Home News Filem Seram Korea “Tastes of Horror”, Menampilkan 10 Kisah Mengerikan

Filem Seram Korea “Tastes of Horror”, Menampilkan 10 Kisah Mengerikan

0

Filem seram Korea, Tastes of Horror merupakan filem seram supernatural yang telah ditayang perdana di pawagam pada 25 Oktober 2023.

Tastes of Horror merupakan kumpulan filem seram dari siri televisyen Te-i-seu-cheu o-beu ho-reo (2021). Filem ini digarap oleh 5 pengarah ternama.

Tastes of horror

Tastes of Horror dibintangi sejumlah 22 orang pelakon termasuklah:

IMG 1158

Filem ini diadaptasi dari webcomic yang sangat popular di Korea Selatan, dengan menghadirkan 10 cerita menakutkan!

Jom kita lihat sinopsis filem “Tastes of Horror” seperti dibawah ini!

Tastes of Horror terdiri daripada 10 filem pendek dengan tajuk cerita yang berbeza, berikut adalah sinopsis untuk setiap kisah:

IMG 1150

Tick Tock Tick Tock

Tick Tock Tick Tock mengisahkan kisah seram penuh emosi yang memfokuskan kepada seorang anak yang menderita dibawah perlakuan kejam ibu tirinya. Suatu hari, mereka harus berdepan dengan entiti jahat yang sangat menakutkan.

Resident-only Fitness Center

Kisah selanjutnya, “Resident-only Fitness Center” membawa penonton ke dalam rasa seram sehari-hari di era di mana gaya hidup sihat dan bersenam menjadi trend. Di gym yang hanya dapat diakses oleh penghuni tertentu, terdapat kehadiran misteri yang memicu ketakutan.

Rehabilitation

IMG 1156

“Rehabilitation” mengikuti perjalanan Ji Yeon, seorang pekerja petugas kecemasan yang tidak sengaja terperangkap dalam ruang rahsia dan misteri setelah mengalami kecederaan serius ketika melakukan misi menyelamat.

Delivery Complete

Filem ini menggabungkan fenomena komunikasi jarak jauh yang semakin meningkat dalam era “Untact” dengan elemen seram yang mendalam. Penonton akan merasakan ketegangan dan ketakutan dari perpaduan teknologi modern dan seram klasik.

Ding Dong Challenge

IMG 1154

Kisah ini menggambarkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam tarian misteri yang kononnya akan mengabulkan keinginan mereka jika berhasil. Namun, keberhasilan mereka mendatangkan akibat dan kesan yang menakutkan.

Hey, Marmons

IMG 1155

Filem ini menggambarkan kehancuran dalam hubungan suami isteri yang dipicu oleh nasib buruk yang menimpa kedua mereka.

Four-legged Beast

IMG 1153

“Four-legged Beast” mengusung tema ketakutan yang terkait dengan haiwan berkaki empat yang tiba-tiba menjadi penyebab kekecohan dan kengerian di sesuatu tempat.

Gold Tooth

“Gold Tooth” mengisahkan Jin-tae yang nekad mencuri gigi emas dari mayat seseorang dengan tujuan melangsaikan hutang yang membebani dan menghantui hidupnya.

Jackpot

Filem thriller “Jackpot” mengisahkan kisah kerakusan seorang lelaki yang baru saja memenangkan jackpot besar. Namun, dia harus menghabiskan malam di sebuah motel yang tampaknya menyimpan rahsia gelap yang sangat menakutkan.

Gluttony

IMG 1157

Yang terakhir, “Gluttony” memperkenalkan karakter seorang BJ mukbang terkenal yang menderita anoreksia. Saat dia melakukan siaran langsung, sesuatu yang sangat aneh terjadi, menghadirkan momen mengerikan yang mengejutkan para penonton.

Baca lagi: Sweet Home 2 Tayang 1 Disember 2023, Lebih Aksi dan Penuh Tumpah Darah
Baca juga: 7 Filem Korea Tayang Bulan November, Dipenuhi Filem Aksi