Home Entertainment “Bitch X Rich“ – Baek Je Na Watak Paling Jahat

“Bitch X Rich“ – Baek Je Na Watak Paling Jahat

0

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

Dalam drama siri terbaru Bitch X Rich (2023), Yeri Red Velvet membawa watak yang bernama Baek Je Na. Dia merupakan anak keturunan chaebol atau pun keluarga konglomerat yang memang terkenal kaya raya.

Nampaknya setiap kelakuan dan perbuatan buruknya telah berjaya membuatkan para penonton geram dan sakit hati, walaupun drama siri ini baru menayangkan 2 episod awal, penangan Yeri Red Velvet benar-benar melekat dalam hati sesiapa sahaja yang menonton.

Jika anda adalah salah seorang peminat drama siri Bitch X Rich, jom sama-sama lihat ulasan berikut ini. Baca sampai habis ya!

70747a9e 15df 4c6b 8f73 9ca79926d44f

1. Baek Je Na merupakan anak keluarga konglomerat yang melanjutkan pelajaran di sekolah milik keluarganya sendiri, iaitu Cheongdam International High School

5410420d 5d7d 4bb0 94f1 c2a5b277a004

2. Lahir dari keluarga kaya raya dan bersekolah di sekolah elit milik keluarganya telah membuatkan Baek Je Na membesar menjadi seorang gadia yang mempunyai sifat begitu angkuh, sombong, dan tidak takut dengan sesiapa pun

Bitch x rich3. Lebih lebih lagi, para pelajar di sekolah tersebut begitu segan dan takut dengan Baek Je Na sehingga mereka gemar mengalihkan muka di hadapannya

fb4bf340 b6fc 487f 93b2 c1f8aa2bd1df4. Lebih parah lagu, dia juga sanggup mengetuai kawan-kawannya dan membentuk sebuah kumpulan (gang) yang selalu membuli pelajar yang lemah

c19de2ad 13c6 4e1a b68d 9b8b0e2ea8925. Mereka akan membuli para pelajar yang masuk melalui satu program khas sekolah, kerana para pelajar melalui program ini berasal daripada keluarga miskin

91f80f43 227f 4878 a2b7 0cf911d182e86. Pada sisi lain, ayah Baek Je Na pula mempersetujui pembentukan Ahli Jawatankuasa Anti Buli di Cheongdam International High School

b0be7706 affe 4093 ba6b 18a4b54bd0767. Walaupun begitu, Baek Je Na tetap terlepas daripada sidang ahli jawatankuasa tersebut walaupun bukti-bukti yang menunjukkan dia melakukan jenayah buli sangat lengkap

Daripada kesemua ketujuh maklumat tersebut, tentu anda setuju bahawa Baek Je Na merupakan watak paling jahat dalam drama siri Bitch X Rich. Walaupun demikian, wataknya merupakan tarikan utama untuk drama siri tersebut. Jadi, jangan lupa untuk nantikan sambungan kepada kisah Baek Je Na di Bitch X Rich pada setiap hari Rabu nanti!

Baca Lagi: Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan

Baca Juga: 8 Pelakon Wanita Korea, Sebagai Heroin & Detektif