Home Entertainment “Sweet Home 2 & 3”, Barisan Pelakon Telah Disahkan

“Sweet Home 2 & 3”, Barisan Pelakon Telah Disahkan

0

Melalui laman Instagram rasmi, Netflix telah mengumumkan senarai artis Korea Selatan yang akan menjadi pelakon untuk drama siri Sweet Home musim kedua. Bukan sahaja pengumuman tentang musim ke 2, Sweet Home juga telah dirancang bakal muncul dengan musim ketiganya juga.

Nampaknya senarai pelakon untuk musim ke dua kali ini menyaksikan beberapa orang pelakon yang memang membawa watak di musim pertama, kelihatan juga pelakon lelaki dan pelakon wanita baru yang akan melengkapkan barisan senarai pelakon di musim kedua dan ketiga ini.

Jom sama sama kita lihat line up pelakon Korea Selatan yang telah disahkan oleh Netflix akan menjadi pelakon untuk sekuel drama siri popular Sweet Home:

Sweet home 2

1. Sebagai watak utama yang masih hidup, Song Kang akan kembali melakonkan watak sebagai Cha Hyun Soo

Sweet home 2 & 32. Lee Jin Wook akan kembali sebagai Pyeon Sang Wook yang telah muncul pada musim pertama

b7a7c4a1 b496 4ef4 a68b 5873f43b342a3. Berjaya bertahan hidup pada musim pertama, Lee Si Young akan kembali memainkan peranan sebagai Seo Yi Kyung

fb076e43 0569 477e 8c77 0d223de362034. Go Min Si akan membawa watak sebagai Lee Eun Yu yang meneruskan perjuangan abangnya yang mati melawan raksasa pada musim pertama

92434a5d 7c6f 4d54 805b 3ca8cf3b0c065. Setelah netizen berlinang air mata dan kecewa pada musim pertama, Park Gyu Yeong akan kembali lagi sebagai Yoon Ji Su

e31b0542 4a36 4e27 92c8 8f2c2cf62efb6. Yoo Oh Seong akan melakonkan karakter baru sebagai komander pasukan polis

a21dbcdb f800 453e a6e1 68af6c3f52c0

7. Oh Jung Se membawa watak sebagai saintis laboratorium yang seolah-olah bakal
menjadi kunci misteri pada asal usul makhluk raksasa tersebut

d0b35534 2cc5 4111 9e42 87ece83f52ab

 

8. Kim Moo Yeol akan membawa watak sebagai Kim Young Hoo iaitu watak baru yang merupakan anggota pasukan khas

40552bf8 f41f 4876 9534 f2e8c617a619 1

 

9. Jinyoung mengejutkan ramai kerana dia juga tampil dalam sekuel Sweet Home, artis ini juga akan membawa watak sebagai anggota pasukan khas

Mungkin ramai netizen yang tertanya-tanya tentang beberapa orang pelakon yang ada di musim pertama tetapi nama mereka tidak tersenarai untuk musim ke 2 dan 3. Contohnya pelakon drama korea popular iaitu Lee Do Hyun dan Go Yoon Jung. Sayangnya para pelakon yang tidak tampil di musim ke 2 ini telah menandakan bahawa watak mereka benar-benar sudah dimatikan di musim pertama.

Baca Lagi: 5 Watak Yang Diharapkan Muncul Di “Sweet Home 2”

Baca Juga: “Bitch X Rich“ – Baek Je Na Watak Paling Jahat