Home Artis Korea 5 Kdrama SBS Dengan Rating Tertinggi Sepanjang 3 Tahun Ini

5 Kdrama SBS Dengan Rating Tertinggi Sepanjang 3 Tahun Ini

0
Kdrama SBS

Stesen televisyen SBS dari Korea Selatan telah menampilkan banyak Kdrama siri menarik dengan pelbagai jenis genre. Sebahagian drama sensasi juga dikeluarkan oleh SBS, kejayaan setiap Kdrama ini dapat disaksikan sepanjang tahun 2020 hingga 2023.

Kdrama siri keluaran SBS ini telah meraih rating paling tinggi selama tiga tahun terakhir. Terdapat drama siri makjang yang masih meraih rating paling tinggi. Jom kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

 

1. The Penthouse 2 (2021)

38dc036a 1e87 4a04 898f 9e1004b739ffSiapa yang belum menonton Kdrama siri makjang The Penthouse? Mengingati populariti drama ini yang melonjak-lonjak dahulu, tidak hairanlah drama siri ini dapat meraih rating paling tinggi di antara semua drama SBS sejak tahun 2020 hingga 2023. Drama siri The Penthouse musim 2 berjaya mencapai rating sebanyak 29.2 peratus.
Drama sensasi SBS ini memperkenalkan Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon sebagai pasangan utama.

Meraih kejayaan luar biasa sepanjang musim, drama ini mengisahkan tentang bagaimana bermulanya belenggu rumah tangga penghuni Hera Palace. Kehidupan pelik dialami anak remaja mereka yang bersekolah di Cheong-ah Arts School. Jalan cerita untuk drama ini bukan boleh dinikmati bila-bila sahaja, memerlukan masa yang sesuai kerana drama ini fokus untuk menarik kesabaran penonton melalui adegan-adegan yang penuh emosional.

 

2. The Penthouse (2020)

Kdrama SBSSebelum musim kedua meledak di pasaran, The Penthouse sudah mendapat sambutan yang sangat baik. Drama makjang itu sendiri sangat identikal dengan adegan melodrama yang membuatkan emosi penonton naik turun seperti roller coaster. Walaupun rekod untuk rating tertinggi direbut oleh siri musim kedua, drama ini meraih rating tertingginya sebanyak 28.8 peratus pada episod penutup. Lakonan hebat barisan pelakon utama dan pelakon pembantu masih diingati sampai ke hari ini.

Isu yang dibahaskan dalam Kdrama ini adalah mengenai perlakuan curang, pengkhianatan, dan masalah di kalangan remaja. Sisi gelap kehidupan elite berjaya meraih perhatian penonton. Setakat ini, belum ada yang dapat menandingi populariti The Penthouse sebagai drama makjang terbaik.

 

 

3. Dr. Romantic 2 (2020)

ad8286e7 f2ce 41d2 9640 b9ef5eb5fd4fDr. Romantic telah mengeluarkan tiga musim siri drama. Drama perubatan yang menampilkan Kim Sabu (Han Suk Kyu) ini masih tetap hype hingga kini , rating tertingginya masih dipertahankan oleh Dr. Romantic 2 (2020).

Meneruskan kisah Kim Sabu dan paramedik di sebuah hospital kecil Doldam, kali ini dua pelakon utama baru menampilkan Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) dan Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop). Mereka mendapat pengalaman berharga selepas belajar banyak perkara dari doktor Kim. Kim Sabu menyebut dirinya Dr. Romantic atau identikal dengan panggilan Guru Kim. Karakter ini sangat bijak dan menjadi tutor yang baik bagi para juniornya. Dr. Romantic 2 meraih puncak rating tertingginya dengan skor 27.1 peratus pada episod terakhir.

 

4. Taxi Driver 2 (2023)

KdramaDari kejayaan yang telah dicapai oleh Taxi Driver (2021), tidak hairanlah jika musim kedua yang ditunggu-tunggu selama dua tahun terakhir ini membuahkan hasil manis. Drama yang mendapat tempat keempat rating tertinggi di SBS ini meraih puncak rating sebanyak 21 peratus!

Sekumpulan individu bergabung dalam pasukan teksi pelangi untuk menawarkan khidmat balas dendam khas untuk orang-orang yang memerlukan keadilan. Pada musim pertama, Kim Do Gi (Lee Je Hoon) dan anggota lain mendapat kerjaya baru setelah menyelesaikan misi.

Pada musim kedua, mereka berkumpul dalam satu pasukan dan memulakan kembali misi lain yang tidak kurang hebatnya. Menampilkan juga watak baru yang dibawa oleh Shin Jae Ha.

 

5. Hot Stove League (2020)

57809ed8 0e39 44ca 98c1 d41a75bb1efaKdrama siri tentang sukan besbol ini popular dan menjadi drama rating tertinggi kelima di SBS. Drama siri yang maenampilkan Nam Goong Min dan Park Eun Bin ini mungkin agak berat. Jadi, memerlukan masa untuk sama-sama hanyut dalam cerita.

Semangat duo pengurus Baek Seung Soo (Namkoong Min) dan Lee Se Young (Park Eun Bin) membawa pasukan besbol yang dikenali sebagai Dreams untuk bangkit dari peringkat terbawah. Fokus mengenai pengurusan kelab ditunjukkan secara mendalam di samping kehidupan setiap atlet.

Komposisi harmoni antara alur cerita, babak aksi, dan lakonan yang mantap menjadi daya tarikan utama yang membuatkan para penonton menyukai drama siri ini. Drama yang telah memenangi 20 anugerah ini banyak dibicarakan pada masanya dan meraih rating tertinggi sebanyak 19.1 peratus pada episod terakhir.

Selama tiga tahun terakhir ini, SBS telah mengeluarkan beberapa buah Kdrama siri yang menarik dan meraih rating tertinggi di pasaran. Sebahagian besar dikuasai oleh sekuel drama popular. Dari lima Kdrama yang tersenarai, Kdrama manakah yang paling anda suka?

Baca lagi: 8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton
Baca juga: 10 Adegan dalam Kdrama yang Hampir Selalu Muncul, Ada Sesiapa Perasan?