Home Entertainment 8 Pelakon Wanita Korea, Sebagai Heroin & Detektif

8 Pelakon Wanita Korea, Sebagai Heroin & Detektif

0

8 pelakon wanita Korea yang membawa watak sebagai heroin dan detektif dalam Kdrama. Siapakah wanita-wanita hebat ini?

Pelakon wanita Korea sangat sinonim dengan genre dan watak dalam kdrama bertemakan “makjang”. Ini kerana drama siri Korea Selatan selalu hadir dengan alur cerita menarik, unik dan penuh teka-teki dalam berbagai bagai hidangan genre.

Salah satu genre yang tentu diminati oleh para peminat adalah genre thriller. Antara drama thriller yang paling popular adalah drama siri yang bertemakan detektif dan penyiasatan jenayah yang sukar serta misteri.

Drama seperti ini bukan sahaja dilakonkan oleh pelakon pelakon lelaki sahaja, drama siri bertemakan detektif juga kerap dibintangi oleh para pelakon wanita Korea dengan lakonan yang sangat memukau.

Beberapa orang pelakon wanita Korea berikut tampak semakin berkharisma membawa karakter sebagai detektif. Jom sama-sama kita lihat ulasan di bawah ini:

Pelakon wanita korea

1. Pelakon wanita Korea senior Kim Hye-soo membawa watak sebagai Cha Soo Hyun dalam drama siri Signal (2016), saling bertukar maklumat untuk memecahkan kes kes jenayah pada masa lalu melalui walkie talkie

Pelakon wanita kdrama2. Memiliki pendengaran tajam yang sangat luar biasa, Lee Ha Na sebagai Kang Kwon Joo membentuk pasukan ‘Golden Time’ demi menyelesaikan kes jenayah dan mengejar pembunuh bersiri dalam drama siri Voice selama empat musim

Pelakon wanita korea3. Dikenali jujur dan sangat pintar dalam drama siri Stranger (2017 & 2021), Bae Doo Na sebagai Han Yeo Jin merungkai kebenaran kales tersembunyi yang melibatkan pihak penguasa pendakwa raya dan juga polis

f8041d6f 0ce3 4b8b a04d 589be6fcac084. Sooyoung sebagai Cha Soo Young bersama rakan pasukannya mengejar dalang pembunuhan bersiri dengan kemampuan khas yang dia miliki dalam drama siri Tell Me What You Saw (2020)

ac84866e afd6 4e2a b8d3 fb359961ee6f5. Menangkap seorang pelajar yang merupakan pembunuh bersiri dalam drama siri Inspector Koo (2021), Lee Young Ae sebagai Koo Kyung Yi memiliki kebijaksanaan dan naluri hati yang luar biasa

023ed6a6 0193 4091 8cb7 4a0609258f556. Dalam drama siri Cafe Minamdang (2022), Oh Yeon Seo sebagai Han Jae Hui digelar sebagai detektif hantu kerana kebolehan seni bela diri yang hebat, dia merungkai kebenaran di sebalik kematian saudaranya

173042a5 bd5a 4ce4 b42f fea4f2cd26a37. Demi balas dendam atas kematian ayahnya, Han So Hee sebagai Yoon Ji Woo dalam drama siri My Name (2022) bergabung dalam pasukan penyiasatan jenayah dadah di jabatan polis

3ff0a323 a73a 4352 b3ff 7ac08cd9dbf98. Membuat kemunculan semula dalam drama Stealer: The Treasure Keeper (2023), Lee Joo Woo sebagai Cha Min Ho, menjadi detektif untuk pasukan warisan budaya untuk menangkap dalang yang mencuri aset budaya

Demikian sahaja senarai pelakon wanita Korea  yang pernah mendapat watak utama sebagai detektif untuk drama siri Korea Selatan. Lakonan mereka untuk babak aksi juga tidak kurang hebatnya membuatkan mereka dilihat semakin berkharisma dan berkemampuan dalam bidang lakonan.

Baca Lagi: The Uncanny Counter 2, Sesi Pembacaan Skrip Bersama 4 Pelakon Baru

Baca Juga: 5 Pasangan Artis Korea Ini Dituduh Melakukan Hubungan Sejenis