Home Entertainment 5 Watak Yang Diharapkan Muncul Di “Sweet Home 2”

5 Watak Yang Diharapkan Muncul Di “Sweet Home 2”

0

Kami ada berita baik untuk para peminat setia drama siri dari Korea Selatan iaitu Sweet Home 2. Sweet Home 2 bakal ditayangkan!

Pihak Netflix masih belum mengumumkan tarikh tayangan, walaupun tiada sebarang info lanjut, Netflix secara rasmi sudah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan musim ke dua Sweet Home. Sweet Home ditayangkan secara premier pada bulan Disember 2020.

Jangan terkejut! Netflix juga sudah mengesahkan bahawa musim ke dua Sweet Home bukanlah musim akhir untuk siri ini kerana Netflix juga sudah memperbaharui kontrak tayangan untuk musim ke tiga siri ini juga!

Setakat ini memang tiada perkembangan terbaru, tetapi Netflix telah mengumumkan bahawa Sweet Home 2 adalah antara Kdrama yang akan disiarakan pada tahun ini. Jadi kita nantikan sahaja ya!

Berlegarnya khabar Netflix akan menyiarkan musim ke dua untuk siri ini, ramai peminat setia berharap watak-watak kegemaran mereka akan muncul untuk musim terbaru ini.

Berikut merupakan 5 watak ikonik dalam drama siri Sweet Home yang diharapkan akan muncul lagi dalam musim ke dua nanti, jom sama-sama kita lihat:

1. Yoon Ji Su

ca08be41 bd32 409b 83d7 e15875d1549c

Yoon Ji Su (Park Gyu-young) membawa watak sebagai seorang gadis yang mahir bermain gitar yang sampai ke akhir berjaya keluar daripada Apartment Green Home Mansion. Sayangnya, dia perlu menghadapi kehilangan orang yang disukai olehnya.
Walaupun still cut wataknya belum muncul, tapi para penonton yakin bahawa Yoon Ji Su akan kembali. Boleh jadi dia akan mengembara bersama Lee Eun Yu.

2. Jung Jae Heon

eada38b7 6179 48b0 a7c6 16cd34115b46Sangat tipis kemungkinan karakter Jung Jae Heon (Kim Nam Hee) akan kembali di musim 2. Sebab utama adalah kerana wataknya sudah dimatikan pada musim pertama.
Jung Jae Heon mengorbankan dirinya supaya dapat membinasakan salah satu makhluk raksasa. Watak ini boleh kembali jika dia memiliki kekebalan tubuh dan kuasa seperti Cha Hyun Su.

3. Park Yu Ri

Sweet home 2Park Yu Ri (Go Yoong Jung) adalah salah satu watak wanita yang disukai oleh para penonton siri ini. Pada musim sebelumnya, para penonton dihidangkan dengan adegan Park Yu Ri yang bertarung nyawa setelah cedera ditembak. Tapi besar kemungkinan dia masih selamat kerana Pyeon Sang Wook juga boleh menghilangkan diri dan menemui Cha Hyun Su. Walaupun kemungkinannya kecil, tapi penampilan Park Yu Ri tetap dinantikan dalam “Sweet Home 2”.

4. Seo Yi Kyung

2cedeb03 5de3 4f27 a2e7 867ac218ac54Di akhir musim pertama, Seo Yi Kyung (Lee Si Young) berpisah dengan penghuni-penghuni Apartment Green Home Mansion. Dia mempunyai tujuan tersendiri, salah satunya adalah untuk menyelamatkan tunangnya. Penampilan Seo Yi Kyung di musim kedua juga akan ditunggu-tunggu oleh para peminat setia siri ini. Sayangnya, still cut Seo Yi Kyung belum juga muncul.

5. Lee Eun Hyeok

6df77371 0744 419f 9d6b e7ce64762171Lee Eun Hyeok (Lee Do Hyun) mengorbankan dirinya supaya para penghuni Aparment Green Home Mansion boleh menyelamatkan diri. Sayangnya sampai akhir penonton tidak dapat mengetahui keadaan terakhir Lee Eun Hyeok. Terdapat banyak spekulasi, boleh jadi memang Lee Eun Hyeok tidak selamat. Atau sama seperti Cha Hyun Su, dia kebal dan akan kembali muncul dalam “Sweet Home 2”.

Jika semua watak yang tersenarai di atas kembali, pasti kita bakal disajikan dengan plot twist. Sampai waktu ini, Netflix belum mengumumkan tarikh tayangan yang pasti. Sabar menunggu “Sweet Home 2” ya!

Baca Lagi: “Bitch X Rich“ – Baek Je Na Watak Paling Jahat

Baca Juga: The Uncanny Counter 2, Sesi Pembacaan Skrip Bersama 4 Pelakon Baru