Home Entertainment Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan

Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan

0

Bitch x Rich menjadi drama siri terbaru yang bertemakan para pelajar sekolah yang ditayangkan secara perdana pada 31 Mei 2023

Bitch x Rich ini menjadi debut Yeri Red Velvet sebagai watak antagonis. Yeri bergandingan dengan Lee Eun Saem, pelakon dengan gelaran ‘Miss Shibal’ dalam All of Us Are Dead (2022).

Jom sama-sama kita lihat beberapa fakta drama siri Bitch x Rich (2023) di bawah ini:

Rich x bitch

1. Sinopsis Bitch x Rich (2023)

Drama siri ini mengisahkan tentang Kim Hye In (Lee Eun Saem) iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang lahir daripada sebuah keluarga yang miskin. Oleh kerana dia telah menjadi saksi kejadian seorang pelajar yang yang membunuh diri, Kim Hye In dipindahkan ke Sekolah Menengah Antarabangsa Cheongdam.

Sekolah Menengah Antarabangsa Cheongdam adalah sekolah tempat anak-anak orang kaya. Di sekolah ini, Kim Hye In dan Baek Je Na (Yeri) saling berbuat jahat dan membuli pelajar-pelajar malang.

Bitch x rich

2. Senarai pelakon yang membintangi Bitch x Rich (2023)

Drama siri ini dibintangi ramai pelakon muda Korea Selatan. Pelakon-pelakon muda ini berpotensi mencuri perhatian penonton, berikut merupakan nama pelakon yang terlibat dalam drama siri ini:

● Lee Eun Saem sebagai Kim Hye In
● Yeri Red Velvet sebagai Baek Je Na
● Lee Jong Hyuk sebagai Seo Do Eon
● Yoo Jung Hoo sebagai Lee So Mang
● Han Da Sol sebagai Oh Shi Eun
● Park Si Woo sebagai Min Yool He
● Jang Deok Su sebagai Park Woo Jin
● Jang Sung Yoon sebagai Kim Hae In

IMG 82463. Memaparkan keseluruhan 10 episod dan tayang di platform Wavve

Drama ini ditayangkan secara perdana pada Rabu, 31 Mei 2023. Drama siri ini akan menyajikan 10 episod semuanya yang berdurasi sekitar 40 minit untuk 1 episod. Anda boleh menyaksikan Bitch x Rich (2023) di Wavve

IMG 9257

4. Bitch x Rich (2023) bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan

Drama siri ini sudah menayangkan dua episod pertamanya. Kementerian Kebudayaan, Sukan, dan Pelancongan (KOCCA), Korea Selatan menjadi sponsor utama untuk Bitch x Rich.

Drama siri 10 episod ini akan menonjolkan banyak adegan buli hingga bunuh diri di sekolah. Untuk kanak-kanak di bawah umur, lebih baik menonton dengan bimbingan ibu bapa.

b2a68b1d 26d3 4369 89f1 120cf2c3d49f

5. Debut Yeri sebagai antagonis dan juga merupakan projek comeback bagi Lee Eun Saem

Bitch x Rich (2023) mencuri perhatian lantaran menjadi drama debut Yeri sebagai karakter antagonis. Dalam dua episod pertama, Yeri berhasil mempersembahkan lakonan yang memukau.

Ramai juga penonton yang berkongsi rasa sakit hati mereka melihat lakonan Yeri sebagai antagonis utama. Namun, ada juga yang memuji kemampuan dialog Yeri dalam berbahasa Inggeris!

6feae9b6 b45f 437a 8f85 41dc8709b639Selain itu, Lee Eun Saem juga menjadi daya tarikan lain untuk drama siri ini. Dia cukup dikenali menerusi lakonannya dalam drama siri All of Us Are Dead (2022) dan Cheer Up (2022).

Bitch x Rich (2023) merupakan sebuah drama siri yang penuh teori dan misteri. Bukan sebuah kisah remaja sekolah yang biasa-biasa, misteri di sebalik pembunuhan dan bunuh diri juga bakal dirungkai. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama siri thriller dan misteri ini!

Baca Lagi: 7 Kdrama Jenayah Sekolah, Sarat Balas Dendam

Baca Juga: 5 Kdrama Menarik Lakonan Kim Dong Wook