pelajar dalam Duty After School

 

7ef9f707 2532 4346 b6ea fd5395ed583c6. Di akhir drama Island bahagian 2, Van (Kim Nam Gil) juga rela berubah menjadi iblis jahat untuk memastikan para iblis jahat benar-benar dilenyapkan

 

28342b13 dc68 4732 8e2b 06ba1f627fd97. Pada awal wataknya agak menyakitkan hati, Yoo Bum Ryong (Joo Yeon Woo) membuatkan penonton sebak kerana dia mati dibunuh demi melindungi bekas kekasihnya dalam My Perfect Stranger

 

63a7f194 56bf 46ab a2d0 a6febe6dccf68. Demi melindungi orang bawahannya, Choi Tae Ho (Heo Jun Ho) berkorban hingga akhirnya terbunuh oleh watak antagonis dalam drama Bloodhounds

 

a303251c de81 43ec 9fb4 138a925618c79. Kerana perbuatan antagonis yang sama, Lee Du Yeong (Ryu Soo Young) juga berakhir mati dibunuh untuk melindungi isteri dan anaknya dalam drama siri Bloodhounds

Pengorbanan setiap watak dalam Kdrama 2023 yang mati sewaktu menyelamatkan orang lain ini tentu tidak boleh dilakukan oleh semua orang. Mereka mempunyai hati yang murni sehingga ingin melindungi orang tersayang dari bahaya.

Adakah anda turut menangis sewaktu mereka semua terkorban?

Baca lagi: 10 Kdrama 2023 Adaptasi Webtoon Rating Tertinggi di MyDramaList
Baca juga: Kisah Aramun Haesulla, Dewa Yang Menyatukan Arthdal dalam Arthdal Chronicles