Home Artis Korea 8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton

8 Kdrama Terbaik Lee Min Ki Selain Behind Your Touch, Wajib Tonton

0

Anak seni yang berasal dari Gimhae, Korea Selatan yang dikenali sebagai Lee Min Ki ini telah membintangi lebih kurang 17 buah drama dan 16 buah filem!

Salah sebuah filemnya yang paling popular adalah Heundae yang juga merupakan filem pertama yang mengangkat tema bencana di Korea Selatan. Lee Min-ki memulakan kariernya dalam seni lakon sejak tahun 2005. Jejaka tampan ini debut dalam drama bertajuk Be Strong, Geum Soo! yang disiarkan oleh MBC.

Berikut adalah 8 buah drama siri Korea Selatan menarik yang pernah dibintangi oleh Lee Min Ki:

 

1. My Liberation Notes (2022)

e7f2fdd4 c887 4095 a51d 50de7c72a2bc

My Liberation Notes mengisahkan tentang tiga orang adik beradik yang menghadapi banyak dugaan dalam menjalani hidup. Masing-masing bekerja di tempat berbeza. Namun, tempat kerja mereka semua sangat jauh dari rumah.

Lee Min Ki membawa watak sebagai Yeom Chang Hee adalah anak kedua dan merupakan satu-satunya anak lelaki. Dengan status sebagai anak lelaki ini, Chang Hee tidak mendapat sebarang layanan istimewa. Ideanya untuk membeli sebuah kereta supaya lebih mudah pulang dan pergi bekerja dipandang sinis oleh ayahnya.

Chang Hee muak dengan jarak rumahnya yang jauh dari Seoul, kerana jarak tersebut hubungan cintanya berdepan masalah. Disebabkan itu juga, Chang Hee kini takut untuk menjalinkan semula hubungan dengan mana-mana wanita.

 

2. Because This is My First Life (2017)

IMG 6919Selepas menyepikan diri dari dunia seni lakon selama lebih kurang 10 tahun, Lee Min Ki kembali dengan membintangi drama yang disiarkan oleh tvN. Drama yang membawa genre komedi dan romantik ini mengangkat pelbagai sudut pandangan manusia tentang karier, hubungan istimewa, dan juga perkahwinan.

Bersama Jung So Min, Lee Min Ki membawa watak sebagai Nam Se Hee, seorang programmer yang sering digesa oleh ibu bapanya untuk cepat-cepat berkahwin. Sedangkan dia sibuk fokus menabung untuk membeli rumah dan tiada masa untuk memikirkan tentang perkahwinan.

Suatu hari, dia bertemu dengan Yoon Ji Ho, seorang wanita yang merupakan seorang penulis dan baru sahaja berhenti kerja. Yoon Jin Ho yang bingung mencari cara untuk menyara hidup itu juga sudah berusia 30 tahun, tetapi belum juga mempunyai rumah sendiri. Yoon Ji Ho pun terlibat dengan idea kahwin secara kontrak dengan seorang lelaki yang sebaya dengannya iaitu Nam Se Hee.

 

3. The Beauty Inside (2018)

b814eff3 b1b9 43bd 89b7 5437f41d7d69

The Beauty Inside mengangkat genre fantasi dan romantik ini mengisahkan kisah cinta seorang pelakon popular bernama Han Se Gye yang dikenali sering membuat masalah dan menjadi bahan gosip utama. Suatu hari, Han Se Gye bertemu dengan seorang eksekutif muda sebuah syarikat penerbangan yang selalu tampil sempurna bernama Seo Do Jae yang dilakonkan oleh Lee Min Ki.

Selain bijak dan menarik, rupa-rupanya Seo Do Jae menghidap prosopagnosia yang membuat dia sukar untuk mengenali wajah sendiri. Manakala Han Se Gye mengalami masalah perubahan identiti. Siapa sangka, dalam drama berjumlah 16 episod itu kedua-duanya jatuh cinta walaupum memiliki masalah kesihatan yang serupa.

 

4. Shut Up Flower Boy Band (2012)

a09a5454 688f 4835 8ca8 e3f4a735ff14Lee Min Ki membawa watak sebagai cameo yang melakonkan karakter Joo Byung Hee ketika episod 1 dan 2. Joo Byung Hee tidak termasuk dalam kelompok utama, dia hanyalah seorang ketua band yang tegas dan penuh karisma. Jong Byung Hee tampil bergaya dengan eyeliner dan makeup khas untuk anggota band muzik. Drama Shut Up Flower Boy Band dibintangi juga oleh Sung Joon, Jo Bo Ah, L Infinite, Jung Eui Chul, Lee Hyun Jae, Yoo Min Kyu dan Kim Min Suk.

 

5. The Lies Within (2019)

IMG 6918Tahukah Anda, drama yang disiarkan oleh OCN ini diangkat dari novel karya Joo Won Gyu? Dia adalah penulis novel dan skrip yang memenangi banyak anugerah berprestij. Drama dengan genre thriller misteri jenayah ini dilakonkan oleh Lee Yoo Young dan Lee Min Ki.

Mengangkat kisah Kim Seo Hee, seorang wanita yang bekerjasama dengan seorang detektif bernama Jo Ta Sik untuk mencari suaminya yang tiba-tiba menghilang setelah kematian mendadak ayahnya. Jo Tae Sik adalah detektif yang dikenali sangat cekap dan sangat bersemangat tinggi. Pada awalnya, Jo Tae Sik sangat bersemangat untuk menangkap para penjahat. Namun, ketika hidupnya berubah, Jo Tae Sik memohon untuk dipindahkan ke balai polis di kampung yang kecil.

Tapi, kes Kim Seo Hee tentang kematian ayahnya kerana kemalangan itu membuatkan Jo Tae Sik kembali bersemangat. Detektif yang sedang mengasingkan diri itu merasa ada tidak kena dengan kes yang sedang hangat dibicarakan oleh masyarakat. Dia ingin menyelesaikan kes tersebut. Kim Seo Hee dan Jo Tae Sik bekerjasama untuk membongkar rancangan licik seseorang disebalik kes kematian ayah Seo Hee.

 

6. Evasive Inquiry Agency (2007)

04a31e84 88e2 41fb 9a1e 18ddf95177a1

Drama siri berjumlah 16 episod yang membawa genre komedi romantik serta misteri ini menceritakan tentang tiga orang individu yang tinggal di bangunan yang sama dan berkawan baik. Mereka kerap menghabiskan waktu di sebuah bilik bekas tempat penyiasatan ejen yang telah ditinggalkan sambil mereka membayangkan mereka memiliki banyak wang.

Lee Min Ki membawa watak sebagai Mu Yeol, seorang jurulatih taekwondo yang berusaha memenuhi keperluan hidup kerana tidak ramai pelajar yang mendaftar di kelasnya.
Mu Yeol jatuh cinta pandang pertama dengan Eun Jae. Pertemuan mereka ini pertama kali terjadi ketika Eun Jae datang meminta tolong untuk mencari harta berupa emas.

 

7. Dal Ja’s Spring (2007)

IMG 6917Dal Ja’s Spring merupakan salah sebuah drama komedi romantik Lee Min Ki yang sangat berjaya dengan catatan rating mencapai 17% pada masa penayangannya. Drama ini menceritakan tentang kehidupan seorang wanita bujang yang berusia 33 tahun bernama Oh Dal Ja yang berjaya. Dal Ja mempunyai hubungan sempurna dengan kawan-kawan dan keluarganya, tetapi dia tidak pernah memikirkan soal perkahwinan.

Dal Ja jatuh cinta pada Wee Seon Joo, tetapi dia tidak dihiraukan. Wanita ini memutuskan balas dendam dengan mengupah Tae Bong sebagai teman lelakinya selama tiga bulan.
Tae Bong yang dilakonkan oleh Lee Min Ki berusia enam tahun lebih muda dari Dal Ja. Hubungan mereka tampak baik-baik sahaja sehinggalah Dal Ja bertemu Uhm Ki Joong dan jatuh cinta padanya.

 

8. I Really Really Like You (2006)

Lee min kiI Really Really Like You atau Love Truly merupakan drama komedi romantik yang menemukan Lee Min Ki dengan Eugene.
Drama berjumlah 34 episod ini menceritakan tentang seorang gadis yang menjadi tukang masak di kediaman presiden. Yeo Bong Soon terkenal sangat naif dan seperti tidak pernah berhubung dengan dunia luar.

Bekerja di Blue House membuatnya bertemu Nam Bong Ki yang dilakonkan oleh Lee Min Ki. Dia adalah seorang pengawal presiden yang ego, sombong dan juga pemalas. Pengawal ini tidak menyukai Bong Soon kerana menganggapnya kekampungan, tetapi lama-lama perasaan cinta tumbuh di hatinya. Sayangnya, Bong Soon sudah jatuh cinta pada lelaki lain.

Demikian sahaja 8 buah drama siri Korea terbaik lakonan Lee Min Ki dan wajib ditonton oleh para peminat Kdrama. Walaupun sudah mendapat gelaran ‘ahjussi’, terbukti persembahan Lee Min Ki masih menyengat apabila dia muncul dalam Kdrama popular Behind Your Touch sebagai seorang detektif muda.

Selain 8 Kdrama popular yang dibintangi Lee Min Ki, dia juga membintangi 16 filem Korea lain seperti berikut:

2006 Riverbank Legends (Three Fellas)
2007 A Good Day to Have an Affair
2008 Humming
2008 Romantic Island
2009 Oishii Man
2009 Tidal Wave (Haeundae)
2009 A Million
2010 My Brother Young Ja-Ya
2011 Quick
2011 Spellbound
2013 Very Ordinary Couple
2014 Monster
2014 For the Emperor
2015 Shoot Me in the Heart
2018 Detective K: Secret of the Living Dead
2020 Three Days

Dan 9 drama Korea lain seperti berikut:

2004 My Older Brother
2005 Oh! Sarah
2005 Be Strong, Geum-soon!
2005 Booyong of Mt. Kyeryong
2005 Taereung National Village
2005 Rainbow Romance
2007 Four Gold Chasers
2018 What’s Wrong with Secretary Kim
2021 Oh My Ladylord (Oh! Master)

Baca lagi: 10 Kdrama Yang Sangat Dinantikan Pada Oktober 2023
Baca juga: 10 Adegan dalam Kdrama yang Hampir Selalu Muncul, Ada Sesiapa Perasan?